Coretan Bila Exam Menjelma - corEtan akAsHah

Monday, April 16, 2018

Coretan Bila Exam Menjelma

Bila mata pen dah mula menari
Kertas dah tersedia menanti
Menanti akal melayarkan memori 
Fikiran mencerna, menganalisis dan mengerti

Yang merenung bermacam situasi
dengan bismillah didalam hati
Terangguk-angguk cuba memahami
Tertunduk laju menulis
Tergeleng-geleng tak mengerti
Termenung sekejap mencari
Sementara detik masanya berhenti

Ada yang steady
Ada yang gigit jari
Ada yang berkerut seribu di dahi
Mencari ilham toleh kanan dan kiri
Tak kurang goyang pen, tangan dan kaki
Paling tidak melihat kawan sebelah beraksi
Sampai masa tiba eh dah angkat kaki
Maknanya final exam dah munculkan diri

Merentasi satu alam biasa
saatnya tiba engkau diuji 
Cuma atas satu kertas biasa

Satu masa di alam lain
Soalannya pasti bukan lagi rahsia
3 soalan dari Malaikat Munkar dan Nakir
(coretan akashah, 2018)

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.