Isytihar perang anai-anai di rumah - corEtan akAsHah

Sunday, June 14, 2020

Isytihar perang anai-anai di rumah

𝗔𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗻𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵!

Dah lama tak balik rumah disebabkan sibuk kerja luar dan bersambung pula dengan perintah kawalan pergerakan (PKP). Hampir setengah tahun!😱
Inilah gaya bahan bukti yang diperlakukan oleh musuh. Sembur botol manual buat sendiri yang botol hijau dan kuning. Sekali buat masa tu adalah separuh botol

Ada makhluk kecil tapi giginya rakus mengunyah segala jenis alatan dan barangg-barang berasal dari kayu jadi makanan kegemarannya.
Anai-anai.

Gigih buat carian servis kawalan anai-anai di facebook dari waktu dalam musim PKP tapi gagal mendapat maklumbalas. Semalam waktu dalam perjalanan, sempat buat carian lagi di facebook. (Alim jadi driver. Jadi bolehlah menaip) Alhamdulillah ... laju balasnya.

Ya dah buat manual sendiri tapi  tak sama macam pakar. Cukup sebulan, makhluk kecil ini tanpa segan-silu datang lagi. 

Jadi kena juga serahkan pada yang pakar. Hari ini dah mula bermula kerja-kerja kawalan anai-anai. 

"Apa je kerja-kerja dibuat untuk perkhidmatan tu encik? Kali pertama buat ni, tak tahu macam mana?"

Antara kerja-kerja tersebut adalah
1. Tebuk lantai.
2. Inject chemical
3. Spray

Tebuk lubang keliling rumah. (Tepi dinding kiri kanan (bahagian dalam rumah), depan dan belakang rumah (bahagian luar rumah). Ada lebih kurang 5 lubang ditebuk bagi setiap kawasan. Hah lupa termasuk bilik yang dah diserang anai-anai. Habis katil

Pam setong juga bancuhan chemical untuk inject dalam lubang tadi. 
Betul-betul nak isytihar perang ni.
Ini sambungan paip yang di masukkan chemical tadi. Macam pam tayar je, kata anak buah Kasha
Spray buat 1 rumah selagi ada tempat yang ada ada barang asas kayu kita minta dia sembur.
"Berapa bayaran servis ko kena Kasha?" 
Apa yang pasti, duit 💸 moritarium sebulan  loan pinjaman rumah boleh buat  untuk hal ini. Tu pon kena tambah lagi. 😭 Menangis juga nak trasfer jap lagi ni. Apakan daya, kalau tak buat nanti jadi meraung pula bila rumah di mamah nanti.

Mungkin kena puasa nak tunggu gaji seterusnya. Elok la tu.


"Itulah dulu ngah dah pesan kan? Buat dulu Tanam ubat anai-anai sebelum masuk rumah. Ni dah jadi baru nak terkial-kial" 
 
Itulah orang jawa sebut bergudul (degil).

Haa. Rindu balik rumah sendiri. Rindu juga lama dah tak menulis pasal rumah sini. 

Kepada yang membaca, doakanlah dibukakan hati pengarah-pengarah politeknik untuk approve dan terima permohonan pindah ke Pasir Gudang. 
Terima kasih.

#coretanakashah

9 comments:

At-Tarmizi said...

mahal ke harganya? saya biasa pakai minyak hitam saja nak elak anai-anai

Nadia Johari said...

Kalau fh kene anai2.. Memng stress

Akashah Kassim said...

Nadia
Kan? Geram je tengok penghuni tak bayar sewa ni
Tarmizi
Boleh tahan mahal dia. Itu nak elak. Ni dahmerebak memang hukum perang aje terus

marsha said...

Terpaksa berhabis duit sebab bab anai2 ni hanya yang pakar je boleh buat. Takpe ada rezeki lain nanti...insyaAllah

Akashah Kassim said...

Marsha
InsyaAllah. Semova dimurahkan rezeki juga buat marsha

Ardini Humaira said...

Aduh. Anai2 bikin stress klau dah bermaharajelela kat rumah

Akashah Kassim said...

Betul betul. Sakit hati tengokkan die berkampung kat rumah

Marina Bashah said...

Alahai stressnye kalau ada anai-anai

Aisya Ismail said...

Bahaya anai-anai ni, boleh roboh dinding rumah dikerjakan.

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.