Syair Terlena - Hamka - corEtan akAsHah

Sunday, January 09, 2022

Syair Terlena - Hamka

 Salam tahun baru 2022. Kawan-kawan, apa khabar hati kita? 

Tanya pada dia, masih lagikah dia terjerat dengan apa yang dinamakan sebagai mangsa keadaan atau mungkin sudah mula melupakan dan menuju ke hadapan. 

Sambil skrol timeline, Kashah ada terjumpa Syair Hamka. Menarik dan berbesar hati untuk letak kat sini sempena tahun baharu. Posting pertama tahun baharu. Jom kita sama-sama baca dan untuk direnungkan. 

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

Puisi Terlena oleh : Pak Hamka - Al Marhum Prof Hamka
( Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Pujangga Nusantara

Sebuah puisi yang bukan sahaja dirakamkan di sini atas cantik bahasanya, tapi untuk difahami mesejnya. Didoakan buat kawan-kawan berada dalam lindungan-Nya.
Kita bukan orang yang baik,tapi tanamkan azam untuk berbuat baik. Tulis dan kongsi yang baik-baik, bermanfaat. Semoga menjadi amalan yang mengalir saat jasad dan roh berpisah satu saat nanti. Entah esok, lusa, dia sampai juga.

Kawan-kawan, andai saat itu tiba dan aku masih ada salam kemaafan yang belum terungkap mohon dimaafkan. Diikhlaskan juga apa jua yang telah menjentik hati ini. Semoga rasa itu sama-sama lenyap bersama tahun yang berganti.

Salam tahun baru,
Coretan Akashah 2022


4 comments:

Sutera Maya said...

bestnya kashah, syair ni... nnt nak cari and share juga boleh? x pernah dgr syair hamka yg ni

Akashah Kassim said...

boleh je. Kashah pun copy je

Sutera Maya said...

orait...tq kashah

Akashah Kassim said...

My pleasure, Midah

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.