Salam 2026 - corEtan akAsHah

Thursday, January 01, 2026

Salam 2026

2026: Di Antara Tenang, Syukur dan Langkah yang Tak Berhenti

1 Januari 2026

Alhamdulillah. Kita akhirnya melangkah masuk ke gerbang 2026. Nafas pagi tadi terasa sedikit berbeza, kan? Ada bau harapan, ada rasa syukur yang menyelinap halus. 

Cuba tanya sekejap. Apa khabar jiwa kita? Harapnya hari pertama ini dimulakan dengan senyuman yang paling manis.

Tahun baru... biasalah. Timeline penuh dengan azam. Semua nak yang terbaik dan kalau boleh semuanya baharu. Tapi tahun ni, Kashah nak ajak korang buat benda yang lain sikit. Relaks... Belajar untuk bertenang. Tak payah nak kalut sangat kejar dunia sampai terlupa nak bernafas.

Sebab tenang itu bukan bermakna kau duduk diam dalam gua... tapi tenang itu bila kau mampu tersenyum manis dalam ribut yang paling kuat. Biarkan dunia bising dengan sejuta suara... tapi dalam hati kau, ada satu damai yang tak sesiapa pun boleh curi.

Dah tenang? Okey... sekarang ni, belajar untuk syukur. Alhamdulillah. Jangan asyik pandang atas sampai leher tu sakit, sekali-sekali pandang ke bawah. Tengok berapa ramai lagi yang nak ada di tempat kau sekarang. Syukuri apa yang ada dalam genggaman, sebelum kau sibuk nak gapai apa yang masih di awan.


awak,



Syukur ini bukan cuma pada kata-kata, tetapi pada cara kita memaknai hidup dan melangkah. Menjaga amanah, menghargai yang ada,
Belajar tenang tanpa mengeluh. Memang yang menulis ni pun kadang tak terlepas dari mengeluh.

Buka buku baru bukan bermakna lupa, cuma memilih untuk terus berkembang dengan hati yang lebih lapang.

Lepas tu? Jalan terus. Jangan pandang belakang lagi. Masa lalu tu cuma sejarah... bukan penjara.

Langkah saja... biarpun cuma seinci. Biarpun kasut kau penuh lumpur kegagalan semalam. Kerana setiap langkah yang kau ambil dengan rasa syukur... adalah sebuah tarian kemenangan di mata Tuhan.

Kashah ada satu pesanan untuk korang bawa dalam poket sepanjang tahun ni:

“𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒍𝒂𝒍𝒖 𝒔𝒊𝒃𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌... 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒂𝒌𝒕𝒊. 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔 𝒊𝒕𝒖... 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒘𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒑𝒖𝒋𝒊𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂.”

Awak...

Hidup ni simple je kalau kita tak rumitkan. Jangan biar hati tu penuh dengan benci. Cuci bagi bersih... biar dia berkilat balik tahun ni. Tak apa kalau orang tak nampak usaha kita, janji Allah nampak. Itu lebih daripada cukup... kan?

Sebelum Kashah undur diri, nak tanya sikit... Awak tahu tak apa beza awak dengan azam tahun baru saya?

Azam tahun baru selalunya orang lupa dalam sebulan dua, tapi awak punya semangat tu saya akan 'ingat' sampai ke hujung nyawa. Cia cia cia!

Pergh dah banyak kali tulis padam tulis padam tau nak buat pickup line ni. Tapi hadap je lah kan sekali sekala.

Selamat melangkah. Tenang-tenang saja... tapi jalan terus!

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.