Akhirnya dapat karikatur sendiri - corEtan akAsHah

Friday, June 12, 2020

Akhirnya dapat karikatur sendiri


Sorry lah Kasha dah kurus cuma dalam gambar kartun. Pon bolehlah.
Ops. Jangan minta Kasha edit begini sebab kali ini  edit bukan versi sendiri. Kita dah serahkan kepada kartunis yang pakar. 

Sesekali nak juga mengada-ngada. Bagi gambar paras kepala je. Nak gaya macam mana bagitau kat dia
.
Untuk tempahan, boleh jenguk instagram beliau

https://instagram.com/mfajif?igshid=1203qxzfpfv7y

Ada feel lain dan best sikit.
Yang diidamkan sekian lama sudah dapat.
Wee rasa best sangat sebab selalu nampak dari jauh orang je buat. 

Mula teringin bila nampak pakar IR4.0, Prof Amin Mohamed Embi mengajar dan dia letak karikatur dalam slide semasa Kursus Educator 4.0 tahun lepas. 

"Prof, mana dapat kartun macam tu?"
"Saya tempah dengan pelukis karikatur"

'Oh, comelnya. Tempah kat mana?'. Tapi soalan yang satu ini kita cuma berbunyi dalam hati sahaja. Semenjak tu, soalan tu cuma tersimpan dalam hati sahaja.  

'Ah! Nanti la dulu boleh edit sendiri nanti guna apps yang ada'. Pujuk hati sendiri.

Tak lama lepas tu, nampak rakan penulis pula update gambar karikatur comel dia.

Fuh! Sekali lagi terdetik nak tanya lagi.
'Wah! Comelnya. Buat kat mana?'
Tapi hampa ... Masih tak bertemu jawapan.

Eh tak boleh jadi ni! Sepanjang tempoh PKP mula la jari ligat mencari pelukis karikatur yang nak melayan kita ni. Ingatkan senang nak cari sebab selalu kat mall nampak je mereka duduk melukis di booth kecil. Rupanya susah juga nak jejak.
Sambil-sambil tu buat sendiri juga. Edit kat picsart, ada ada la awak rupa kartun je bukan karikatur. Buat ada-ada kata orang.
Setakat ni je la boleh tak lah rupa macam karikatur kan? Biasa je. 
"Haish! Susahnya alahai."
"Ngah, buatkan gambar jadi macam kartun sikit" haha sesi mengecek dengan ngah dah mula. Mengecek gambar ala studio sempena raya dah dapat letak kat cover account facebook. 

Ha ni guna photoshop. Kejap je digayakan oleh ngah. Layanzzz.


5 comments:

Yanieyusuf.com said...

Wahh comel jee

Ben Ashaari said...

Nicee..

SalinaJohari said...

Idea yang menarik..boleh tempah untuk anak² skali

Nadia Johari said...

Comel sangat.. Boleh usha ni

Marina Bashah said...

Cantikkk

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.