Hebatkah kita? - corEtan akAsHah

Friday, December 04, 2020

Hebatkah kita?

𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭?

Kadang dalam hidup kita, terdetik sekelumit perasaan. Mungkin ada, mungkin tidak.

"Akulah yang paling kuat. Akulah yang menyebabkan berjayanya sesuatu usaha. Kalau aku tak ada, semua takkan menjadi."


Istighfar kawan-kawan ... 

astaghfirullahal ‘adzim.


Nak tahu kenapa? Jom sambung baca lagi. Entri kali ini mungkin panjang dari biasa. Tapi bersabar dan baca satu persatu.


Ketahuilah ... 

Saidina Ali r.a pernah menceritakan ketika ditanya 

"Apakah yang paling kuat?"


Saidina Ali menjawab diatas penciptaan alam semesta ...


Sewaktu besi yang berbangga dengan kekuatan dan ketahanannya, Allah menjadikan api yang mampu mencairkannya. 

Lalu Allah menciptakan air pula yang mampu memadam api yang marak. 


Kemudian, 

Saat air berbangga dengan kekuatannya melawan api, Allah ciptakan awan yang mampu menampung air.

Lalu Allah cipta pula angin untuk membawanya


Kemudian, 

Allah cipta pula bukit-bukau menghalang angin, hujan dan awan. 

Lalu Allah ciptakan pula manusia yang mampu meratakan bukit untuk membina bangunan

Manusia berbangga dengan kekuatan dan keunikannya

Lalu Allah tewaskan mereka dengan tidur, lalu mengalahkan mereka

Sehebat atau setinggi mana IQ manusia pun apabila tertidur ketika memandu, boleh membahayakan nyawa. Bahaya ni mico sleep. Pernah jadi, alhamdulillah masa tu bukan berseorangan. Ada yang menegur suruh fokus. Bahaya kan?


Jadi Allah jadikan risau, maka tidur pun kalah

Maka risau menjadi yang paling kuat sehingga mengundang kesedihan dalam diri. Natijahnya ramai yang mengambil keputusan membunuh diri, dan macam-macam lagi.


"𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢!"

Risau dan sedih ini tempatnya dihati

Lalu Allah jadikan zikrullah di hati hambaNya supaya sentiasa dekat kepada Nya


Jadi apa yang paling kuat?


𝐙𝐢𝐤𝐫𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡!

Amalkan doa ini,


“ALLAHUMMA INNI A’UZU BIKA MINAL HAMMI WAL HAZANI, WA A’UZU BIKA MINAL AJZI WAL KASALI, WA’A UZU BIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UZU BIKA MIN GALABATIDDAINI WA QAHRIRRIJALI”


Bermakna;

Ya Allah, 

aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, 

dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil,

dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Amin ....


Perkongsian pagi oleh Ustaz Hasni dalam

dari Omar Abdulkafi 

'𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭'


Ada slot setiap Jumaat pagi kat opis. 


Semoga mesejnya lekat dihati InsyaAllah.

Salam Jumaat

2 comments:

Mas FVOME said...

subhanallah.

siapalah kita tanpaNya

Aisya Ismail said...

Saat kita fikir kita yang paling hebat, ada yang lagi hebat dari kita.

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.