corEtan akAsHah: mooc

Showing posts with label mooc. Show all posts
Showing posts with label mooc. Show all posts

Wednesday, April 25, 2018

MOOC video storyboard @bipd
April 25, 2018 2 Comments
Ingat tak pasal MOOC kedua yang kasha pernah tulis sebelum ni. baca sini . 24hb april kena pergi mesyuarat menghadap jpp. 24 pergi,  23 baru bagitau.mengganti katanya. Bawa kete dr Kuantan pukul 4.30 pagi sampai sana pk8.00 pagi.
Sebenarnya dalam pembangunan web mooc ni, antara requirement dia adalah 12minit video merangkumi 1 video promo dan 3 video content yang dihasillkan sendiri. Dan sebab tulah BIPD (nama panjang dia Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital) panggil untuk meeting ni. kita buat storyboard dia tolong hasilkan video untuk politeknik yang takde UIDM. Ha ini logik.
Sebelum mula sesi, dia minta perkenalkan diri. Haha urusetia Pn Hanim tu kenal plak nama kita. katanya ada masuk pertandingan MOOC kan? Haa terus teringat en saravanan ada bagitau pasal ni aritu. yang ini kot.
Part pertama,  pengenalan untuk jenis-jenis video.  Masa encik mahadzir tu kenalkan video adalah macam2 jenis video tapi penerangan dia sama aje.haha. layankan aje. 
Yang kasha ingat antara jenis2 video yang diperkenalkan adalah:
  • Chalk & talk -  Khan academy style
  • RSA style - drawing
  • Kinetic Style -history (sesuai untuk memorize)
  • Video with Host 
  • 2d animation style video
  • TeD-ed video
  • Kinetic 3D animation style
  • 3D animation style
ada banyak lagi, tapi tak berapa ingat.
Gambar masa dia bagi pengenalan dan jenis-jenis video
Habis je pengenalan, terus dia share link google drive ikut Politeknik masing2. Dalam tu adalah power point template untuk kita edit storyboard ikut content kita.  Kita bagi orang pakar Tourism Geography keluarkan content. Kashah memang fail geografi ni.keh keh. So tolong susun storybaord  je la. Ha nak masukkan apa?
  • Text content
  • gambar
  • video contoh (link)
  • Skrip
ni gambar tengah dah setel 4 storyboard. just minta cadangan je.ha 2 story board kena reject. Haha. 
Ha ni time dok edit keluar cenggini. pastu restart. Tanya ngah kata dia window rosak. kena format balik.
Presentation stroyboard. sebelum balik. katanya nak sebelum/pada 27hb.siap ada whatsapp group lagi. 


Ini slide presentation dari politeknik lain. hmm comel2 je konsep dia. naruto lah, katak lah, cicak pon ada. kata dia student lagi paham bila kaitkan dengan watak kartun. generasi Z lain gaya nak ikut diorang ni..kreatif gak lecturer2 yang datang ni. ye la ada yang mengajar dip digital.. dr jtmk pon ada. First time jejak BIPD, selalu follow instagram and FB dia je. ok lah pengalaman baru.

pukul 5 gitu baru setel presentation. ada breakfast, lunch dan minum petang
makan sedap. nasi hujan panas. kenyang sampai malam. tapi kashah kira langgar pantang lah sebab makan ayam tu. akibatnya abes gatal2 muka. haha mendapat lah kasha oi. 
balik yang sangat menduga kesabaran. sebab Waze ajak jalan tour 1 KL. hehe.pk 10.30 baru sampai rumah sewa. jawabnya rabu masuk keje dengan mengantuk le. 

Reading Time:

Wednesday, February 21, 2018

MOOC kedua pulak
February 21, 20180 Comments
Salam.. 
Menghadap komputer berejam dari pukul 10 pagi dalam 4.15 pm gitu baru siap 1 chapter.
 Kali ini merupakan MOOC kedua bagi kursus semester 1 jugak macam kat bawah ni. Bezanya kali pertama buat 1 chapter, kat sini buat full chapter. Kena buat chapter 2 dan 6. Kewajipannya dulu 1 chapter 6 video (3 sendiri,  3 youtube).. 
Siap carta gant lagi tu. Besar perancangannya. Kita yang nervous tengok

Kalau 7 chapter masak lah 42 video nak disiapkan.. Chapter yang lain pensyarah lain buat.  haha menghadap le nak buat untuk 7 chapter.. part video paling malas nak buat.
Program : Diploma Pengurusan Pelancongan
Kursus     : DTM1013 Fundamental of Tourism & Hospitality
Tema pink pulak ya..  Haha

ini pula video sendiri yang dihasilkan untuk MOOC
Isi kandungan kena tunggu publish katanya. sebab tak siap lagi.
Jenguk posting pasal mooc pertama akashah kat sini

update terkini
1/3 diberitahu platform sbjek sama ngan poli lain.. haha ko rasa nak rasa apa masa ni?
Perumpamaanya macam ni lah lebih kurang. .

rasanya macam orang dah promote teh ais kat satu kedai ini sangat sedap.. pastu kita beria pergi, dah order.. bila nampak waiter hantar teh ais, ingat kat meja kita tapi rupanya meja orang lain.. dan baru dapat tahu itu adalah gelas teh ais terakhir kat kedai tu.
 SYMP
Reading Time:

Tuesday, January 30, 2018

MOOC pertama akashah
January 30, 20180 Comments
Ha MOOC tu apa?
Bunyinya macam satu permainan je kan? tak eh bukan sama sekali. Nak jadi senang cerita lah kan, MOOC ni kiranya satu platform pembelajaran secara online. Sebenarnya dah banyak dah IPTA buat MOOC ni, cuma politeknik ni baru nak mula
MOOC merupakan singkatan dari Massive Open Online Course yang bererti sebuah sistem pembelajaran berupa kursus secara online besar-besaran dan terbuka untuk siapa saja dengan tujuan agar pengguna dunia maya melibatkan diri dalam bidang pembelajaran tak terbatas dan dapat di akses melalui web.
MOOC dan pengecualian kredit
Ini lah dia blueprint dari kementerian pon.. Siapa yang penuhi dan dapat sijil dari MOOC boleh dapat pengecualian kredit bila sambung belajar...maknanya boleh belajar sendiri dari rumah..bila sambung tak payah dah amik kursus ni lagi.. tapi ada lah panduan dia.. yang kasha buat ni, cuma 1 topik je.. jadi pengecualian 1 topik la ajar dalam kelas.. #jumpadialammaya
Pengalaman MOOC kasha

ini antara quick guide untuk MOOC yang kasha bangunkan.. haha benda kursus 2 hari je.. cubaan demi cubaan nak bangunkan platform ini. Masa tu masih bertugas di Politeknik Ibrahim Sultan.. (ha poli tersayang sangat tu) sebenarnya dah tak ajar dah kursus ini. Masa kena bangunkan tu, dah pertengahan semester Jun 2017 pon. Sempat lah buat pilot test untuk platform ini bagi pelajar semester 1, DUP1C.
ada rupa macam ni kah masa buat tu
Dengan bersumberkan dari nota Asmahani, berjaya masukkan nota2 dalam platform tersebut.. kehadiran anna dalam kursus sekejap2 membantu gak tengokkan ayat2 nak letak kat front page.
2 hari berjuang akhirnya pegang badge the mooc warriors.. Plus bonus, best student award. Alhamdulillah.. Sesekali pulak jadi student..Try utk chapter 5: customer service and Satisfaction.. Layankan aje..
Nampak tak yang berbaju kurung biru tu, itulah SIFU MOOC PIS yang ajar
Cikgu nya catherine boleh tahan laju mengajar dan masa ni baru paham perasaan bila orang selalu cakap kasha ajar laju.terkial2 gak mengejar.. Haha maafkan saya..
Badge builder
badge best student award
ini pulak markah.hehe
Dalam berkursus, terus siap 1 platform wei.. dan platform tu boleh terus pakai. Takde lah kursus tu membazir. Nama kursus MOOC Waririors, so penyediaan  kursus pon ala2 permainan juga sebenarnya.. bila kita dah selesai satu2 task kita dapat badge.. hah kan?
So, cite panjang2 mana MOOC Kasha?
Rileks jap, panjang rupanya post kali ini.. sebenarnya MOOC ni di pautkan bawah www.openlearning.com/pis
setakat ini bagi sesi Dis 2017, ada 216 pelajar
Tak boleh challenge lah dengan sifu MOOC PIS, pelajar dia 2197 orang tu oi, berpeluh nak kejar.heheh.. sebab apa jadi gitu? sebab kursus english semua jabatan amik kat PIS.. so kebarangkalian tu takkan berlaku untuk kursus kasha yang cuma ditawarkan bagi pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti aje.. Kira ok lah tu bagi seorang beginner eh? 3 program yang terlibat tu pelancongan, hotel dan acara.
2 platform MOOC yang berjaya create
Bila kita buat 1 pilot test, maknanya dah 2 la platform MOOC kasha.. satu masa sesi Jun 2017 (pilot test) dan satu lagi sesi Disember 2017 (completed)
Boleh rujuk Link kat sini
Ini quick guide bagi MOOC
quick guide ni penting nak bagitau student proses satu persatu penggunaan platform ini. mulanya nak plan panggil student pis jadi model..tapi nampaknya tak berkesempatan pon sebab mood dah habes melayang.
ini front page MOOC tu kalau dah berjaya enrol
ha nampak tak yang 4 gambar tu.. itu lah badge yang kasha reka.. haha tiru dinner dash.. nanti kalau owner dinner dash tau, boleh kena saman tak? Bila belajar macam main game, seronok lah diorang kan? badge tu kita edit pakai power point je.. itulah syaratnya power point 2013 lah, mati kutu bila kat sini pakai power point 2007.. (please..please do something)
by stage, (percent of task completion) , student will be able to get the cute badge.. 
(haha cute sangat)
 sijil MOOC
sebenarnya view ni sebagai admin, jadi nama tu automatic keluar nama sendiri.. patutnya nama pelajar lah..  bila dah layak terima sijil, bermakna 100% tugasan dalam platfrom dah berjaya diselesaikan.. 
Dah pindah, tak buat dah ke?
Bila pindah platform tu masih bawah PIS, tapi kasha usha gak content nya yang pelajar post.haha
Hujung2 petang jenguk MOOC platform yg da siap tapi kena tinggal tu,
ada 1 aktiviti ni.. kena shoot video 3 minit pasal first impression. first time tengok video ni rasa kena interpret sendiri..takde tulisan..takde suara.. dengan muzik background tu, tak expect beria sebab baru sem 1..rasa teringat kat iklan syampoo sunsilk dolu2 tu.. hahah.. yang xboleh blah tu, g koop je kot.. nak fotostat kertas, sampai 50 bagi.. bukan main, asal kuar je 50..memang ler. haha xpuas hati tengok kan...
serius betul sampai jadi perbincangan hangat.heheh..emo plak masing2

yg lagi satu plak video pasal jatuh..jatuh..jatuh.. mcm sesuatu nih.. heheh..yang ini ada tulisan.. tapi masih2 terngiang2 pasal jatuh tu.. xboleh fikir dah..
#hiburan di petang hari..
tak tau lah stdtn kak Anita Hasan ke Rezal Miskam
korang tengok le.hehe
Terkini video first impression yang agak baik.. dah macam pengacara TV dah.. bagus budak ni.. pandai dia berlakon.. self confident pon sangat tinggi..dan objektif pasal first impression tu tercapai


Pengubat hati sebelum pindah

entah lah tak tau ubat ke tak? bukan ubat kot, cuma gula-gula.. Manisnya sekejap tapi lepastu nak kena cari air sebab haus balik..  dapat hadiah pon senyum separuh aje.. sebab pindah tetap pindah.. #kenanganjelah 
It's never done because of the award, 
but it's completely achieved because of passion 
(akashah, 2017)

Penyampaian sijil dan hadiah oleh Pengarah PIS, Tn Hj Rosli
Antara sebab dapat sijil dan hadiah tu sebab :
  1. satu2 nya jabatan yang dah complete 100% bagi pembangunan platform MOOC dan dah berjaya test run pon.
  2. Best TECC Innovator, (Technology Enabler Collaborative Classroom) haha apa tuh?
Rasanya entry kali ini agak panjang lah, sebab nama pon bercerita.. selamat membaca dalam bahasa rojak ni.. haha #adakukisah.. 

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.