𝙋𝙀𝙇𝙐𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙀𝘿𝙐𝘼
𝑯𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊
𝑨𝒅𝒂 𝒊𝒏𝒔𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒈𝒊 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂
𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒑𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒅𝒖𝒂
𝑻𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂
*****
· بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Nah ...
Terimalah persembahan ekslusif video deklamasi puisi
Entah berapa kali cubaan di sunting
Entah berapa puisi telah dicuba dan dirakam
Entah berapa kali juga main sorong tarik dengan diri sendiri
Entah berapa orang menjadi penapis
Untuk puisi yang ini
Bagai disentap-sentap hati untuk setiap yang diberi peluang kedua,
Nak tunggu dah hilang masa lagi
Takut diri sendiri yang disalahkan
Namanya pun cabaran kan?
InsyaAllah semoga cabaran ini dapat memberi kekuatan pada yang memerlukan
Kita rasa nak cuba lagi perkara yang dah tak boleh ulang lagipun dalam hidup kita.
Kita nak cuba perbetulkan keadaan. Kita nak perkara tu jadi lebih baik, lebih cantik mengikut kemahuan kita.
Bila dapat hasil tak menarik, kita cuba ubah disana- sini supaya puas hati sendiri.
Senyum. Diam. Tenang
Tahu tak?
Ada satu perkara yang kita tak boleh ulang biar berapa ribu yang kita nak bayar.
Iaitu kehidupan. Nak kembali kedunia, nak patah balik perbaiki amalan, ibadah dan dan segala yang telah dipikul sebagai khalifah dunia.
Tak de dah ruang tu. Tak de pujuk rayu.
Apabila nafas kita telah ditarik, tiada lagi apa yang mampu menyelamatkan seorang mukmin itu kecuali 3 amalan
Sedekah jariah - maka yang paling baik amalkan sedekah sekecil-kecil yang kita mampu. Berebutlah untuk itu.
Tak mampu juga. Sedekah senyuman pon mampu menenangkan suasana.
Malah ada perkongsian dari rakan penulis, sedekah like dan komen dalam status pon, jika boleh memberi motivasi bagi meneruskan dakwah boleh dijadikan amalan. Mudah kan.
Ilmu yang dimanfaatkan - walau kita tak jadi cikgu, sekecil ilmu pun kalau dimanfaatkan boleh jadi bekalan di akhirat nanti. Cara dia macam mana? Tulis! Tulis sesuatu yang bermanfaat kepada mana-mamanusia dina platform.
Semudah cara bagi kita, tapi masih ada yang tak tahu. Tulislah rukun iman pon membantu waktu ada ada yang lupa bila dapat soalan cepu emas ni.
Doa anak yang soleh. Kalau bukan kita jadi anak yang mendoakan, mungkin kena didik anak-anak untuk mendoakan ibu-bapa.
Jangan sampai, satu hari nanti apabila ibu bapa telah pergi. Anak-anak nak sedekahkan yassin pon tak pandai.
No comments:
Post a Comment