Santai rekreasi @ Bukit Tiz, Seri Alam - corEtan akAsHah

Sunday, January 03, 2021

Santai rekreasi @ Bukit Tiz, Seri Alam

Muka relaks ada senyum sebab dah sampai puncak.
Selepas hampir 6 bulan tak berekreasi, penghujung Disember 2020 menyaksikan hakak buat come back dengan aktiviti ekspedisi menerjah kawasan viral spot hiking bagi penduduk tempatan Pasir Gudang.

Sebenarnya asyik sangat tengok kawan-kawan rajin post aktiviti hiking setiap minggu di sini. Cantik pula gambar-gambarnya. Bukit Tiz, Seri Alam. Tempatnya pun tidak jauh dari rumah. 15 minit drive dah sampai.

Alkisahnya, adalah beberapa kali balik Pasir Gudang tapi ada je halangannya.Jadi masa itu hanya sekadar menyebut di mulut.Penatlah kononnya. Cuma kali ini masa cuti panjang sikit. Dah tak boleh tolak dah. Habis segala macam alasan untuk mengaburi perasaan Malas! 
Tu jalan tar 2 km yang perlu dilalui turun naik jugalah nafas kita dengan berbekal air sebotol. Fuh! Jauh sangat-sangat rasanya 2 km tu. Rasa macam nak patah balik. Naik kereta boleh tak?
Lepas menapak hampir 2km, pandang dari bawah pun dah rasa, takpelah next time baru naik. Boleh dengar hikers dok jerit dari atas. Laungan berjaya sampai. Kemain kau! Ha bila dah sampai sini, no more jalan tar ok. 
Laluan permulaan sebelum mendaki. Lawa je kiri kanan pokok menghijau. Haa masa ni tak perasan lagi nak mendaki. Sebab tak nampak lagi bukitnya. Masih jalan rata. Relaks ajelah. Buktinya hakak masih boleh klik sana-sini.
"Jauh lagi ke lim?" Ini memang dah 3 1/2 nak sampai. Hp dah simpan. Mujur Halim rajin klik. Hahah 
Masa ni dah tertipu sebab dah mula kena daki bukit yang dikelilingi pokok getah. Rasa banyak kali juga memeluk pokok getah sepanjang pendakian. Sempatlah dak ni selfie. Dekat nak teleng kepala kita melayankan.
Itulah kata orang, 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐝𝐢𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. Baru pung pang pung pang menulis tentang menahan sabar, tak lama lepas tu dia yang naik darah cepat sahaja nak marah.
Kalau 𝐜𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐭𝐨𝐮𝐫𝐢𝐬𝐦 𝐝𝐢𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐟𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧. Berjalan adalah kepakarannya. Tapi bab yang satu ini, baru jalan sekejap pun dah semput. Alahai.
"Sikit lagi. 20 minit je naik tu! Chaiyok." Ayat-ayat motivasi dari uncle, auntie yang dah mula turun sepanjang perjalanan. 
"Aik, pukul berapa naik ni?" awal betul dah turun.
"Pukul 6" mak oi. hahah sejenis kegigihan betul. Laju wei masing-masing tu menapak.
Itulah dulu masa sekolah, merentas desa mengelat. Sekarang rasakan!
"Insaf. Oh... Maafkan saya, cikgu!"
Mula peluk pokok. 
Ok di sinilah nak ditegaskan bahawa inilah punca hakak malas nak hiking. Penat dia tak boleh bawa bincang. Tak nak menyusahkan orang tunggu kita. Hehe. Tak pasal.
Lepas tu peluk batu. Tengoklah sebenarnya lagi 3 langkah nak sampai puncak, tapi dok Peluk batu kepenatan. Sebenarnya tengah tunggu kawasan bergambar yang agak penuh. Jadi tak mahu sesak-sesak. Tunggu giliranlah ya.
Pacak gambar bukti ya. Acara wajib ni sebab belum tentu berulang lagi. Kenapa bendera tak berkibar? Cis! Tak bestlah kan?
Selamat sampai puncak 8.10 pagi. Bab tempoh masa perjalanan hakak tak mahu komen.
Alhamdulillah. Berjaya mendaki Bukit Tiz, Seri Alam pada ketinggian 128 meter dengan jarak perjalanan hampir 2.5 km keseluruhannya sehala. Kalau pergi balik jadilah 5 km.
Ada scan juga okay! Ingat tu bergambar kosong ke? Tengah fikir kejap lagi nak turun bergelungsur ke macam mana? Lupa nak ambil gambar naik turun waktu guna tali. Sepenuhnya betul-betul bergantung pada tali. Sebab tanah tak berakar. Fuh! Menggelungsur pon orang ajar.

Lama dah tak hiking. Inilah baru nak mula balik. Tapi kesan sakit kakinya dekat seminggu. Tak menahan dok bongkok-bongkok mengecat rumah. Cari pasal betul.
Oklah sikit bendera berkibar. Semangat! Inilah individu yang bertanggungjawab buat tak tahu je kita kata tak nak naik. Alim. Hahah dia tunggu je hakak dia slow-slow menapak. Sabar je lah dik. Hehe

Jadi awak ... Semangat! 
Walaupun kadang nampak lebih macam kus semangat. Tak apalah. Redha ajalah. Ini adalah episod sejenis tak mahu kalah! Nak juga check in di sini walaupun asalnya cuma nak jalan bawah pun terkial-kial. Alhamdulillah berjaya juga tiba.

Sekian episod hiking Bukit Tiz, Seri Alam.

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.