10 bandar Bahagia di Malaysia 2019 - corEtan akAsHah

Saturday, June 06, 2020

10 bandar Bahagia di Malaysia 2019

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮?
Sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020 yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun, 10 Bandar di Malaysia telah diiktiraf Paling Bahagia bagi tahun 2019. 
1) Kulai, Johor
2) Bandaraya Melaka
3) Jasin, Melaka
4) Seremban, Negeri Sembilan
5) Bentong, Pahang
6) Kuantan, Pahang
7) Kuala Terengganu
8) Jeli, Kelantan
9) Taiping, Perak 
10) Yan, Kedah

Tahniah kepada penghuninya
Pada tahun 2019

Penilaian tahap kebahagiaan dibuat atas tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Antara aspek utama iaitu 
1) tahap kehidupan dan kesihatan
2) keselamatan kawasan kediaman dan kemudahan awam
3) Infrastruktur asas yang disediakan
4) kebahagiaan bersama keluarga dan 
5) saudara-mara  keseronokan bekerja
6) pengurusan kewangan
7)hubungan dengan jiran
8)aktiviti bersama komuniti
9) infrastruktur asas yang disediakan 10)perkhidmatan PBT dan Pemimpin tempatan 11)kualiti alam sekitar

Begitulah KPI penilaian manusia
Banyak betul kan syarat nak diletakkan untuk bahagia.

Bunyi dia memang best, tapi lepas tu perlu dibayag harganya.
Segala cukai naik, parking naik, denda parking naik. Nasib rakyat?


𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮?
Dalam hidup, yang buruk itu sebenarnya tidak akan rasa wujudnya bila kita seadanya menerima musibah yang hadir akan kembali membawa hikmah.

Semua 41 buah kisahnya telah dirakamkan dalam antologi Bahagia Tanpa Syarat.

Masih ada stok dalam simpanan Kasha, boleh pm tepi atau komen nak jika berminat membelinya.

Esok nak post buku. Rindu pos buku. 

#bahagiatanpasyarat

Baca berita penuh
https://www.sinarharian.com.my/article/86169/BERITA/Nasional/Melaka-Kuala-Terengganu-Seremban-bandar-paling-bahagia

12 comments:

CXopportunities said...

Wah! Bandaraya Melaka dan Jasin Melaka tersenarai? Hebatnya! Bangga cx jadi orang melaka 🥰

Mas FVOME said...

owhh patut la rasa bahagia je.haha

Akashah Kassim said...

Cx .. melaka bahagia

Mas.. kt mana

Ardini Humaira said...

Wahhh, Kuala terengganu pun ada.

Akashah Kassim said...

Ardini. Ada tu. Selamat berbahagia

Permatabiru said...

Xde plak tempat sy dalam senarai huhu

Huda Halid said...

Bahagia tu nikmat hidup bila kita bersyukur.

Aisya Ismail said...

Bandaraya Melaka memang membahagiakan.

marsha said...

Boleh buat wishlist ni..misi mencari bahagia..hihi

Izyan Balqis said...

Kebahagiaan tu datang dari dalam diri...ecewah...hehe

Syiera Firdaus said...

Wah kedah pun tersenarai jugak ye..

Marina Bashah said...

Taiping tu bahagia sangat sebab ada durian. Hehehe. Lepas ni bolehla selalu pergi taiping. Taiping paling dekat

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.