Pantun pembuka majlis - corEtan akAsHah

Thursday, June 28, 2018

Pantun pembuka majlis

Gambar last bertugas kat unit exam PIS dengan yati
Bismillah..  Hari ini ada orang atas ni request nak pantun2 ucapan.. Nama dia yatie..  Baru berpindah ke Poli Kota Kinabalu. Dapat jawatan SU,  kena buat teks ucapan. Yatie yatie lama dah tak sembang ngan ko eh. Anyway dia ada wasap kasha petang tadi. Dia kata nak selongkar blog dan FB kasha kot kot ada pantun ke? Kasha rasa tak pernah kot buat pantun yang formal2 ni..  Semuanya pantun jiwang. Haha.  Penat la dia selongkar tu.  Memang takde..  So, kasha belanja sikit lah pantun formal bagi pembuka majlis. Khas untuk SU kita. 

Kain sutera cantik disulam
Molek dipakai jangan disimpan
Pemanis kata ucapan salam
Salam sejahtera saya ucapkan

Melati sekuntum diatas papan
Mawar merah buat jualan
Assalammualaikum buat ucapan
Awal bismillah kita mulakan

Intan bertahta diatas dulang
Elok dihias buat sambutan
selamat pagi selamat datang
Jemput duduk kami alukan

Bunga manggar buat merai
Selamat datang lagu dendangan
Datanglah tuan kami hargai
Seluas dewan buat sambutan

Assalammualaikum salam pembuka
Salam dihulur penuh senyuman
Barisan audience sudah pun tiba
Kami pon bersedia majlis dimulakan

Datang bersama pakai sedondon
Terserlah indah nampak berseri
Doa pengiring hajat dipohon
Semoga mendapat restu ilahi

Kalau bermain tepi perigi
Sambil-sambil memancing ikan
Jikalau tuan sudah sedia merasmi
Kami pula menanti disini mengalu-alukan


Resam bunga mudahlah layu
Jangan dijemur diatas meja
Kalaulah mata dah mula kuyu
Silakan tuan membasuh muka

Berbaju merah sambil merenjis
Hidangan siakap terhidang di meja
Tibalah sudah akhir majlis
salah silap maaf dipinta

(coretan akashah, 2018)

2 comments:

Unknown said...

Wah beraborrrr heheh

Akashah Kassim said...

Uchu, berabor ke bertabur.. Lain macam bunyinya

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.