header ke2 2018 blog kasha - corEtan akAsHah

Sunday, April 29, 2018

header ke2 2018 blog kasha

salam cuti-cuti Malaysia. Seronok ke dapat cuti? untunglah..bila duduk rumah, macam tak tahu nak buat apa?masak 'asam pedas untuk aku'. haha bukan main sekuali. macam ada 4 orang nak makan sudahnya.. bawa esok lah kan lauk tu..time berdua tak sibuk nak masak beria. haha ni sebab kes malas keluar. #bertapa sekian kalinya kat sini 3minggu berturut2. Penyakit M yang besar. nak keluar gi tukar lampu kereta terbakar sebelah pon malas. ha kasha kasha.
Ok kita patah balik pasal tajuk entri kali ini.
Header baru lagi?
Ok saje interprem gambar selfie lama2 (hmm xde la lama sangat 2016, 2017)  dalam header kali ini. hmm termasuklah cermin mata lama yang hilang tak berkubur tu (selesa sebenrnya cermin mata tu).. sayang betul.entah apa tema kali header kali ini. merah biru.walaupon bukan merah dan biru sebenar. tapi just letak aje kasi up mood nak menaip entri lepas2 ni kan?
dan sibuk juga letak email kat situ dan label entri yang kasha banyak letak kat blog ni. kalau ikutkan hati nak letak gambar teh ais ke? baru rare.tapi tak de idea la nak letak macam mana. so setakat tu aje lah yang berjaya di buat.
Mobile view header penyek?
dalam sibuk tukar2 header ni. ada satu benda yang tak best. Sebab apa? bila kita buka blog ni guna mobile view. gambarnya terpenyek.haha. tanya kat adik kasha, alim.. kata dia kena guna CSS. haha memang tak pandai lah nak pakai CSS bagai ni. Doa2 lah dia nak buatkan.hahah. rajin ke dia melayankan benda tak berapa penting ni.hehe. kalau dia tak nak buat. kita approach ngah pulak. kalau dedua tak nak. baru kita buka youtube  belajar sendiri buat.

Kata hari ini 
terjumpa ayat ni kat timeline, letak aje lah sini kan? macam sedap je bunyinya
tak semua rindu perlu diluah
tak semua cemburu perlu dipamer
tak semua sayang perlu diberitahu
Lebih baik menjadi rahsia kita dengan Allah sahaja

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.