Nampak menarik sebab ada sijil gigih juga kita mencuba. Sesekali bersedekah kepada haiwan pula. Sustainable tourism.ada je sedekah kepada manusia, tapi tak yah tunjuk sangat sebab dah biasa. Jadi kita share yang luar biasa ni pula.
Dah ready nak try ke? Jom kasha share cara-cara dia. Mudah je. Kasha sertakan paparan screenshot sekali sebagai contoh
1. Klik link nihttps://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
Lebih kurang gini lah paparan dia akan keluar. Pilih buy now ya. Button purple tu.
2. Ikut step macam dalam gambar bawah.
a) pilih haiwan yang berkenan dimata.
Ada orang dia teringin nak bela bela harimau atau singa. Baru rare katanya. Bila belek-belek rupanya masing-masing ada nama timangan masing-masing. Aloloh comel nau nama-namanya. Choki, Panjang, Yiyi. eh eh geram tengokkan.
Hahah antara display haiwan yang boleh dijadikan pilihan. So, agak-agak dah berkenan mana satu?
Kasha pilih si comel OMI ni.tak patah tanya kenapa?
Ko tengok mata dia hitam tu. Hahah. Lu fikir la sendiri (eh pinjam ayat Nabil)
b) pilih pakej ikut kemampuan.
Kita nak cuba jaya mampu bayar serendah RM26.
Ha gitu, kalau yang mahal mahal-bawah tu campur dengan entrance fee ke Zoo Negara. Zaman PKP tak sesuai lah nak amik yang tu kan? Jadi mari kita mulakan
Pilih yang pertama tu yang nilai 0 tu tukar kepada 1. Kemudian scroll down dan cari button 'buy ticket now'
c) isi detail
tak banyak pon kena isi - nama,email, ic. Penting bahagian certificate tu sebab nanti paparan nama kita akan keluar situ.
d) buat bayaran secara online .
maaf yang ini tak tak dapat nak share sebab private and confidential.
Tapi kalau dah biasa shopping online, mesti dah pandai kan.
e) QR CODE dan nombor tiket akan dihantar ke email yang kita daftar tadi macam paparan di bawah ni.
Ok scroll down email dan cari pdf fail die. Dapatkan nombor tiket, dia ada kat bawah qr code.salin siap-siap
f) download e- certificate guna nombor tiket tu.
https://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
Pilih e-certificate. Ha tadi ada salin kan no tiket
Dah taip? Klik kat get certificate tu.
Ok dah siap... Senang je kan?
Awak! Saya sudah, awak tu bila lagi.
Tak yah tengok orang sebelah. Yang dok terkebil-kebil baca ni. Hehe
Cubalah sehingga 31 Mac 2021.
Penuhkan le sumbangan luar tu ha. PKP ni kan? Mana ada aktiviti boleh buat. Taklah kosong nanti
Sambil tu, jom submit doa
Semoga wabak COVID19 cepat berlalu pergi dan dan jangan datang lagi
4 comments:
Wahhh menarik, tq share caranya
Kan? Menarik betul
Tu yg share keterujaan tu
ni sekali je ke? Atau kena potong dari akaun setiap bulan/tahun?
Sekali je tu.
Tapi ada rezeki lebih bolehlah kalau nak buat tiap2 bulan
Post a Comment