BAHAYA TIK TOK - corEtan akAsHah

Wednesday, January 20, 2021

BAHAYA TIK TOK


Perkongsian menarik tentang bahaya tik tok oleh Bonda Nor. Kasha simpan sini bagi ingatan bersama.

Dari tahun lepas, berkali-kali team marketing Galeri Ilmu ajak saya join Tik Tok.

"Kita kena pergi ke tempat anak muda berkumpul, Bonda."
Saya angguk. Faham keperluan dakwah. Setiap kali Tuan
Resha Hamzah
kirimkan video Tik Tok mereka mempromosikan buku-buku Galeri Ilmu, saya tonton saja.
Menarik, namun masih tidak mampu menarik minat saya untuk ke sana.
.
.
Masa jumpa Ustazah
Asma Harun
pun, beliau bagitau yang beliau juga sudah mula mengatur langkah untuk berjinak-jinak dengan Tik Tok.
"Bonda Nor, kita lihat di situ mad'u kita. Maka kita akan turun ke sana."
Mad'u - khalayak yang kita nak dakwahkan.
Saya angguk.
Ya, ada benarnya. Pendakwah mesti sentiasa siap sedia. Saya faham tuntutan dan keperluan ini. Tapi entah kenapa, saya masih tidak berminat untuk mula aktif di media sosial yang satu ini.
.
.
Tadi, dalam program BACK TO SCHOOL, Ustaz
Abdul Muiez Ruslee
, kaunselor remaja yang juga merupakan seorang Youtuber menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan fungsi, kelebihan dan keburukan beberapa media sosial.
Termasuk Tik Tok.
"Tik Tok bukan hanya dipenuhi dengan hiburan, joget-joget saja. Ada banyak sumber ilmu juga di sana. Ada banyak akaun yang kita boleh follow. Ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu juga banyak dah buka akaun Tik Tok."
Ya, realitinya begitulah.
Kalau tuan puan biasa ke Tik Tok, mungkin akan jumpa beberapa akaun selebriti ilmuan seperti Ustaz Dusuki dan Irfan Khairi.
Ya, saya faham mengapa mereka berada di sana. Bak kata Ustazah Asma, di situ mad'u kita berkumpul. Pendakwah kena turun ke sana untuk sediakan alternatif bahan tontonan.
Biar dalam lautan lagha dan lucah di situ, masih ada kalimah-kalimah Allah. Masih ada yang memperjuangkan dakwah!
Namun tuan puan, biar saya beritahu satu rahsia.
Sebenarnya, diam-diam saya sudah lama berada di Tik Tok. Mengikuti dan cuba memahami trend di sana.
.
.
Dan ini pandangan saya.
1. Ketika ini, Tik Tok lebih dikuasai oleh bahan-bahan yang menjurus pada dosa dan lagha. Kalau nak jaga mata, nak jaga iman. Jangan ke sana. Jangan buka akaun Tik Tok!
Kita adalah apa yang kita pandang dan kita dengar setiap hari. Kalau setiap hari itu yang kita pandang, maka itulah yang kita akan jadi
Tuan puan,
Saya kenal seorang wanita yang baik. Saya ikuti perkembangannya di Tik Tok.
Mula-mula dia kata dia tak suka tengok orang berjoget-joget dengan pelbagai video trending di sana. Tapi dia follow juga. Tengok. Tengok.
Dan hari ini, dia juga telah pun melakukan hal yang sama. Dia juga sudah banyak video gedik-gedik dan joget-joget di Tik Tok. Dengan alasan, mahu sporting. True story. Sad story.
.
.
2. Bagi para pendakwah dan ilmuan yang buka akaun Tik Tok dengan niat untuk beri alternatif suapan video bermanfaat buat Tik Tokers di sana, nasihat saya - cukuplah fokus mad'u di sana saja.
Jangan bawa keluar akaun kita. Jangan promosi di Facebook dan Instagram agar orang follow Tik Tok kita. Jangan.
Kita tak mahu orang yang tak ada akaun Tik Tok pun buka akaun semata-mata untuk tengok Tik Tok kita yang kononnya baik itu. Namun akhirnya macam-macam hal yang tak baik mereka akan jumpa. Kemudian terpengaruh pula.
Hati-hati. Niat baik kita buka akaun Tik Tok mungkin nak jadikan yang jahat itu baik, rupa-rupanya tanpa sedar kita dah jadikan yang baik pula jahat. Maaf saya guna kalimah 'jahat', senang nak bagi faham.
Seperti kisah wanita tadi. Asalnya nak tengok-tengok saja. Akhirnya terpengaruh buat kerja 'jahat' juga! Astaghfirullah. Dah tua-tua begitu, saya tengok pun malu!
.
.
3. Mak ayah, tolong larang anak-anak ada akaun Tik Tok. Saya juga lakukan ini. Tak mudah nak kawal mereka, tapi kita kena selalu ingatkan, kena pantau, spotcheck!
Saya tetap mengatakan bahawa Tik Tok lebih bahaya, tak sama macam media sosial lain.
Kalau Instagram dan Facebook, kita hanya tengok apa yang kita follow.
Tapi Tik Tok, sentiasa ada video suggestion yang akan keluar di newsfeed. Kita tak play pun dia tetap automatik play sendiri setiap kali kita skrol. Terutamanya video yang trending.
Video trending jarang ada video bermanfaat. Ini kita kena faham. Jadi, setiap kali scroll, mesti jumpa video yang lagha dan membuahkan dosa. Tak dapat lari!
Dan akhirnya, berlakulah apa yang tak sepatutnya bila mana kita melihat hal yang membuahkan dosa sudah jadi biasa. Biasalah tu. Biasa! Padahal itu tetap dosa!
.
.
4. Kalau berdegil juga nak ada akaun Tik Tok, kena tegas kawal konten. Selalulah search akaun-akaun bermanfaat. Search nama-nama Ustaz. Search nama-nama cikgu, usahawan dan ilmuan.
Semakin banyak kita search dan follow akaun begini, maka suggestions akan banyak keluarkan video yang baik-baik juga.
Berkuranglah sedikit chances video lagha muncul walaupun hakikatnya sesekali ia tetap akan melintas juga. Nah, pandai-pandailah jaga konten dan jaga mata!
.
.
Tuan puan,
Tik Tok aplikasi yang simple. Video ringkas seminit dua saja. Tapi ingat, yang sekejap-sekejap itulah yang akan buat kita leka dan akhirnya tanpa sedar, banyak masa berlalu begitu saja.
Bagi saya, ia sarat dengan fake. Seronok kat sana sebab banyak aplikasi filter untuk video. Kedut di muka, jerawat, jeragat boleh hilang macam tu saja. Tak payah pakai make up pun boleh cantik macam real. Flawless belaka!
Bagi saya, ia aplikasi membosankan. Sarat dengan ikut-ikutan. Sorang buat macam ni, yang lain ikut. Lalu ia trending. Semua nak cuba. Lepas tu dah jadi macam perbandingan. Siapa lebih best?
Oh, paling saya bosan bila banyak video main tunjuk-tunjuk perkataan. Video bisu, yang asyik-asyik style itu, ya walaupun ada nilai ilmu. Bosannya tengok style yang sama.
Bagi saya juga, video Tik Tok juga bukanlah video yang baik untuk menuntut ilmu. Terlalu pendek. Satu minit. Apalah sangat yang sempat dipelajari dalam masa sesingkat itu.
Apatah lagi, banyak video cikgu-cikgu pun yang gedik-gedik saja. Ilmu dikongsi sepicing dua, tapi disampaikan dengan aksi menggoda. Tersengih-sengih tanpa punca. Haih Letih menengoknya!
.
.
Ya, Tik Tok pun ada baiknya juga. Tapi peratusannya sangat kecil. Ia lebih menjurus kepada hiburan. Lebih banyak buruk daripada baiknya. Itu yang mampu saya simpulkan tentang Tik Tok.
Namun hakikat dunia akhir zaman, yang buruk itulah orang cari. Dan inilah cabaran pendakwah masa kini. Inilah yang terpaksa mereka buat walaupun hati tidak gembira. Tapi demi menggalas amanah, kadang terpaksa!
Suatu hari nanti mungkin Bonda Nor juga terpaksa terjun ke sana demi penuhi tuntutan dakwah bagi mad'u di sana.
Tapi, saya tetap dengan pendirian saya iaitu buat masa ini, Tik Tok lebih banyak buruk daripada baiknya.
Yang tak terjebak lagi, jangan pergi. Yang dah terjebak, yang terpaksa menjebakkan diri, hati-hati. Jaga konten yang kita pandang setiap hari. Jaga kepada siapa kita promosi.
Jangan pertaruhkan iman sendiri!

1 comment:

norhidana said...

tik tok ni kalau nampak orang share di ig je, tak pernah la ada akaun nya ke apa...
semua benda di sosial media ni kalau betul cara kita untuk benda baik insyallah jadi baik, kalau memang ke perkara yang salah memang jd buruk hasilnya

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.