Awak ... Mereka bukan penjenayah - corEtan akAsHah

Thursday, January 28, 2021

Awak ... Mereka bukan penjenayah

Awak ...
Mereka bukan penjenayah

Mereka terpenjara dengan gelang pink percuma
Ada yang sekejap, ada yang lama
Malah ada juga yang tewas
Saat ajal menjelma.

Ingat ...
Mereka bukan penjenayah

Awak ...
Ada masa mereka dikunjung jua
Barisan frontliner
Jemputan ambulan buat jiwa merintih hiba
Sedang mereka sekadar menjalankan amanahnya
Demi keselamatan dan kepentingan bersama

Awak ...
Mereka bukan penjenayah

Usah dipandang serong dek terkurungnya
Jangan dihina perjuangannya
Apa lagi dimomok ahli keluarganya
Kini bukan masa mencari salahnya
Apa lagi menghukum kiraan dosa pahala

Awak ...
Berilah sokongan dalam apa jua
Andai bukan sumbangan yang nampak nyata
Mungkin hanya pada sebaris kata-kata
Berilah,lagipun ia kan percuma

Awak ...
Ia cerita perkara tak terduga
Singgahnya tak siapa yang minta
Biar beribu wang sebagai galang gantinya
Perginya satu kesyukuran buat mereka
Mungkin ada yang rasa teraniaya
Namun cuba lepaskan ia

Untuk awak ..
Barisan frontliner
Pesakit COVID19
Semua keluarga terdekat
Seramai semua kontak rapat

Jom pasakkan diminda
Semua ini akan tamat

Allah bagi ujian untuk kita
Sebab bekalan kekuatan jiwa yang kita ada
Allah tak pernah uji kita dengan benci
Ia datang dengan Arrahman dan ArrahimNya

Ingat ...
Allah sentiasa ada untuk kita.
Allah sayang uji kita sebab sayang kita

Awak
Anggaplah doa-doa yang tidak putus 
daripada insan yang baik-baik
sebagai satu rezeki  dari Yang Esa
datang bukan saja-saja

Kita jaga kita ...
Jadikan ia nyata
Bukan hanya sedapnya didengar pada kata-kata 

Coretan Akashah 
28 Januari 2021






No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.