Dia datang tak mengira usia - corEtan akAsHah

Monday, April 23, 2018

Dia datang tak mengira usia

Bismillah..

“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un”
Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya


Pagi isnin dikejutkan dengan berita salah seorang bekas pelajar sup/dup PIS dulu. Nama dia Zulhafiz. Rasanya kasha pernah ajar dia travel agency -trip ke Melaka + CSR sekolah. Masa tu dia jadi pengarah program tu.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Betullah kan. ajal datang tak mengenal usia. Sakit tu cuma asbab. Kalau ajal da sampai tak tercepat atau terkurang walau sesaat.

Allah berfirman yang bermaksud: 
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa': 78) 

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari ajal kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di medan perang atau di atas hamparan. 

Yang pasti, mana-mana yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya merupakan  penentuan dari Allah SWT semenjak kita masih dalam kandungan lagi.

yang kita perlu takutkan jika ketika malaikat izrail datang, amalan kita sangat kurang da dosa kita malah bertimbun tak terhitung.

syarat mati adalah hidup
Pernah hadir kursus menguruskan jenazah. Tapi bersediakah kita jika sampai saatnya menjadi jenazah?
- tulisan dari bakal jenazah kepada bakal jenazah

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.