corEtan akAsHah: Bdc

Showing posts with label Bdc. Show all posts
Showing posts with label Bdc. Show all posts

Tuesday, December 01, 2020

Review seadanya kuterima
December 01, 20200 Comments
Sesekali bila ada masa, cari #seadanyakuterima dalam facebook.  Terjumpalah review buku oleh Pn Zakiah Abd Ghafar. Alhamdulillah, simpan sini buat kennagan.

Siri Bercakap dengan Cermin

Seadanya Kuterima


🧬Membaca siri ini, membuatkan diri tertanya-tanya sendiri. Apa sebenarnya tafsiran cermin dalam tajuk siri ini? Dalam tak sedar, teringat cerita coretan Tamar Jalis dalam siri Bercakap dengan Jin yang dahulu ketika kecil kami baca bergilir-gilir.


😅Maaf-maaf, jauh sungguh ingatan saya. Terkenang-kenang zaman kanak-kanak. 


💈Sesungguhnya hanya dengan mendalami kisah di dalam buku ini, secara tidak langsung kita akan faham tafsiran figura cermin di dalam tajuk siri ini.


🎀Seadanya Kuterima adalah sebuah antologi kisah jujur keinsafan yang dinukilkan oleh setiap penulis. Betapa penulis menafsir kekesalan adegan hidup mereka dan disusuli dengan rasa sesalan untuk memperbaiki diri serta rasa tawakal dan redha supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Indah nikmat Ilahi yang disyukuri bukti rasa kita redha dengan ujian yang diberi.


👩🏽‍🔬Bagi yang belum memulakan pembacaan, sungguh Seadanya Kuterima adalah antologi kisah keinsafan yang mudah difahami. Membacanya kita dapat rasakan ia sangat dekat dengan kisah seharian kita sebagai seorang anak, isteri, ibu, pekerja, pengusaha dan sebagai seorang Hamba Allah swt.


😭Sebagai seorang manusia biasa, bukan mudah membuang ego namun secara lembut dan tulus, penulis menyatakan beberapa contoh untuk kita selusuri buat sedikit panduan untuk kita teladani.


🙇🏼‍♀️Kisah pertama antologi adalah garapan Bonda Nor sendiri. Nukilan jujur rasa hati Bonda yang acapkali dirasai oleh semua wanita bergelar ibu. Bukan mudah melepaskan anak jauh di mata, berfikir yang tidak-tidak. Jujur rasa hati itu pun turut saya rasai. Membacanya seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Dua perenggan terakhir adalah penutup rasa hati seorang ibu. Nasihat supaya sentiasa kuat pergantungan kepada Ilahi dan sentiasa positif mengharapkan yang terbaik dan bersiap siaga jika sebaliknya berlaku.


🤰Beberapa penulisan lain yang dikongsikan dalam antologi ini turut bercerita mengenai kisah hati seorang ibu kepada anak-anak mereka. Dalam kita sendiri berperang dengan diri kerana rasa gagal menjalankan tanggungjawab, sungguh berbesar hati tatkala mengetahui sesungguhnya bukan hanya kita berasa begitu.


🥺Jujurnya perasan penulis sebegini turut saya alami. Kadang-kadang rasa gagal menguasai diri. Saya menangis sendiri. 

“Aku gagal.”

“Aku tewas.”

“Aku tidak layak.”

“Aku putus ada.”

Mengapa saya tidak berjaya menjadi anak, isteri dan ibu yang hebat. Rasa beban tanggungjawab itu bagaikan tak terbuat. Betapa rasa tidak cukup masa untuk menjalankan semua tanggungjawab sedangkan orang lain hebat menjalankannya.


😷Membaca penulisan sebegini membuatkan saya terfikir, tidak perlu menyesali dan berputus asa. Ia tidak akan menyelesaikan masalah dan menyelamatkan keadaan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kita perlu bercakap dengan cermin dan memuhasabah diri samada ia adalah ujian atau kifarah atau peringatan. Sama-sama renungi bahawa syurga bukan percuma untuk kita diami.


🤗Untuk antologi ini, saya bagi 10 bintang. Jom baca. Pasti anda tidak akan jemu dan tidak sabar untuk menelaahnya daripada kulit ke kulit.


👩🏼‍🦱Selamat membaca

Bagi yang ingin mendapatkna naskah ini, sila ke Kedai buku Popular .

Reading Time:

Wednesday, April 24, 2019

Menjelang Pelancaran BDC (seadanya kuterima)
April 24, 2019 2 Comments
Biarlah video dan infografik ringkas menjalankan tugas mereka membuka tirai cerita.
Info grafik:Timeline Bercakap dengan Cermin, BDC

Macam mana kasha terjebak dalam projek penulisan BDC
Hujung tahun lepas (lebih tepat November) nekad juga pergi menuntut ilmu dengan guru penulisan, Bonda Nor dalam seminar Bonda Nor. gi sorang tapi Hanim terjebak juga meneman dari Kuantan ke Bangi. Heheh. Terima kasih Hanim.
Di penghujung seminar, semua peserta seminar diberi kejutan dengan penerimaan surat Tawaran menulis buku bersama Galeri Ilmu untuk siri Buku muhasabah diri. (Siri Antologi Bercakap Dengan Cermin)

Fakta ringkas siri Bercakap dengan Cermin
memuatkan kisah benar muhasabah diri 
💁214 orang penulis.
💁9 buah buku
💁231 bab
😊harga RM20 sebuah
Berkonsepkan dakwah sentap!
Royalti? 
100% akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim Baitul Saadah, Kedah yang dikelolakan oleh Cikgu Abu Hassan Morad dan Prof Muhd. Kamil. 
Nantikan pelancarannya pada 4 Mei 2019
Ada terfikir tak nak jadi penulis
Dulu la bila cikgu tanya cita-cita. kasha jawab, "saya teringin sangat nak jadi penulis, cikgu."
Cikgu tanya.. "Awak nak tulis pasal apa kashah? Novel cinta ke?"
Masa tu masih terpinga-pinga lagi nak jawab apa..

Alhamdulillah tercapai selepas 22 tahun kasha tulis impian tu dalam buku bibliografi (ala buku comel2 yang kita simpan semua biodata kawan2 kita tu.jadi hari ini kasha dah boleh jawab lah bahawa tulisan ini berbentuk muhasabah diri. #dakwahsentap.
Cerita menjelang Pelancaran BDC
Hari-hari dapat perkongsian promosi sempena pelancaran buku ini pada 4 Mei 2018. Seronok tengok. masing-masing dengan kreativiti masing-masing dalam mempromosi buku sebaik menerima amanat dari cikgu

Dalam group whatsapp pon mentor ada menyampaikan pesanan dari CIKGU.

Assalamualaikum. Kita ada 2 tugasan😍

a. Wujudkan poster dan video mengikut kreativiti group kalian berkaitan BDC.

Postkan di FB dan IG.

Bermula minggu ini sehingga sebelum hari majlis BDC.

Mohon meriahkan di media tentang BDC.

b. Cadangkan satu idea untuk memeriahkan majlis pada hari kejadian.

Ini (mungkin) perlukan dana minimum daripada setiap ahli sebagai komitmen.

Contohnya beli bunga ros kepada semua tetamu.

Target anggaran tetamu 250 (Dewan auditorium 260 pax).
Keterujaan penulis
Fuhh.. Gitulah kejadiannya.. Memang keterujaan tu dah nampak bila masing2 post di FB masing-masing. Tak terkecuali dengan kashah juga.. Layan feeling dia memang menjadi-jadi.
Bila cerita kat ibu pasal keterujaan tu.. Akhirnya ada 1 ayat Ibu tanya..
"ada ke orang nak beli?"
"ibu doakanlah ramai orang beli.dapat pahala sebab royaltinya jadi sedekah pada anak yatim"
Ehek korang tolong jawabkan sikit. Nak beli tak?
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.