corEtan akAsHah: kashainterest

Showing posts with label kashainterest. Show all posts
Showing posts with label kashainterest. Show all posts

Wednesday, January 20, 2021

BAHAYA TIK TOK
January 20, 20211 Comments


Perkongsian menarik tentang bahaya tik tok oleh Bonda Nor. Kasha simpan sini bagi ingatan bersama.

Dari tahun lepas, berkali-kali team marketing Galeri Ilmu ajak saya join Tik Tok.

"Kita kena pergi ke tempat anak muda berkumpul, Bonda."
Saya angguk. Faham keperluan dakwah. Setiap kali Tuan
Resha Hamzah
kirimkan video Tik Tok mereka mempromosikan buku-buku Galeri Ilmu, saya tonton saja.
Menarik, namun masih tidak mampu menarik minat saya untuk ke sana.
.
.
Masa jumpa Ustazah
Asma Harun
pun, beliau bagitau yang beliau juga sudah mula mengatur langkah untuk berjinak-jinak dengan Tik Tok.
"Bonda Nor, kita lihat di situ mad'u kita. Maka kita akan turun ke sana."
Mad'u - khalayak yang kita nak dakwahkan.
Saya angguk.
Ya, ada benarnya. Pendakwah mesti sentiasa siap sedia. Saya faham tuntutan dan keperluan ini. Tapi entah kenapa, saya masih tidak berminat untuk mula aktif di media sosial yang satu ini.
.
.
Tadi, dalam program BACK TO SCHOOL, Ustaz
Abdul Muiez Ruslee
, kaunselor remaja yang juga merupakan seorang Youtuber menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan fungsi, kelebihan dan keburukan beberapa media sosial.
Termasuk Tik Tok.
"Tik Tok bukan hanya dipenuhi dengan hiburan, joget-joget saja. Ada banyak sumber ilmu juga di sana. Ada banyak akaun yang kita boleh follow. Ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu juga banyak dah buka akaun Tik Tok."
Ya, realitinya begitulah.
Kalau tuan puan biasa ke Tik Tok, mungkin akan jumpa beberapa akaun selebriti ilmuan seperti Ustaz Dusuki dan Irfan Khairi.
Ya, saya faham mengapa mereka berada di sana. Bak kata Ustazah Asma, di situ mad'u kita berkumpul. Pendakwah kena turun ke sana untuk sediakan alternatif bahan tontonan.
Biar dalam lautan lagha dan lucah di situ, masih ada kalimah-kalimah Allah. Masih ada yang memperjuangkan dakwah!
Namun tuan puan, biar saya beritahu satu rahsia.
Sebenarnya, diam-diam saya sudah lama berada di Tik Tok. Mengikuti dan cuba memahami trend di sana.
.
.
Dan ini pandangan saya.
1. Ketika ini, Tik Tok lebih dikuasai oleh bahan-bahan yang menjurus pada dosa dan lagha. Kalau nak jaga mata, nak jaga iman. Jangan ke sana. Jangan buka akaun Tik Tok!
Kita adalah apa yang kita pandang dan kita dengar setiap hari. Kalau setiap hari itu yang kita pandang, maka itulah yang kita akan jadi
Tuan puan,
Saya kenal seorang wanita yang baik. Saya ikuti perkembangannya di Tik Tok.
Mula-mula dia kata dia tak suka tengok orang berjoget-joget dengan pelbagai video trending di sana. Tapi dia follow juga. Tengok. Tengok.
Dan hari ini, dia juga telah pun melakukan hal yang sama. Dia juga sudah banyak video gedik-gedik dan joget-joget di Tik Tok. Dengan alasan, mahu sporting. True story. Sad story.
.
.
2. Bagi para pendakwah dan ilmuan yang buka akaun Tik Tok dengan niat untuk beri alternatif suapan video bermanfaat buat Tik Tokers di sana, nasihat saya - cukuplah fokus mad'u di sana saja.
Jangan bawa keluar akaun kita. Jangan promosi di Facebook dan Instagram agar orang follow Tik Tok kita. Jangan.
Kita tak mahu orang yang tak ada akaun Tik Tok pun buka akaun semata-mata untuk tengok Tik Tok kita yang kononnya baik itu. Namun akhirnya macam-macam hal yang tak baik mereka akan jumpa. Kemudian terpengaruh pula.
Hati-hati. Niat baik kita buka akaun Tik Tok mungkin nak jadikan yang jahat itu baik, rupa-rupanya tanpa sedar kita dah jadikan yang baik pula jahat. Maaf saya guna kalimah 'jahat', senang nak bagi faham.
Seperti kisah wanita tadi. Asalnya nak tengok-tengok saja. Akhirnya terpengaruh buat kerja 'jahat' juga! Astaghfirullah. Dah tua-tua begitu, saya tengok pun malu!
.
.
3. Mak ayah, tolong larang anak-anak ada akaun Tik Tok. Saya juga lakukan ini. Tak mudah nak kawal mereka, tapi kita kena selalu ingatkan, kena pantau, spotcheck!
Saya tetap mengatakan bahawa Tik Tok lebih bahaya, tak sama macam media sosial lain.
Kalau Instagram dan Facebook, kita hanya tengok apa yang kita follow.
Tapi Tik Tok, sentiasa ada video suggestion yang akan keluar di newsfeed. Kita tak play pun dia tetap automatik play sendiri setiap kali kita skrol. Terutamanya video yang trending.
Video trending jarang ada video bermanfaat. Ini kita kena faham. Jadi, setiap kali scroll, mesti jumpa video yang lagha dan membuahkan dosa. Tak dapat lari!
Dan akhirnya, berlakulah apa yang tak sepatutnya bila mana kita melihat hal yang membuahkan dosa sudah jadi biasa. Biasalah tu. Biasa! Padahal itu tetap dosa!
.
.
4. Kalau berdegil juga nak ada akaun Tik Tok, kena tegas kawal konten. Selalulah search akaun-akaun bermanfaat. Search nama-nama Ustaz. Search nama-nama cikgu, usahawan dan ilmuan.
Semakin banyak kita search dan follow akaun begini, maka suggestions akan banyak keluarkan video yang baik-baik juga.
Berkuranglah sedikit chances video lagha muncul walaupun hakikatnya sesekali ia tetap akan melintas juga. Nah, pandai-pandailah jaga konten dan jaga mata!
.
.
Tuan puan,
Tik Tok aplikasi yang simple. Video ringkas seminit dua saja. Tapi ingat, yang sekejap-sekejap itulah yang akan buat kita leka dan akhirnya tanpa sedar, banyak masa berlalu begitu saja.
Bagi saya, ia sarat dengan fake. Seronok kat sana sebab banyak aplikasi filter untuk video. Kedut di muka, jerawat, jeragat boleh hilang macam tu saja. Tak payah pakai make up pun boleh cantik macam real. Flawless belaka!
Bagi saya, ia aplikasi membosankan. Sarat dengan ikut-ikutan. Sorang buat macam ni, yang lain ikut. Lalu ia trending. Semua nak cuba. Lepas tu dah jadi macam perbandingan. Siapa lebih best?
Oh, paling saya bosan bila banyak video main tunjuk-tunjuk perkataan. Video bisu, yang asyik-asyik style itu, ya walaupun ada nilai ilmu. Bosannya tengok style yang sama.
Bagi saya juga, video Tik Tok juga bukanlah video yang baik untuk menuntut ilmu. Terlalu pendek. Satu minit. Apalah sangat yang sempat dipelajari dalam masa sesingkat itu.
Apatah lagi, banyak video cikgu-cikgu pun yang gedik-gedik saja. Ilmu dikongsi sepicing dua, tapi disampaikan dengan aksi menggoda. Tersengih-sengih tanpa punca. Haih Letih menengoknya!
.
.
Ya, Tik Tok pun ada baiknya juga. Tapi peratusannya sangat kecil. Ia lebih menjurus kepada hiburan. Lebih banyak buruk daripada baiknya. Itu yang mampu saya simpulkan tentang Tik Tok.
Namun hakikat dunia akhir zaman, yang buruk itulah orang cari. Dan inilah cabaran pendakwah masa kini. Inilah yang terpaksa mereka buat walaupun hati tidak gembira. Tapi demi menggalas amanah, kadang terpaksa!
Suatu hari nanti mungkin Bonda Nor juga terpaksa terjun ke sana demi penuhi tuntutan dakwah bagi mad'u di sana.
Tapi, saya tetap dengan pendirian saya iaitu buat masa ini, Tik Tok lebih banyak buruk daripada baiknya.
Yang tak terjebak lagi, jangan pergi. Yang dah terjebak, yang terpaksa menjebakkan diri, hati-hati. Jaga konten yang kita pandang setiap hari. Jaga kepada siapa kita promosi.
Jangan pertaruhkan iman sendiri!
Reading Time:

Wednesday, January 06, 2021

Memeriahkan aktiviti penulisan dalam talian
January 06, 2021 2 Comments

Memang sejenis mudah terpengaruh ...
Memeriahkan acara menulis kreatif dalam talian se-Malaysia

Sebenarnya bukan nak masuk pertandingan sangat. Sekadar memeriahkan warna-warni penulisan 2021. Semuanya bermula daripada posting Kak Haryati Hamim di FB.

Apa yang penting, menarik pulak sijilnya!
Habis klik button submit terus auto generate kat email kita. Wow! Menarik juga cara dia tu kan? Lepas ni kena explore https://www.certifyem.com/ ni. Tak payah susha-susah copy paste sijil. Dia link google form dan generate sijil.


Jadi benda boleh kongsi, buat apa simpan kan?Jom kita. Yang pasti dah berjaya terpengaruh kak Ezatul Marini dan Sadariah Shadariff

Sebenarnya mudah sahaja caranya.
1) klik link https://forms.gle/atGj183j8bMXWroi9
2) isi maklumat peribadi
Pastikan nama, nombor kad pengenalan dan email diisi dengan betul bagi tujuan pemprosesan sijil nanti.
3) Mulakan menulis
Daripada beberapa keping gambar jadikan satu cerita kreatif.
4) akhir sekali klik submit!
Tunggu dan semak sijil di email. Memang pantas.

Hakak bukan duta cuma nak mengajak memeriahkan majlis sehingga 31 Januari 2021. Kumpul sijil 2021.

Baca iklan dia di sini
MENANGI RM150 DENGAN SERTAI PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF SE-MALAYSIA (DALAM TALIAN) : TEMA COVID 19. SIJIL DISEDIAKAN!
Teknologi masa kini dan pengaruh media massa membolehkan kita ketahui apa itu Covid-19, bahaya Covid-19, cara penyebaran, cara tangani dan sebagainya. Dengan pengetahuan anda, jom sahut cabaran PPANPs dengan sertai Pertandingan Penulisan Kreatif Se-Malaysia (Dalam Talian): Tema Covid-19.
.
BAGAIMANA UNTUK SERTAI?
Sila klik link https://forms.gle/atGj183j8bMXWroi9 untuk sertai! Sijil disediakan!
.
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Mudah sahaja, anda ada telefon pintar? laptop? komputer? cabar diri anda dengan menulis mengenai Covid 19 secara dalam talian MENGIKUT KREATIVITI ANDA SENDIRI berdasarkan kesesuaian gambar-gambar yang diberikan.
.
KEBAIKAN MENULIS
Bayangkan, dengan hanya menulis, anda dapat memberi inspirasi kepada yang lain mengenai Covid-19 dan anda juga berjaya menghasilkan sebuah e-book sebagai bahan bacaan.
.
SIAPA YANG BOLEH SERTAI
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas, belia dan dewasa.
.
ANJURAN
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
 

Reading Time:

Wednesday, September 16, 2020

Live kerana terpaksa aku relakan.
September 16, 2020 2 Comments

Bunga baru dapat dari Kakak Diet, Kak Ruqayah dah selit atas kepala. Bawa ke live terus. Gasaklah feeling gitu.

"Memang live dekat studio TV ke Kasha?"

"Taklah, dalam dewan seminar tu juga. Sejenis malas nak cari tempat lain."

"Habis yang sibuk sangat kat belakang tu macam pejabat berita buletin tu. Kenapa?"

"Hahah. Itulah realitinya. Waktu tu, masing-masing tengah berdebar menunggu giliran live yang diatur sendiri. Hanya dua jam arahan penyediaan tugasan diberi untuk promosi live dan perlu terus bersiaran."

Set topik dan masa live satu hal. Nak cerita apa wei? Sudahnya cerita je lah semula belajar apa dalam sesi sebelum ni bersama En. saiful Nang.

Berjaya snap gambar kenangan dengan Encik Saiful Nang. 

Penulisan dan digital marketing. Siapkan poster, upload dan hadap aje lah. Giler tak nervous wei. Entah apa orang cakap kita dok pung pang dalam live. Gila glamor ke apa? Tapi tak apalah, yang penting ilmu yag disampaikan untuk dimanfaatkan. Nak belajar dengan figura Saiful Nang bukan modal yang kecil-kecil punya cerita.

Cikgu yang bertanggungjawab buat Kashah terpaksa live pada hari tersebut. TQ Bonda Nor, untuk ilmu bermanfaat di Perkampungan Ilmu Akademi Bonda Nor.

"Nak tanya, macam mana live tu nampak macam berita."

Haa gitu. Bila respons lain yang keluar, maknanya kegugupan engkau masa live dapat diatasi dengan paparan visual yang menarik. Allahuakbar.

Mujur juga pernah menghadiri kelas dalam talian Rahsia Ceramah Memukau bersama Cikgu Faizul Ikhwan. Adalah asas sedikit tentang live.

Ok, menjawab soalan tadi. Kashah sambungkan live facebook menggunakan streamyard. Kelebihan menggunakan streamyard, 

- ada fungsi untuk memaparkan nama kita dan tajuk yang bergerak-gerak (scroll text) di bahagian bawah video. (Kah! Feeling sangat)

- Tambahan features untuk paparan slide juga sesuai untuk presentation.

- Boleh invite maksimum 5 orang dalam studio streamyard. 

Nak kongsi tutorial pun macam complicated. Jadi, sila rujuk tutorial video youtube sini

Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyokong dan respons dalam live. Tak sangka ada rupanya yang nak dengar. Semoga bermanfaat.


Bukannya tak ada spoil. Punya lama live, kisahnya set restricted. Kah! Kah! Sudahnya limited lah viewernya. Patutnya buat public. Dah selesai baru perasan. Buatlah watch party tapi dah tak excited macam kali pertama. Itulah cerita orang yang tak pernah live public.


Jadi,patut tak repeat live topik lain pula?

Gambar yang diselit-selit adalah alternative bila ko rasa macam tak dapat nanti nak eksklusif berdua. Hahah boleh lah. Tudung senget Kashah, entahlah kalau batuk aje memang tak kan betul lah tudung sampai bebila. 


Jadi, mohon doa rakan-rakan yang membaca supaya Kasha cepat sembuh sepenuhnya. Hari tu macam dah nak baik, pastu datang balik. 


Reading Time:

Monday, August 03, 2020

KLCC BURGER TIKAM
August 03, 2020 5 Comments
KLCC BURGER TIKAM

"Eh! Ni sejenis viral ni. Hahah"
" Order! Order! Kashah nak amik gambar. Kashah nak order nasi." Begitulah sejenis tak rasa puas kalau tak makan nasi. Tekak nak cari nasi juga sehari.

Harga berbaloi
Harga RM15. Nak bagi bayangan ketinggian burger ni, kalau duduk tu, setinggi paras kepala juga lah. 

Tak jatuh pula burger tu
Boleh dikira 5 kali burger biasa disusun menaik dan dicucuk pada sebatang besi. Sebab tulah dia sebut tikam kot. Jadinya stabillah kedudukan burger tu.

Ada salad, tomato daging, ayam, sosej, mayonis disusun berselang-seli. Makan berempat pun tak habis sebab yang lagi 3 orang dah melayan nasi goreng. Rasanya kalau budak laju je ni.

Kesimpulannya, recommended. Bolehlah singgah kalau lalu Chalok. Sebenarnya Kashah waktu ni dari Kota Bharu menuju ke Kuantan, jadi singgah makan malam. Perut dah lapar betul time tu.
Gambar gelap sikit sebab waktu tu dah senja.

 Ooh ada lagi satu menu yang sedap dilayan. Sotong goreng tepung dia.  Berbaloi makan walaupun alergik. Gatal lepas tu pun tak apa. Tapi murah je RM7 dapat seekor sotong. Ingatkan yang potong kecik-kecik tu je.

"Fuh! Mujurlah jauh. Kalau tak, mahu kita ni mengulang selalu kat kedai ni. Huhu"
Alhamdulillah... Rezeki hari ini.

Makan berempat. 3nasi goreng, 1burger klcc, air buah 1, nescafe ais dan 2 air suam. RM60. 

Layanlah sekejap lepas 8jam menghadap kursus sistem iFRP di Politeknik Kota Bharu Kelantan. 

Sila ke fb kedai tersebut
https://www.facebook.com/DNORA-Seafood-1429875423802115/

DNORA Seafood
Kampung Chalok Kedai, 
Setiu, Terengganu

Reading Time:

Thursday, July 16, 2020

Blog Kasha dah ada adsense!
July 16, 2020 5 Comments

Bergelar seorang blogger sejak tahun 2009, Kashah pernah cuba apply adsense ni dalam blog. Cuma masa tu ada sikap tamak haloba yang tinggi. Jadi sejenis kegigihan buat perangai klik iklan dalam blog sendiri. Nak cepat dapat income lah tu. Sudahnya email blog ni dah kena banned dengan adsense account. Jadi selama ini, blog ni tiada sumber pendapatan pun.

Alhamdulillah, waktu PKP Kashah join group blogger dalam whatsapp group bersama team fb blogger Ben Ashaari.  Rupanya ada cara lain nak dapatkan adsense wujud semula dalam account kita. Seronoknya dapat ilmu baru dalam group ni. 


Mudah sangat langkahnya, 
1. Tambah account email lain sebagai admin blog.
2. Apply adsense guna account tersebut.
3. Masukkan url blog ini dalam account adsense tersebut.
4. Tunggu email pengesahan.

Bunyi dia memang mudah, tapi Kashah hampir putus asa juga nak dapat reply dari admin adsense. Asyiklah sebut admin bercuti MCO COVID19. 
"Mungkin takde rezeki nak ber adsense dalam blog. haha. Tulis ajelah kan? Melayankan jari"
Alhamdulillah sihat lagi adminnya boleh proceed permohonan Kashah.hehe. Sejenis keterujaan! Sekarang blog ini bolehlah menjana pendapatan dengan satu klik di iklan yang terpapar setiap hari.  InsyaAllah doakan yang baik-baik. Cuma kena rajin menulis hari-hari untuk naikkan traffic.
"Nak post kat facebook pon segan kau! Mana nak ada traffic. Okay bye!"

Syukur dapat join group yang penuh informasi, perkongsian ilmu baru dan tak lokek berkongsi tips. Sekadar menyebut beberapa blogger yang biasa singgah komen, terima kasih diucapkan di atas sokongan kalian.


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.