.
Tapi apa yang boleh menghalang kita daripada terus bangun setiap hari, mandi, makan, solat, bekerja dan meneruskan segala rutin harian seperti biasa?
.
Tak ada pilihan! Kita akur saja menyeret luka yang masih berdarah menjejes ke tanah. Kita pura-pura tidak nampak parut semalam yang sudah kering lukanya tetapi ngilunya masih terasa.
.
Kita ketap bibir kuat-kuat sambil cuba melangkah lagi penuh semangat.
.
Bukan sebab kita hebat. Tapi sebab kita ada iman. Sebab kita penuh percaya bahawa kematian bukanlah penamat segala kedukaan. Kita tahu bahawa sebaik sahaja mati, kita bahkan mungkin berdepan dengan sesuatu yang lebih dahsyat daripada ini.
.
.
Sebab tu kita terus bertahan hari ini. Bukan sebab kita kuat, bukan sebab kita tabah dan bukan sebab kita hebat. Tapi sebab iman. Sebab rasa percaya pada Tuhan. Pada pembalasan!
.
Justeru hari ini, kita bangkit dan berjuang lagi. Mencari-cari apa yang boleh kita sumbatkan ke dalam lohong dosa itu agar tidak lagi berbau. Mencari-cari bunga pahala paling harum di dunia untuk menjadi tiket masuk kita ke sana. Ke syurga. Selagi bernyawa, kita terus mahu perjuangkannya! .
#BondaNor
Copy paste dari facebook Bonda Nor
2 comments:
terkesan, betul... kadang kita rasa kita kuat tp kita lemah sebenarnya
Norhidana
Kan?Semoga Yang Maha Memberi Kekuatan masih melihat kita untuk memberi nikmat dariNya
Post a Comment