Sebenarnya dua tiga kali juga fikir betul ke nak update buku seram dalam blog ni?
Punca dia apa?
Sebab sebelum ni Kasha ada cuba share cerita seram, kemudian malam tu mimpi pelik-pelik. Fuh! Terus bangun tidur cari hp dan laju-laju delete entri tu dari blog ni.Yang peliknya sempat juga jeling view tinggi kot pasal cite seram tu! Padahal baru 2 hari upload. Eh apahal eh. Hahah tak mau dah serik nak share cite seram.
Tup! Tup! Hari ini cubaan lagi menulis review cerita seram.
WARIS IFRIT!
Tu dia, selak page satu dah bagi jawapan dah kepada persoalan persimpangan dilema nak tulis ke tak review pasal buku ini. hehe.
Akashah,
Takut Tuhan,
Bukan takut hantu ...
Tu dia pesanan dari penulis, En. Rafiuddin Rohani. Haa apa lagi nak takut kat dunia ni kan?
First klik buku + penulis
Belek sikit sinopsis kat belakang buku ni
Wafa, pewaris Silat Petala Sakti.Memiliki kelebihan bertarung dengan hanya melintaskannya di dalam fikiran.
Terkandas di dalam dunia berbeza tanpa mengetahui cara untuk kembali.
Rizal, pewaris Silat Petala Sakti.
Memiliki cita-cita menguasai takhta penguasaan dua dunia.
Mempertaruhkan nyawa manusia untuk menjadi raja di alam yang berbeza.
Wafa dan Rizal, telah disatukan.
Kini bertarung melunas dendam …
Bismillahirahmanirrahim.
KISAH SERAMISTIK berketebalan 120 mukasurat, sekejap je buat bahan bacaan harian. Cuma agak gelisah bercampur baur gak lah emosi saat mula membacanya. Okaylah nak mengikuti gaya penceritaan. Mudah. Yang jadi berkerut-kerut dahi bila ada misteri yang perlu dirungkai. Siapakah? Kenapa? Bagaimana? Tak senang duduk kita dibuatnya.
Terlerainya Balutan Kafan. Kalau sejenis yang membaca sambil membayangkan memang mengundang seram juga. Lebih-lebih lagi bila tengok cover page buku ini.
Perkongsian Bismillah lima Bukan cerita biasa, ia turut disertakan amalan bismillah lima untuk dijadikan sebagai amalan. setidak-tidaknya bukan cuma kisah seram semata.
Pengembaraan ke alam lain penulis berjaya membawa pembaca bersama ke alam lain dalam misi yang ingin dicapai. Ujian demi ujian, halangan demi halangan yang ditempuh dimana nyawa yang menjadi taruhan. Demi kuasa takhta yang menjadi taruhan.
Oklah nak cerita banyak sangat tak berapa pandai, sebab memang kena baca sendiri baru rasa penangannya. Cuma dinasihatkan jangan baca celup-celup sebab takut tak faham nanti. Sesekali baca buku seram layan juga. Nampak macam kisah seram biasa, namun banyak mesej tersirat yang terjadi ingin disampaikan. Tinggal nak dijadikan panduan atau tidak sahaja.
Meh Kasha kongsi satu part yang lain macam rasanya bila menyelak helaian demi halaian naskah ini ...
Alam Roh ...
Kita bukan sekadar kitaKalam kita kalam diaKalam dia kalam kitaKata bukan sebarang kataKata niat kata rasaKata rasa niat kitaDetik yang lahir dari jiwaDendang dari dua duniaDendang dunia yang nyata
"Diam!" tiba-tiba aku tersentak apabila ...
Haa ... itu baru satu part wei. Sama tersentak kita yang tengah baca ni.
Apa pun, nak bagitau sesiapa yang teringin nak menghidangkan mata dan jiwa dengan cerita berbeza, bolehlah mencuba naskah ini. Memang lain macam. Syabas diucapkan kepada penulis atas persembahan penulisannya
Dan rasa nak tanya je
ada sambungan tak? Sebab macam ada yang tak habis ni.
Akhir sekali, doakan takde mimpi pelik-pelik lepas buat review ni ya. Hahah
oklah itu je review kali ini. Review tahun baru walaupun buku tu dah mula beli tahun 2020.Ok azam nak review buku yang berderet dalam almari tu.
Doakan ya
No comments:
Post a Comment