2021 - corEtan akAsHah

Friday, December 10, 2021

Seni Ukiran Kayu
December 10, 20210 Comments
Halusnya seni Melayu memang terbukti sejak berkurun lagi.
Berpeluang menjejaki tempat yang masih mengekalkan warisan kesenian Melayu terletak di Temerloh Pahang, kami disambut dengan pengusaha yang berbusana tradisional  Melayu.  
Mendekati ketelitian dalam setiap gerak kerja beliau, memang tidak disangkal lagi kemahiran ini hanya dimiliki oleh orang yang rajin dan sabar sehingga menghasilkan pelbagai reka bentuk seni yang halus dan cantik.
 
Lihatlah sahaja lenggok ukirnya,
Walaupun diperbuat menggunakan pahat dan tukul yang bersifat keras, namun hasilnya mampu membuat kita khusyuk memandang.

Pendek kata, seni ukir kayu ini mampu menterjemah jati diri masyarakat Malaysia. Kaya dengan kehalusan dan kesenian, namun mempunyai keperibadian dan keteguhan dalam diri. 

Begitulah juga hati kita,
Andai hati sekeras kerikil,
Benarkah tidak mampu dilentur lagi?
Realitinya jika kuat usaha, tidak mustahil untuk dibentuk sehingga menjadi permata,
Bakal berkilau seiring usaha,
Apa yang penting,
Kemahuan dan usaha.

Info UBM Craft:
boleh membuat tempahan ukiran, juga menyediakan tempahan acrilic berukir nama dalam harga RM3-RM5. Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
alamat : 
Jalan Kampung Tanjung Batu, 28000 Temerloh, Pahang 013-952 5037
waktu operasi: 
Friday 9am–5:30pm
Saturday 9am–5:30pm
Sunday Closed
Monday 9am–5:30pm
Tuesday 9am–5:30pm
Wednesday 9am–5:30pm
Thursday 9am–5:30pm

Sekian,
Coretan Akashah
Kraftangan Seni ukiran Kayu
@UBM Kraf, Temerloh
2021
Reading Time:

Wednesday, October 13, 2021

Cara aktifkan Canva for Education
October 13, 20210 Comments
Untuk pensyarah dan pelajar yang biasa guna aplikasi Canva untuk presentation atau apa-apa sahaja bahan digital, boleh cuba aktifkan Canva For education.
 


Kashah tak sebut cikgu sebab cikgu akaun DELIMA dah lengkap semua pakej canva edu ni.
 
Nanti apabila berjaya mengaktifkan Canva for education, kita boleh menerima ciri-ciri tambahan khas untuk edu tanpa perlu beli premium seperti:
1) template design edu
2) video, image, music, element edu
3) animation edu
4) fungsi remove background















Ok jom cuba. 

Caranya ialah;
1) pastikan kita dah login canva account guna email sendiri
- kalau belum ada account canva, register lah dulu. 

3) perlu verify maklumat education
a) nama institusi, website
b) email
C) upload kad staf/pelajar
Dulu Kasha apply tak de lah sampai kena upload kad staf. Sekarang bukan main.Upload je lah kalau tak mahu bayar premium. Huhu.

Bila selesai, semaklah di bahagian account setting - billing and teams - ada tak canva for education. Kalau dah ada macam ni. Berjaya lah tu
 

 
Silakan tekan share untuk sebar manfaat kepada yang lain.
#kashahtutorial
#cikguonline
Reading Time:

Monday, October 11, 2021

Dah boleh rentas Negeri
October 11, 20210 Comments

10 Oktober 2021 menjadi sejarah apabila pengumuman rentas negeri dan negara mula dibenarkan buat warga negara Malaysia. Detik yang dinanti lah kiranya.
 Rekodkan di sini sebagai kenangan.

Panjang kan masa terkurung, alhamdulillah pintu masuk ke setiap negeri akhirnya dibuka juga. Lama sangat yang menunggu. Jadi waktu peluang dah ada ni, jangan lepaskan masa emas ini.

 Jom baca sikit

✅Rentas negeri dibenarkan mulai 11 Oktober 2021
✅Aktiviti pelancongan boleh mula beroperasi dengan mematuhi SOP yang ketat.

🛫My Travel Pass tidak perlu digunakan lagi. Semua boleh keluar negara tanpa permohonan dengan syarat-syarat berikut
✅ 2 dos vaksin
✅ buat saringan swab test sebelum dan selepas tu tiba di pintu masuk negara.
✅ 14 hari kuarantin sendiri

*info my travel pass boleh ke sini
Reading Time:

Sunday, September 26, 2021

Sahabat Syurga, Buku ke-5 Akashah Kassim
September 26, 20210 Comments

Insya-Allah terselit satu karya Akashah dalam naskah Sahabat Syurga. 

Kali ini cerita tentang tema sahabat. 

Kenapa sahabat syurga?

Bukan cerita tentang diri ini confirm masuk syurga. Cuma satu harapan yang diidamkan semua. Semoga kita sama-sama bertemu di sana. 

Kalau tak jumpa saya, khabarkanlah kepada Allah yang kita pernah bersama untuk sekecil-kecil kebaikan.



 🤫Pernah tak terfikir nak bagi hadiah istimewa buat kawan, sahabat, rakan, saudara kita?


🤗Tapi tak tahu nak bagi apa yang bermakna dan mudah diurus.


Jom cuba! Kita bagi buku Sahabat Syurga

💕Satu set dengan kotak memang sesuai jadi hadiah.

💕Boleh uruskan penghantaran melalui pos. Feeling-feeling special delivery gitu.

💕 Ilmu dan kisah yang dikongsikan mampu memujuk hati yang membaca.


Insya-Allah. 

Kalau awak berminat, pm tepi kita ya untuk pre-order

https://bit.ly/2ZxHU0Q

https://bit.ly/2ZxHU0Q

https://bit.ly/2ZxHU0Q


#sahabatsyurga

Reading Time:

Tuesday, September 14, 2021

Bengkel PdPdT - E-Book
September 14, 20210 Comments
Bismillah ...
14 September 2021 - Bermula road tour Canva Cikgu Online ke institusi TVET pula. Selalunya Kashah sharing di live streaming facebook, dan video youtube (yang ni tak banyak). Kalaupun di Politeknik hanya dibuat di tempat Kasha pernah berkhidmat sahaja iaitu di PIS dan PMKu.
begitulah auto muka tak pandai senyum eh bila ss muka sendiri.

Kali ini menyebar manfaat penggunaan Canva untuk penghasilan e-book bersama staf akademik Politeknik Tawau. Terima kasih atas jemputannya kepada KJ JPH En Zul dan KP DUP Kak Rusiana.  

Selalu orang buat e-book guna microsoft word, Kasha buat guna power point.
Tapi sekarang dah belajar macam-macam, rupanya Canva lagi mudah urus. Wah bestnya. Jadi rugilah kan kalau kita tahu sorang-sorang. Jangan simpan. Kenalah bagitahu satu dunia. Eh tibe ... over sangat tu. Tapi  tak mustahil kan? 
Focus group - harapnya berjayalah tercapai objektif kursus ini.
 Apa yang seronok sangat buat e-book guna Canva?
- Banyak free graphic dan template untuk e-book yang boleh digunakan (lebih cepat dan mudah)
- Senang setting size e-book  
-Ia lebih interaktif sebab boleh tambah animation, youtube video dan QR code 
- boleh buat team work dengan button share tanpa perlu download
- Banyak lagi yang menarik tapi lepas belajar kenalah praktis. 

Kalau nak motivate sikit diri tu, buatlah sikit mock-up e-book yang kita buat. Berbaloi rasanya apabila dah nampak macam ni kan?

Kepada peserta Kursus, sebarkanlah ilmu yang sedikit ini. Semoga ilmunya dapat digunakan dan dimanfaatkan secara berterusan

Reading Time:

Tuesday, September 07, 2021

Mic untuk Audio power
September 07, 20210 Comments

Alat mainan baru buat cikgu online.

Apakah itu tandanya tak lama lagi nak buat live tutorial lagi setelah sekian lama ditinggalkan?

Sejenis terpengaruh juga bab audio best ni cuma pilih yang mampu beli untuk reward diri sendiri. Boleh tambah fungsi echo pula tu. Tak payah edit dah. Huhu. Sebenarnya nampak geng Akademi Bonda Nor guna mic hebat-hebat tapi belum tergerak nak beli sebabkan ada harga macam mampu tengok je lah.
 
Tapi baru-baru ini, nampak Ustaz Shahrul Zaman daripada Akademi Bonda Nor share mic dia. Masa dia post di FB buat biasa je sebab dah selalu nampak kawan-kawan buat posting. Apabila ada reunion online, dengar audio dia power, terus gigih komen minta link untuk beli juga. Haha reward diri kononnya. 


Gigih aih buat rakaman tengah malam nak cuba alat ini. Wah! Sedap je bunyi dia. Kemas. Bunyi kipas kat sebelah pun tak mengganggu. Mungkin sebab ada pop filter tu. Agaknyalah.
boleh dengar bunyi dia di sini

Agak-agak nak bermimpi dulu sebelum diracun, boleh ke sini
https://shp.ee/njmgt99
Tengok dulu harga dia, mahu menyimpan dulu atau cari duit tepi untuk beli. 

Cuma nak bagitahu, ramai juga berjaya diracun selepas kasha buat posting. Ada lah dalam 5-6 orang yang Kasha tahu. 
Reading Time:

Monday, September 06, 2021

Cerita Cikgu Online @kitareporters.com
September 06, 20210 Comments
Lama rasanya tak update blog ni. Jaranglah nak dapat konsisten tu. Last sekali bulan Julai? Apa! dah sebulan lebih rupanya. Oklah hari ini nak kongsi cerita happy-happy.
Zepeto menggedik di short video youtube. 

Alhamdulillah, perkongsian suka-suka seorang Akashah Kassim Allah pandu untuk memberi manfaat buat semua. Bermula daripada coretan akashah di alam maya, diikuti #kashahtutorial melalui facebook, kemudian menceburkan diri dalam live streaming asbab penglibatan dalam Akademi Bonda Nor.

baca penuh dengan klik di sini --->  artikel cikgu online

Terkini dah ketagih kartun zepeto pula. Allahu, nak buat macam mana kan? Sudahnya ramai terjebak sign up zepeto. Insya-Allah semoga penggunaannya itu memberi manfaat yang baik-baik untuk semua.
Bukannya tidak sibuk, cuma ceritanya kalau dah minat begitulah. Buka galeri penuh dengan gambar dan video online. Terapi diri supaya tidak berapi. huhu.
Reading Time:

Thursday, August 12, 2021

Kursus Penyediaan Soalan guna online tools
August 12, 20210 Comments

Buat slide tapi jadi  panduan ebook Kahoot. Alhamdulillah.

Kursus Penyediaan Soalan Menggunakan Online Tools Anjuran Bersama Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak  dan Kolej Komuniti Manjung. Terima kasih atas jemputannya Nurul Nuha, pensyarah KolejKomuniti Manjung ke platform ini. 



Selalu explore apa sahaja yang Kashah jumpa secara langsung atau tidak langsung melalui sosial media. kemudian excited menyediakan untuk kelas sendiri. 

Tools online platform PdP, nak simpan atau kongsi? 
Pilihlah yang mana berkekalan mengalir saat kita sudah mati. 
Dapat ke dapat?

Huhu jika slot pagi, cikgu online dah tunjuk cara dan bonus ebook sebagai panduan tak sabar nak tengok hasilnya pula di bahagian petang. Semoga berjaya buat. Mesti boleh punya, kena usaha.

Insya-Allah. 










Ramai pesertanya. Waktu slot ke-2 ada pembentangan daripada peserta bagi permainan kahoot masing-masing. Alhamdulillah objektif tercapai. Cuma I is berdebar apabila ustaz dan ustazah keluar soalan hukum tajwid. hah! dia kata cuba jawab. Matilah nak ...

Reading Time:

Tuesday, July 27, 2021

Puisi pelan-pelan kayuh
July 27, 20210 Comments

Apabila rasa nak berhenti separuh jalan, cuba dengar balik puisi di atas. Entahlah hati manusia ni berbolak-balik. 

Ada masa over confident. 

Ada masa relaks-relaks aje.

Ada masa dia goyang juga. 

Jadi kena rehat sekejap bukan bermakna berhenti. 




 

Reading Time:

Monday, July 26, 2021

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐜𝐤𝐠𝐫𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐥𝐥 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚 𝐚𝐩𝐩𝐬
July 26, 20210 Comments

Pening nak fikir cara remove background gambar? Jom follow step di bawah 

1. Klik link ini

https://www.remove.bg/




2. Klik upload image




 pilih gambar yang nak buang background tu. Contoh Kashah nak buang background laut kat gambar asal dibawah. 


3. Tunggu dia upload dan remove background. Tak lama pun sekejap je dia renove tu. Kelip mata je eh dah siap.


4. Dah siap, Klik download.

Hah dah hilang kan laut tadi. Ada kotak-kotak transparen. Menjadi lah tu. Klik kotak biru download untuk simpan gambar tersebut.


Kalau nak tukar background terus, 

1. klik edit ada kat bahagian kanan atas. Hah kalau malas nak fikir background lain ambil je dari situ. 


2. Pilih background

Ada juga pilihan untuk blurkan background selain gambar background yang lain kat situ. Cuba aje mana yang berkenan.

3. Klik anak panah di bahagian kanan

atas. 

4. Download image

Dah siap pun, boleh tekan download image untuk digunakan.


Selamat mencuba. Mulakan dengan gambar sendiri. Dah berjaya? Jangan biarkan ilmu ini terhenti, kongsi dengan cara klik share di wall masing-masing. 

. agak-agak malas baca, tengok di sini

Sebarkan manfaat semoga berkat.

insya-Allah

Oleh: Cikgu Online




#kashatutorial

#akashahtutorial

#cikguonline

Reading Time:

Thursday, July 08, 2021

Ulang tahun ke-13 pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO)
July 08, 20210 Comments

Selamat Menyambut Ulangtahun ke-13 Pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) pada 7 Julai 2021.

Semalam Kashah berpeluang menyertai satu program sempena sambutan tersebut secara dalam talian melalui platform Zoom. 

Bertajuk Melaka World Heritage Day Online Celebration 2021 : Revealing The Dutch Legacy, siaran langsung virtual tour tersebut telah bermula pada jam 4 petang pada tarikh 7 Julai 2021 dan tamat apda jam 5 petang.

Melayan visual yang dipaparkan, buat Kashah mengimbau kenangan menyelusuri jalan-jalan di bandaraya ini sambil membidik gambar cantik-cantik sebelum PKP tahun 2019. Sempat merakam sedikit momen ketika virtual tour tersebut. 

Cendol Jam Besar je nampaknya yang hidup tu. Tiada lagi kayuhan beca dengan lagu-lagunya. Jualan kraftangan dan segalanya. 

Sedih... Bandaraya yang sibuk satu ketika dulu tinggal sepi dari sebarang aktiviti pelancongan. Semoga tempoh ini menjadi tempoh berehat sebelum tamat PKP. Semoga COVID-19 cepat berlalu pergi


Reading Time:

Monday, June 07, 2021

Sejarah Live seorang Akashah
June 07, 20211 Comments

Selepas 5 kali buat perkongsian live secara public dan di group tertutup, semalam satu benda drastik telah dilakukan oleh seorang Akashah. Tapi yang pastinya bukan berseoranganlah. 2 kali live berturut-turut pada hari Ahad.

LIVE 1: 1 jam pukul 3

-kasha kongsi 5 online tools untuk memudahkan PdPr.

Okay yang satu ini, kira memang 'makanan' Kashah lah. Berkongsi tip mudah penggunaan online tools untuk pembelajaran. Yang baharunya live kali ini dapat guna OBS, jadi live kali ini lebih jelas dan dapat masukkan skrin hp dalam tu. Excited belajar pagi dalam pukul 11 macam tu, pukul 3 terus cuba. Ahh sakit pun tak fikir dah, bila buat benda ni.

Boleh tonton di sini

https://fb.watch/5YjfRAeyob/


LIVE 2:  19minit je @ Go Shop Nad


Okay yang ini bab marketing gini, kita serah pada ketua unit Jualan Dropshipper Bonda Nor yang bercakap lebih. Kasha sampuk cakap sikit-sikit dah le. Cuma Kasha suka guna setting video kat belakang studio tu. Memang lupalah sakit bila main ngan benda-benda gini.
Boleh tonton live tu di sini


SIRI LIVE AKASHAH KASSIIM

Sebenarnya satu kerisauan juga setiap kali nak buat live di facebook ni secara public, khasnya apabila terfikir apa pula orang kata nanti?

Allahu. Kadang tu malas juga nak buat. Sebab at the end secara realitinya dapat penat sahaja. Cuma ada beberapa kata-kata dari guru-guru Kasha dalam memberi kekuatan  untuk terus berkongsi. Kasha kongsikan di sini untuk renungan bersama.

'Semakin saya berusia, saya perlu bagitahu orang muda supaya kejar masa yang ada. Jangan masa berumur nanti baru nak buat. Sebab bila dah tak mampu nanti baru kita rasa nak buat semua. Tapi masa tu kita dah tak berdaya' - Prof Siti Rugayah.

'Bimbang jika diberi sekian-sekian nikmat, masih tidak bersyukur. Takut jikatelah diberi sekian-sekian bakat, tidak digunakan sebaiknya. Moga Allah bimbing hati dan tindakan kita' - Bonda Nor

Semoga dengan usaha yang sedikit ini, dapat memberi manfaat buat yang menerima. Sebenarnya satu kebahagiaan juga apabila nampak ada yang menggunakan ilmu yang Kasha kongsikan. Ya Allah rasa hilanglah penat membebel dalam live tu. 

Doakan dapat istiqamah buat sharing macam ni. Cuma sepatutnya sekarang kena siapkan dokumen. 3 minggu lagi. Alahai tak ready lagi tu oi nak upload dalam one drive. 

Sekian coretan bagi mengemaskini blog yang lama dah menyepi ni.

Okay bye. 

 

Reading Time:

Saturday, May 22, 2021

Terkini 22 Mei 2021
May 22, 20210 Comments

Ok mari kita simpan sejarah PKP 3.0 diperketatkan. Maknanya PKP 3.1 la kan?

Ura-ura yang pada mulanya lock down tidak berlaku. Jadi hari ini 2 menteri telah pun menamatkan spekulasi yang tersebar seminggu dua ini. 

Sedut poster cantik








Macam tulah lebih kurang situasi negaraku. Jangan biarkan diri menjadi panik. 

Jaga diri, jaga SOP
Semoga semua kekal sihat sejahtera.

Letaklah juga suratdari KSU



Reading Time:
Pengalaman Kursus buat e-book sendiri
May 22, 20211 Comments

Kursus bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang. Katanya penceramah ini merupakan tenaga pengajar Digital Marketing yang mana telah menghasilkan berpuluh e-book.

 Ok letak sikit rupa coach yang mengajar cara buat ebook sendiri. Dengar suara Coach Zul sejenis suara komersial, jadi khusyuk nampaknya semua.

 Apabila teringat masa mengajar, selalu krik krik student tak on kamera. Jadi kita tak nak lah jadi macam tu. Nak belajar kena semangat! Kesian pula cikgu cakap sorang-sorang. Haha bukan apa dah lama teringin nak tahu cara yang betul menghasilkan ebook dengan betul. Inilah masanya.

Kenapa best sangat dapat menghabiskan kursus seharian ni?

✅penerangan dan tutorial dan perkongsian website dan software yang membantu menyediakan ebook menarik

✅Praktis terus dalam kumpulan kecil untuk penghasilan e-book

✅ Platform untuk belajar ni zoom, lebih user friendly. Kasha suka orang mengajar guna zoom. 

Apa yang menarik pada Kasha secara peribadi sebab sebelum ni cuma guna powerpoint. Antaranya ialah

✅ Macam mana nak pastikan edaran ebook kita berkesan. (Ada bukti orang yang download) haa ni best dan mudah.Senang je rupanya guna google form. Ada function kat google form yang boleh auto generate. Wah! Bahagia betul eh.

✅ Gunakan voice to text (bahasa Melayu!) Haa ini menarik. Kadang-kadang idea nak menulis datang masa kita drive. Kita sebut je kat whatsapp nanti, dia akan auto type. 

Pernah buat sebelum ni, tapi tak menjadi sangat. Ini kira 80% accurate lah. Nak senang lagi tengah mengajar on function ni. Terus boleh dapat 5000patah perkataan untuk masuk jadi buku.

✅ Interactive ebook boleh di embed ke website. Haa sebelum ni pakai flipbook tapi apabila guna website ni, apa yang kita present tu jadi sebiji dalam web, Wah! Bahagia betullah.

✅Boleh present with animation and audio. Ini menarik, kasha tak sangka boleh buat ebook se interaktif begitu.

Baiklah kasha kongsikan beberapa website yang boleh digunakan untuk hasilkan interaktif ebook;

1) canva- 

biasa dengar kan? Selalu Kashah buat poster atau video je. Rupanya boleh hasilkan Interactive ebook wei!

2) Visme

- tak try lagi sebab coach kata banyak design kena bayar. Tapi sesuai untuk info grafik mantap. 

3) google form

-untuk menghasilkan ala-ala preorder buku kat onpay. Siap isi detail, popup link buku pun keluar.

Try la tekan ni

https://forms.gle/tpTzNmD36FUbfg3g9

Ada beberapa juga website dicadangkan oleh coach tapi Kasha malas dah nak scroll. Cukuplah 3 tu,. Boleh siap lawa dah.

Seronok dan berbaloi. Layanzz. Terima kasih Coach. Belajar online macam ni pun satu terapi. Alhamdulillah.

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.