Mengapa kita perlu menulis? - corEtan akAsHah

Tuesday, June 02, 2020

Mengapa kita perlu menulis?


Baru-baru ini ,ilmu satu sesi perkongsian ilmu dalam talian telah berlangsung sempena Perkampungan Raya AKADEMI BONDA NOR (ABN). Jadi share sikit antara ahli-ahlinya.

Perkongsian oleh Tuan Ammar Kamilin tentang impak dalam penulisan.

Jom! Kasha kongsikan kandungannya

Semua orang sedang melalui masa lapang dalam getir wabak COVID19. Oleh itu, ramai yang tidak melepaskan peluang menulis dan berkongsi maklumat melalui pelbagai medium media sosial yang tersedia.

Highlight topik yang dibawa
Sewaktu semua orang merebut peluang menulis, pernah tak kita terfikir
'KENAPA KITA MENULIS?' seperti yang ditunjukkan dalam slide dibawah.
Sesi online menggunakan zoom.

Ada tulisan tular padat dengan manfaatnya. Topik yang biasa menjadi pilihan pembaca seperti

1. 𝙆𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖
 - Buktinya sehingga wujudnya page khas kisah rumahtangga KRT
- Sepanjang PKP, topik keluarga sangat banyak dibicarakan memandangkan #stayathome banyak memberi peluang menjalankan aktiviti bersama 
- Antara page pilihan popular Masak Apa Tak Jadi sehingga jadi sebutan dalam teks sidang media Perdana Menteri.

2. 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙖𝙝𝙖𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣
 - Sangat dekat dengan setiap individu dan pertalian dengan rakan-rakan, jiran tetangga, dan teman sepejabat.

3. 𝙋𝙚𝙧𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣
 - status facebook pun ada pilihan single, married, enggaged, it's complicated menunjukkan fakta ini main peranan penting dalam hidup

4. 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣
- norma baharu, segalanya berlangsung dalam talian.  
- Terpisah oleh jarak di pagi syawal dapat dirapatkan dengan video call, dan video conference.
- Malah medium pendidikan juga mula digunakan lebih meluas oleh segenap lapisan umur.
- Bekerja dari rumah turut menuntut individu untuk menggunakan aplikasi dalam talian bagi menyelesaikan tugas.

5. 𝙋𝙚𝙧𝙚𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣
- Ahaa ... Sehalus perkara seperti kerongsang yang tidak pernah cukup pun boleh menjadi topik hangat dan ribuan komen tau!
- Tak percaya? Cubalah lihat, berapa ramai yang komen membahaskan topik walau cuma sekadar emoticon.

Kesimpulannya, pilihan ada di tangan masing-masing berkongsi maklumat. Oleh itu, berhati-hatilah agar jangan ada yang terluka dan mewujudkan anxiety disorder. 

Malah perkongsian maklumat yang salah bakal mewujudkan suasana yang tidak aman dalam musibah COVID19.

Semua orang bergelut ketika ini. Jom kita perbetulkan niat, tenangkan minda dan selalu berfikiran positif. Insya-Allah, jangan lupa panjangkan doa, lama kelamaan hilang semua rasa dan kegusaran dalam jiwa. 

Kita jaga kita.




Oleh
Akashah Kassim

#coretanakashah
#mengapamenulis

19 comments:

norhidana said...

setuju, tulis la apa pun mesti akan ada yang komen, macam akak, akak suka kongsi resepi heheheh... menulis jgk kan tu

Marina Bashah said...

Sharing is caring. Passion menulis tu ada dalam diri. Hihi

Ben Ashaari said...

Menarik. Terima kasih.

Izyan Balqis said...

Menulis kadang untuk meluahkan. Lega di hati.

umminani said...

Bestnya..un pernah juga email untuk join menulis atau menyumbang satu artikel atau story dengan bonda Nur. Tapi terbantut. buku bonda ada je dalam koleksi Un.

dorsett pink said...

Mengapa menulis? Saya suka menulis sebab suka share. Sharing is caring

Akashah Kassim said...

norhidana - ya menulis itu terapi kak. resepi pon konten juga

marina Bashah - kan passion masing-masing kan?

Ben Ashaari - alhamdulillah. semoga bermanfaat

Izyan Balqis - wah! betul terapi

umminani - nanti ada posting pasal kursus menulis pula

dorsett pink - yes , sharing is caring

Yaya Azura said...

Kalau dah mula menaip, tak sedar siap satu entri. Tapi kalau tak ada idea..termenung je la. Tapi minat tu tak pernah hilang.

NA said...

Saya suka menulis untuk orang baca :) Harap bermanfaat

Huda Halid said...

menulis salah satu terapi. best rasa lepas menulis

Tini Alif said...

Setuju sangat... saya menulis sebab minat dan sebagai terapi minda juga jiwa dalam kita mengharungi kehidupan... di samping itu, dapat juga share any tips atau anything good dengan semua...

Tini Alif said...

Setuju sangat... saya menulis sebab minat dan sebagai terapi minda juga jiwa dalam kita mengharungi kehidupan... di samping itu, dapat juga share any tips atau anything good dengan semua...

Ana Suhana said...

Moga setiap perkongsian kita bermanfaat hendaknya.

Hans Hanis said...

seronok
sebab bagi saya menulis adalah terapi
berkongsi benda gembira dan buat yang baca gembira

marsha said...

Wah seronok betul berzoom kan? Time PKP ni semua onz je kan. Samalah sy pun minat menulis.

Nadia Johari said...

Betul, kalau tulis je mesti ade yang baca punya.. Bagus share

Ardini Humaira said...

Betul, tulisje. Lama-lama kita rasa biasa menulis tanpa tunggu idea mencurah. Tengok gambar sekeping dah boleh jadikan cerita. Hehehe

Mas FVOME said...

itulah mcm2 info yg x betul skrg..harapnya yg nk menulis kena pastikan berita tu sahih dlu bru sebarkan

HI Apakata Mommy said...

tulis apa yang ada difikiran dan luahan dengan perasaan

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.