Halusnya seni Melayu memang terbukti sejak berkurun lagi.
Berpeluang menjejaki tempat yang masih mengekalkan warisan kesenian Melayu terletak di Temerloh Pahang, kami disambut dengan pengusaha yang berbusana tradisional Melayu.
Mendekati ketelitian dalam setiap gerak kerja beliau, memang tidak disangkal lagi kemahiran ini hanya dimiliki oleh orang yang rajin dan sabar sehingga menghasilkan pelbagai reka bentuk seni yang halus dan cantik.
Lihatlah sahaja lenggok ukirnya,
Walaupun diperbuat menggunakan pahat dan tukul yang bersifat keras, namun hasilnya mampu membuat kita khusyuk memandang.
Pendek kata, seni ukir kayu ini mampu menterjemah jati diri masyarakat Malaysia. Kaya dengan kehalusan dan kesenian, namun mempunyai keperibadian dan keteguhan dalam diri.
Begitulah juga hati kita,
Andai hati sekeras kerikil,
Benarkah tidak mampu dilentur lagi?
Realitinya jika kuat usaha, tidak mustahil untuk dibentuk sehingga menjadi permata,
Bakal berkilau seiring usaha,
Apa yang penting,
Kemahuan dan usaha.
Info UBM Craft:
boleh membuat tempahan ukiran, juga menyediakan tempahan acrilic berukir nama dalam harga RM3-RM5. Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
alamat :
Jalan Kampung Tanjung Batu, 28000 Temerloh, Pahang 013-952 5037
waktu operasi: Friday 9am–5:30pm
Saturday 9am–5:30pm
Sunday Closed
Monday 9am–5:30pm
Tuesday 9am–5:30pm
Wednesday 9am–5:30pm
Thursday 9am–5:30pm
Sekian,
Coretan Akashah
Kraftangan Seni ukiran Kayu
@UBM Kraf, Temerloh
2021
No comments:
Post a Comment