Kita tidak boleh menghalang masa berjalan untuk memilih waktu tertentu bagi menikmati bahagia. Apa lagi untuk menghentikan air yang mengalir untuk merasai ketenangan diri.
Tetapi kita boleh mengikut rentak masa dalam mencipta bahagia cara kita dan setidaknya mampu merasa ketenangan tersebut biarpun seketika. Cari terapi tersendiri!
"Tak penat ke menulis?"
"Menulis tak penat, yang penat ialah memendam rasa pada perkara yang itu-itu juga."
Penat saat mengeluh kepada isu yang sama,
Jenuh ketika cepat terasa pada pandangan yang serupa,
Letih waktu terkena pada streotaip manusia,
Semuanya kerana kita adalah hamba-Nya yang tidak mampu bersifat sempurna.
Sekejap-sekejap, berhenti. Relakslah!
Awak .... Kita berhadapan dengan situasi yang acapkali berulang. Jalan ceritanya tetap sama cuma masa dan tempatnya berbeza. Mungkin juga hari ini, kita yang rasa. Esok-esok kawan sebelah kita pula yang rasa.
Kemudian saat masalah yang berlaku, kita atau dia menghadapinya dengan cara yang berbeza. Melihat atau merasainya. Lalu perlahan-lahan kedua-duanya belajar dalam diam. Mungkin juga turut memberi pelajaran untuk orang sekeliling. Bukan lagi menyalahkan keadaan atau situasi.
Mulakan belajar seadanya kuterima biarpun perlu menagih kesabaran tahap tinggi.
Begitulah perasaannya bagi seorang Akashah Kassim apabila berpeluang beraksi sebagai penulis dan mentor dalam penulisan kreatif. Tulisannya bukan sekadar luahan rasa semata-mata tapi diwujudkan hasilnya sebagai mesej dan seterusnya menjadi panduan bersama.
Alhamdulillah, terkumpul 3 karya 2021 & 2022 terbitan Bonda Nor Resources. Terima Kasih Tuhan, Sahabat Syurga dan Tentang Rindu, barisan karya istimewa. Semuanya hasil usaha berkumpulan - penyelaras, editor, proof reader, penerbit, designer dan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semuanya perlu dihargai hatta pembacanya sekalipun.
Tulislah ... Bina bekalan untuk engkau tinggalkan. Pesanan guru penulisan setiap kali menghadiri kursus semoga bukan hanya tercatat dalam tulisan. Diharapkan benar menjadi bekalan saat jasad mula bercerai dari badan.
Coretan Akashah
19 Januari 2022
No comments:
Post a Comment