Wednesday, December 23, 2020
Monday, December 21, 2020
Saat orang lain berkongsi jarak berbasikal beratus kilometer, dan engkau baru merangkak dengan jarak 5kilometer. Itu pun dah mula bergetar tangan dan menggigil lutut.
Sunday, December 20, 2020
Terima kasih. Simpan review di sini.
Tuesday, December 15, 2020
Ride sekali lagi! Semangat nak bersukan tu takdelah sekuat mana. Tengok orang lain sihat, teringin juga sebab dah lama sangat lemau bergolek aje. Cuma yang nyata itulah ... Kadang rajin sekejap tapi lepas tu luntur. Buat masa sekarang ada semangat lagi. Jadi sambil ride kita snap sana sini buat hilang bosan. Tak jauh pun pusingnya, dekat-dekat kawasan rumah aje. Tak berani melintas jalan yang kenderaannya memecut laju macam tak sabo nak berr...
Monday, December 14, 2020
Ngah hantar gambar hakak ride di Pontian dulu. Kasi frame kan buat kenangan. Alahai bila next? |
Ohooi. 2020 dah nak menutup tirainya. Tak lama dah tinggal 18 hari je lagi. Pejam celik sekejap je dah nak habis 2020. Tak mahu menyebut tentang kereta terbang lagi, apa yang pasti doakan COVID19 berlalu pergi.
ᒍᗩᗪI ᑎᗩK TᗩᑎYᗩ, ᗩᑭᗩ ᑭEᖇᑌᗷᗩᕼᗩᑎ KITᗩ?
Kalau ikut blog ni, banyak berubah. Dari 2009 bawa ke 2020. Beza jumlah posting semakin bertambah tapi masih tak capai kuota bergelar seorang penulis tegar. Kiranya 80/360 hari. 22% je daripada jumlah hari setahun. Layanzzz sebab banyak menulis di medium lagi satu, facebook. Nampak tahun 2015 & 2016 adalah tahun malas menulis.
Opps ... awak. 2009 punya post jangan dijengah lagi. Kadang malu sendiri entah apa-apa yang dimuatkan di situ. Nak delete? Hahah mungkin tidak. Biarkan jadi kenangan 11 tahun di media ini.
Nak kata blog ni krik-krik, tak juga. Rasanya viewnya lebih tinggi dari tulisan di facebook. Cuma kebanyakan posting lama ni. Nampaknya tetamu yang singgah cenderungnya pada cerita berbeza.
Petikan doanya
Sunday, December 13, 2020
Aku hidup serba sederhanaTiada harta, tiada rupaHanya yang ada budi bahasaHarta sekadar basikal tuaOrang biasa basikal tuaOrang biasa basikal tua
Sunday, December 06, 2020
Ringkasan pengemakinian bagi *sektor Pelancongan & Kebudayaan* di bawah *SOP PKPB 05 Disember 2020* ini adalah:
1. *Pergerakan rentas daerah dan negeri* DIBENARKAN *TANPA* permit kebenaran PDRM dan berdasarkan *kapasiti penuh kenderaan* (pelancongan domestik, staycation dll) ✅
2. Pergerakan *keluar masuk ke negeri SABAH* dibenarkan, tertakluk kepada keputusan *negatif Ujian Calitan PCR atau RTK Antigen* yang wajib diambil *3 hari sebelum* berlepas. ✅
3. *MESYUARAT bersemuka di HOTEL* dibenarkan tertakluk kepada maksima 50% kapasiti asal dengan penjarakan sosial ✅
4. *Penggunaan kolam renang hotel* dibenarkan dengan penjarakan sosial ✅
5. Makan *dine in* dibenarkan tanpa had DENGAN penjarakan ✅
6. Aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga jam *12 tgh mlm* ✅
7. *Aktiviti rakaman* *TANPA PENONTON* dibenarkan tertakluk kepada krew yang minima
8. Aktiviti *acara langsung* *TANPA PENONTON* dibenarkan ✅
9. *Indoor busking* dibenarkan *terhad* kepada *bilangan penonton* yg ditetapkan *KKMM* ✅
10. Semua aktiviti perniagaan lain di bawah Sektor Pelancongan di KAWASAN PKPB adalah dibenarkan KECUALI bagi aktiviti-aktiviti berikut :
i. *Taman Tema, Pawagam dan Indoor Playground* TIDAK DIBENARKAN 📛
ii. *MICE / Seminar / Bengkel / Kursus / Latihan / Persidangan / Ceramah / Pameran* TIDAK DIBENARKAN 📛
iii. *Majlis Rasmi / Majlis Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, aktiviti SOSIAL* TIDAK DIBENARKAN 📛
iv. *Pameran hasil seni, muzium, perpustakaan dan galeri seni* 📛
v. *Pelancongan keluar/masuk negara* TIDAK DIBENARKAN 📛
Kawasan-kawasan *PKPB* / dilanjutkan sehingga *20 Disember 2020* adalah:
1. Seluruh *WP Kuala Lumpur*
2. Seluruh *Negeri Sabah*
3. Seluruh *Negeri Selangor* *KECUALI* *Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor*
4. Daerah *Seremban dan Port Dickson*, Negeri Sembilan
5. *Mukim 12 dan Mukim* *13* Pulau Pinang
6. *Daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong* , Perak
7. Daerah *Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Kelantan,* Kelantan
8. Daerah *Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai dan* *Kota Tinggi,* Johor
Walaupun Kawalan Pergerakan merentas Daerah/Negeri telah pun dilonggarkan dan boleh bergerak TANPA kebenaran PDRM, *AKTIVITI-AKTIVITI* berkaitn di atas adalah masih *DIKAWAL dan MEMPUNYAI LIMITASI* tertentu serta tertakluk di bawah *SOP PKPB bertarikh 05 Disember 2020.*
Sila rujuk dan patuh *SOP PKPB 05 Disember 2020* sepenuhnya🙏🙏🙏
*****
Kita dah boleh balik kampung wak! Cepat kemas apa yang patut. Lamanya alahai terputus hubungan. Dalam masa yang sama, jaga diri dan SOP.
Friday, December 04, 2020
𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭?
Kadang dalam hidup kita, terdetik sekelumit perasaan. Mungkin ada, mungkin tidak.
"Akulah yang paling kuat. Akulah yang menyebabkan berjayanya sesuatu usaha. Kalau aku tak ada, semua takkan menjadi."
Istighfar kawan-kawan ...
astaghfirullahal ‘adzim.
Nak tahu kenapa? Jom sambung baca lagi. Entri kali ini mungkin panjang dari biasa. Tapi bersabar dan baca satu persatu.
Ketahuilah ...
Saidina Ali r.a pernah menceritakan ketika ditanya
"Apakah yang paling kuat?"
Saidina Ali menjawab diatas penciptaan alam semesta ...
Sewaktu besi yang berbangga dengan kekuatan dan ketahanannya, Allah menjadikan api yang mampu mencairkannya.
Lalu Allah menciptakan air pula yang mampu memadam api yang marak.
Kemudian,
Saat air berbangga dengan kekuatannya melawan api, Allah ciptakan awan yang mampu menampung air.
Lalu Allah cipta pula angin untuk membawanya
Kemudian,
Allah cipta pula bukit-bukau menghalang angin, hujan dan awan.
Lalu Allah ciptakan pula manusia yang mampu meratakan bukit untuk membina bangunan
Manusia berbangga dengan kekuatan dan keunikannya
Lalu Allah tewaskan mereka dengan tidur, lalu mengalahkan mereka
Sehebat atau setinggi mana IQ manusia pun apabila tertidur ketika memandu, boleh membahayakan nyawa. Bahaya ni mico sleep. Pernah jadi, alhamdulillah masa tu bukan berseorangan. Ada yang menegur suruh fokus. Bahaya kan?
Jadi Allah jadikan risau, maka tidur pun kalah
Maka risau menjadi yang paling kuat sehingga mengundang kesedihan dalam diri. Natijahnya ramai yang mengambil keputusan membunuh diri, dan macam-macam lagi.
"𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢!"
Risau dan sedih ini tempatnya dihati
Lalu Allah jadikan zikrullah di hati hambaNya supaya sentiasa dekat kepada Nya
Jadi apa yang paling kuat?
𝐙𝐢𝐤𝐫𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡!
Amalkan doa ini,
“ALLAHUMMA INNI A’UZU BIKA MINAL HAMMI WAL HAZANI, WA A’UZU BIKA MINAL AJZI WAL KASALI, WA’A UZU BIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UZU BIKA MIN GALABATIDDAINI WA QAHRIRRIJALI”
Bermakna;
Ya Allah,
aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil,
dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Amin ....
Perkongsian pagi oleh Ustaz Hasni dalam
dari Omar Abdulkafi
'𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭'
Ada slot setiap Jumaat pagi kat opis.
Semoga mesejnya lekat dihati InsyaAllah.
Salam Jumaat
Tuesday, December 01, 2020
Siri Bercakap dengan Cermin
Seadanya Kuterima
🧬Membaca siri ini, membuatkan diri tertanya-tanya sendiri. Apa sebenarnya tafsiran cermin dalam tajuk siri ini? Dalam tak sedar, teringat cerita coretan Tamar Jalis dalam siri Bercakap dengan Jin yang dahulu ketika kecil kami baca bergilir-gilir.
😅Maaf-maaf, jauh sungguh ingatan saya. Terkenang-kenang zaman kanak-kanak.
💈Sesungguhnya hanya dengan mendalami kisah di dalam buku ini, secara tidak langsung kita akan faham tafsiran figura cermin di dalam tajuk siri ini.
🎀Seadanya Kuterima adalah sebuah antologi kisah jujur keinsafan yang dinukilkan oleh setiap penulis. Betapa penulis menafsir kekesalan adegan hidup mereka dan disusuli dengan rasa sesalan untuk memperbaiki diri serta rasa tawakal dan redha supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Indah nikmat Ilahi yang disyukuri bukti rasa kita redha dengan ujian yang diberi.
👩🏽🔬Bagi yang belum memulakan pembacaan, sungguh Seadanya Kuterima adalah antologi kisah keinsafan yang mudah difahami. Membacanya kita dapat rasakan ia sangat dekat dengan kisah seharian kita sebagai seorang anak, isteri, ibu, pekerja, pengusaha dan sebagai seorang Hamba Allah swt.
😭Sebagai seorang manusia biasa, bukan mudah membuang ego namun secara lembut dan tulus, penulis menyatakan beberapa contoh untuk kita selusuri buat sedikit panduan untuk kita teladani.
🙇🏼♀️Kisah pertama antologi adalah garapan Bonda Nor sendiri. Nukilan jujur rasa hati Bonda yang acapkali dirasai oleh semua wanita bergelar ibu. Bukan mudah melepaskan anak jauh di mata, berfikir yang tidak-tidak. Jujur rasa hati itu pun turut saya rasai. Membacanya seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Dua perenggan terakhir adalah penutup rasa hati seorang ibu. Nasihat supaya sentiasa kuat pergantungan kepada Ilahi dan sentiasa positif mengharapkan yang terbaik dan bersiap siaga jika sebaliknya berlaku.
🤰Beberapa penulisan lain yang dikongsikan dalam antologi ini turut bercerita mengenai kisah hati seorang ibu kepada anak-anak mereka. Dalam kita sendiri berperang dengan diri kerana rasa gagal menjalankan tanggungjawab, sungguh berbesar hati tatkala mengetahui sesungguhnya bukan hanya kita berasa begitu.
🥺Jujurnya perasan penulis sebegini turut saya alami. Kadang-kadang rasa gagal menguasai diri. Saya menangis sendiri.
“Aku gagal.”
“Aku tewas.”
“Aku tidak layak.”
“Aku putus ada.”
Mengapa saya tidak berjaya menjadi anak, isteri dan ibu yang hebat. Rasa beban tanggungjawab itu bagaikan tak terbuat. Betapa rasa tidak cukup masa untuk menjalankan semua tanggungjawab sedangkan orang lain hebat menjalankannya.
😷Membaca penulisan sebegini membuatkan saya terfikir, tidak perlu menyesali dan berputus asa. Ia tidak akan menyelesaikan masalah dan menyelamatkan keadaan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kita perlu bercakap dengan cermin dan memuhasabah diri samada ia adalah ujian atau kifarah atau peringatan. Sama-sama renungi bahawa syurga bukan percuma untuk kita diami.
🤗Untuk antologi ini, saya bagi 10 bintang. Jom baca. Pasti anda tidak akan jemu dan tidak sabar untuk menelaahnya daripada kulit ke kulit.
👩🏼🦱Selamat membaca
Bagi yang ingin mendapatkna naskah ini, sila ke Kedai buku Popular .