Diakah Jodohku - corEtan akAsHah

Tuesday, April 17, 2018

Diakah Jodohku

Saja lah kashah letak tajuk buku tu sebagai tajuk entri kali ni. Dah lama jugak beli tapi baru berkesempatan nak menulis review.
Belum masanya nak bertanda tanya jodoh kita. (Eh silap tu,  jodoh saya.) Sebenarnya "diakah Jodohku" yang itu tak sampai lagi kat cik kasha.
Jadi kita amik aura aje lah. Aura buku cantik ni.
ehem bagi pose buku depan KCM bersama pen warna percuma
Alhamdulillah..
ini merupakan buku kedua kasha beli bagi tahun 2018
support bekas pensyarah PJB , ustazah rohamiah masa zaman diploma dulu
kita terlibat juga 0.01% (perasan sikit.. kotlah agaknya) dalam voting cover buku ni
follow masa ustazah rohamiah post kat facebook dia..hehe bukti okay.. 
sebenarnya kasha excited terlebih bila nampak cover pilihan pertama
 semua orang suka cantik kan? ha tipulah kalau geleng kepala.. 
Cantik yang subjektif kan? hehe

hmm ha masa dapat buku ni. buka lah muka surat pertama.
nampak ada ucapan bertinta pink di situ
baca pelan-pelan sampai habis. 
1 ayat aje, 2 baris cuma
kasha terdiam sekejap
mula baca semula dari baris petama
terkedu kali kedua. 

Akashah,Kampung halaman kita adalah syurga,bercita-citalah untuk kembali ke sana

hmm tersentuh sekejap. 
hmm dah jauh sangat kashah dariNya.
mungkin terlalu mengejar sangat dengan duniawi.
hai, ustazah ni baru page pertama ni.

Apa yang Best kat buku ni ye
  1. Cover- Hu ini memang punca utama kasha beli.  Tengok cover pon dah ada ayat "alang-alang bercinta biarlah hingga ke hujung nyawa.  Alang-alang bahagia biarlah hingga ke syurga"
  2. puisi  - kashah suka cipta puisi,jadi sukalah baca puisi orang juga. Jadi selain ada cerita, puisi yang turut dimuatkan dalam buku ini juga menjadi tarikan utama. Best. " dulu... Romantik gila.. Sekarang macam singa.. Dulu. . Sentiasa bertanya berita.. Sekarang senyap sentiasa.. Dulu hadiah tidak dipinta.. Sekarang belanja makan pun tiada.. 
  3. Pembahagi bab yang menarik- konsep dia sama ngan buku bonda nor.ada gambar berserta ayat yang sangat bermakna.  Macam 'quotation' gitu. 
  4. Content yang di highlighted - kasha suka scanning dulu sebelum baca. Jadi bila ada content yang dah dihighlighted siap2. Senanglah nak tarik kasha baca lebih mendalam. 
  5. Cerita alam perkahwinan dari pelbagai perspektif -hmm ni kena baca sampai habis lah. Kasha dah habis baca.  Selalu dengar, kita nampak alam perkahwinan orang yang terdekat dengan kita. Macam2 cerita. 
Antara pembahagi bab yang menarik perhatian
Untuk beli buku ni boleh contact terus dengan penulis dia.. Direct mesej ustazah rohamiah punya facebook
Atau ke mph bookstore
Atau online je kat mphonline dan galeriilmu
Harga buku rm20.
Itu sahaja cerita review kasha pasal diakah jodohku..
'selamat membaca'

Ada yang tanya?
Bila kasha nak review DIAkah Jodoh Kasha? Itu kena review juga ke?   Nervous soalan tu.  Hmm ahaa.. Itu kena lah doa ramai2.  Jangan tanya lebih2.  Nanti sentap. Cakap pasal sentap ni next buku kasha nak beli ni:
Nampak aida post kat ig dia..  Mesti cari dalam list ni. Almaklumle kasha ni pon suka sentap gak. Dah tua kot?

Updated 20 April
Terkejut kita. Tak sangka entri ni berbalas dengan empunya buku 'Jodoh Kita'. Seronok kan? Satu keterujaan di situ. #terglamertanpasengaja Kasha attach sekali sceenshot kat facebook bila penulis buku tag kita. hehe. Selamat meraikan buku ini di Pesta Buku ya..

#terglamertanpasengaja

6 comments:

Yaya Mohd said...

salam..
hi sis akashah..btul ke nama..hhe
yaya singgh sini smbil follow tau.. ^_^

Akashah Kassim said...

Wasalam.
Hi yaya.. Betul lah tu namanya.
Tq singgah.. Will follow u back😃

mrhanafi said...

saya wajar mencari buku ini sebab tengah mencari jodoh juga nie..

apalah yang dimalukan jika berusaha mencari jodoh agar menjadi teman di dunia dam jannah.


mesti wajar nak cari buku nie sejajar dengan usaha menjadi jodoh...

in shaa Allah

Akashah Kassim said...

Hanafi,
Selamat mencari buku dan jodoh.
semoga berjaya

norhidana said...

wahhhh mmg spesel lah novel ni yek.... siap ada tinta pink dr penulisnya

baca review dh kashah pun rasa mcm best je novel ni.... sbb simple n santai tp sangati puitis

Akashah Kassim said...

norhidana
betul tekaan awak tu.. simple dan santai penulisannya..
hehe boleh la cari di bookstore.kalau nak join baca jugak

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.