Jadikan gambar macam 3D dengan Power Point - corEtan akAsHah

Saturday, April 21, 2018

Jadikan gambar macam 3D dengan Power Point

Gambar bunga cantik ini kasha snap depan kompleks sukan PIS..  Satu2 nya bunga berkembang time tu.  Masa time gigih pergi fitness tiap2 minggu dulu sebab nak hilangkan sakit lutut. Bertemankan geng fitness siap ada group wasap dan bercoach kan Encik Hafiz. Alhamdulillah hilang juga sakit lutut. Masa tu plank da jadi rutin,  dengar lagu tabata je ingat plank. Haha
Ok kita patah balik cerita 3D. 
Nak buat benda ni tanpa install photoshop dalam komputer.  Entah kenapa kasha tak berjaya adapt lagi software tu. Lebih selesa guna power point nak edit gambo.
Syarat dia ialah:
  1.  kena pakai Microsoft power point 2013 ke atas.  2007 ke 2010 ke xboleh nak remove background. Dia cuma boleh remove plain transparent aje. 
  2. Ada gambar yang nak di3D kan.  Pilih apa objek yang kita nak 3D kan tu.  Pastikan warna objek tu contra ngan belakang dia lagi mudah. 
  3. Passion dan patience. Sabar banyak2 bila nak mencuba sesuatu yang baru..  
Pinjam gambo anak sedara kasha,  medina mikaela
Ok ready?
  1.  Insert gambar dalam power point (pic no. 1) 
  2. Pi dekat effect :yang nampak frame jatuh ke belakang.  (poc no. 4)
  3. Potong atau crop gmbar jadi separuh dari objek yang kita nak 3D kan (pic no. 2-3)
  4. Insert balik gambar asal. 
  5. Remove background (pic 6-8)
  6. Letak betul2 atas frame separuh tadi. (pic no. 5)
  7. Taraa.  Kan da jadi.senang je kan? 
semua step kat atas ni kasha tunjuk dalam gambar kat bawah ikut turutan



Agak2 kalau tak berapa faham kasha punya penerangan ni. Bole usha video tutorial ni.

kalau nak warna warni sikit..tukar background


2 comments:

ejulz said...

terbaek.. nampak senang tapi...... hehehe


jemput join segmen ejulz :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

Akashah Kassim said...

Tapi lg snang pakai photoshop kah? Haha..

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.