MOOC video storyboard @bipd - corEtan akAsHah

Wednesday, April 25, 2018

MOOC video storyboard @bipd

Ingat tak pasal MOOC kedua yang kasha pernah tulis sebelum ni. baca sini . 24hb april kena pergi mesyuarat menghadap jpp. 24 pergi,  23 baru bagitau.mengganti katanya. Bawa kete dr Kuantan pukul 4.30 pagi sampai sana pk8.00 pagi.
Sebenarnya dalam pembangunan web mooc ni, antara requirement dia adalah 12minit video merangkumi 1 video promo dan 3 video content yang dihasillkan sendiri. Dan sebab tulah BIPD (nama panjang dia Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital) panggil untuk meeting ni. kita buat storyboard dia tolong hasilkan video untuk politeknik yang takde UIDM. Ha ini logik.
Sebelum mula sesi, dia minta perkenalkan diri. Haha urusetia Pn Hanim tu kenal plak nama kita. katanya ada masuk pertandingan MOOC kan? Haa terus teringat en saravanan ada bagitau pasal ni aritu. yang ini kot.
Part pertama,  pengenalan untuk jenis-jenis video.  Masa encik mahadzir tu kenalkan video adalah macam2 jenis video tapi penerangan dia sama aje.haha. layankan aje. 
Yang kasha ingat antara jenis2 video yang diperkenalkan adalah:
  • Chalk & talk -  Khan academy style
  • RSA style - drawing
  • Kinetic Style -history (sesuai untuk memorize)
  • Video with Host 
  • 2d animation style video
  • TeD-ed video
  • Kinetic 3D animation style
  • 3D animation style
ada banyak lagi, tapi tak berapa ingat.
Gambar masa dia bagi pengenalan dan jenis-jenis video
Habis je pengenalan, terus dia share link google drive ikut Politeknik masing2. Dalam tu adalah power point template untuk kita edit storyboard ikut content kita.  Kita bagi orang pakar Tourism Geography keluarkan content. Kashah memang fail geografi ni.keh keh. So tolong susun storybaord  je la. Ha nak masukkan apa?
  • Text content
  • gambar
  • video contoh (link)
  • Skrip
ni gambar tengah dah setel 4 storyboard. just minta cadangan je.ha 2 story board kena reject. Haha. 
Ha ni time dok edit keluar cenggini. pastu restart. Tanya ngah kata dia window rosak. kena format balik.
Presentation stroyboard. sebelum balik. katanya nak sebelum/pada 27hb.siap ada whatsapp group lagi. 


Ini slide presentation dari politeknik lain. hmm comel2 je konsep dia. naruto lah, katak lah, cicak pon ada. kata dia student lagi paham bila kaitkan dengan watak kartun. generasi Z lain gaya nak ikut diorang ni..kreatif gak lecturer2 yang datang ni. ye la ada yang mengajar dip digital.. dr jtmk pon ada. First time jejak BIPD, selalu follow instagram and FB dia je. ok lah pengalaman baru.

pukul 5 gitu baru setel presentation. ada breakfast, lunch dan minum petang
makan sedap. nasi hujan panas. kenyang sampai malam. tapi kashah kira langgar pantang lah sebab makan ayam tu. akibatnya abes gatal2 muka. haha mendapat lah kasha oi. 
balik yang sangat menduga kesabaran. sebab Waze ajak jalan tour 1 KL. hehe.pk 10.30 baru sampai rumah sewa. jawabnya rabu masuk keje dengan mengantuk le. 

2 comments:

Hans Hanis said...

fuhhh
lama juga kena present tu yer

Akashah Kassim said...

Hans Hanis
dia jadi lama sebab tunggu kumpulan lain pon present gak

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.