Bateri Kong di tahun baru - corEtan akAsHah

Monday, January 04, 2021

Bateri Kong di tahun baru

4 Januari - selepas 2 tahun 7 bulan tamat sudah riwayat bateri amazon si Veve.  Sebenarnya dah ada tanda dah dia nak tamat riwayatnya sebelum ni. Cuma sejenis lokek. Hahah nak tengok berapa jauh lagi dia boleh pergi. Mujur Hanim belum gerak lagi. Menyelit lah lompat kete dia pergi kerja

Penangan tinggalkan dia 10 hari sorang-sorang.  Pantang kena tinggal, asyik merajuk aje. Memang veve ni tak boleh kena tinggal.  Alhamdulillah kejadiannya cuma di rumah aje, kalau tengah jalan dalam banjir tak tahulah nak react apa. 


Alahai ... seminggu je pun kena tinggal. Dah merajuk!begitulah perangai si silver ni. Pantangnya bila tak dijaga depan mata. Macam-macam hal jadi.

Tahun baru, belanja dia dulu. Tuan dia pun belum shopping tau tahun baru.

Belum cerita kata nak tukar. Eh Kata orang jangan sebut depan dia. Lagi panjang rajuknya. Merana oi! Sayang lagi Veve ni. Banyak jasa dia dah bertahun-tahun dah.

Ok sambung balik, bila bateri kong sekarang dah mudah. Kita hello hello je Bateriku.com, nanti dia datanglah selamatkan. Dah tak payah merayau cari kedai merata. Penat oi nak melilau cari orang nak jumper charge bateri waktu hujan lebat ni. Yang sebernarnya call pon tidak. Malas lah nak call, berat mulut. Buka je web dia.

1. pergi web https://www.bateriku.com/ 

Kalau rajin senang call terus. tanya siap. Boleh juga download apps dia. Tapi malas kan nak bersesak apps banyak-banyak kat hp.

2. Pilih Need rescue. Book Now

3. ikut lah step dia

Yang bagusnya kita boleh tengok dulu harga baterinya, lepas kita key in jenis kereta. Jadi kita boleh sedia duit siap2. Bahagian payment  tu ada yang bayar masa datang (COD), dan online banking. Bab ni guna COD jelah. Sebab sistem ni tak keluar pon online banking tu.

Kalau Kasha yang nak bercerita pasal bateri ni memang taklah. Baca, dan copy paste simpan sini. Untuk panduan di kemudian hari.  Jadi kita simpan sini info tentang penjagaan bateri kereta. 

Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta?
Jangka hayat bateri kenderaan sepatutnya berakhir selepas beberapa tahun digunakan. Bateri kereta misalnya, banyak pengeluar masa kini sudah sedia menawarkan waranti hingga sekurang-kurangnya setahun setengah, malah ada hingga 2 tahun.

Apa Beza Bateri Kereta Basah dan Bateri Kereta Kering?

Bateri Kereta Basah

Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.

Bateri Kereta Kering
Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.

Bateri Kereta Jenis Apa Yang Lebih Baik?
Jadi, adakah bateri kereta kering lebih baik dari bateri kereta basah kerana tidak memerlukan penjagaan? Atau, bateri kereta basah adalah lebih baik dari bateri kereta kering kerana boleh tahan lebih lama dan harganya lebih murah? Sebenarnya, semuanya bergantung kepada jenis kereta yang anda gunakan dan ia juga bergantung kepada keperihatinan pemandu. Ada sesetengah pemandu boleh menjaga bateri kereta basah sehingga 3 tahun ke atas kerana sentiasa memeriksa paras air bateri. Tetapi ada juga pemandu yang kerap menukar bateri keretanya yang kong kepada bateri kereta yang baharu kerana sikap ketidakperihatinan pemandu tersebut. 

Faktor-faktor lain seperti altenator rosak, pendawaian rosak, kecuaian tidak menutup lampu kereta juga memainkan peranan dalam jangka hayat bateri kereta anda. Perbezaan bateri kereta basah dan kering adalah seperti di bawah:-

Bateri Kereta BasahBateri Kereta Kering
Lebih MurahHarga biasa
Perlukan penjagaan rapiTidak memerlukan penjagaan yang kerap

 

Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama

Semestinya penjagaan bateri juga mempunya caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta. Antaranya adalah:-

  • Periksa voltan bateri kereta
  • Semak terminal bateri secara berkala
  • Panaskan kereta sebelum berjalan
  • Amati sistem pengisian bateri kereta
Fakta sumber dari 
https://centurybattery.com.my/ms/apa-beza-bateri-kereta-basah-dan-bateri-kereta-kering/.



No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.