DUKA TANPA DERITA - corEtan akAsHah

Saturday, April 18, 2020

DUKA TANPA DERITA

Takde keje sangat ke asyik edit video ni?
Haha banyak keje. Cuma tak tunjuk dah siap. 2 markah PB untuk 2 kelas dah siap. Dan ada lagi yang menanti.
Biasalah, lain orang lain cara dan hobi.
Ada yang suara sedap, dia suka menyanyi.
Tangan sejuk, dia suka bercucuk tanam.
Ala-ala wanita kebanggaan keluarga, suka memasak
Yang ada kemahiran FBI dia akan terus menjadi stalker. 
Jadilah apapun, asalkan tulisan ini membawa kebaikan dan bermanfaat. jika tidak tegurlah. Email ada ada boleh rujuk atas.
Kita biasa-biasa aje, inilah yang buat menenangkan hati.
HOBI EDIT VIDEO.
Ramai tanya edit video guna apa?
Mungkin sebab kebanyakan video kasha takde watermark. Memang tak berkenan kalau ada, confirm kasha tutup watermark tu.
Ok menjawab soalan tadi.
Untuk video ini, Kasha guna
1. Power Director
- aplikasi ini dimuatturun melalui playstore. Tapi sayangnya kalau dari situ confirm ada watermark power director kat bawah video.
- Kasha dapat software ni dari rakan Akademi Bonda Nor masa retreat di Kelantan
- Alhamdulillah, bagus juga apps ni sebab boleh gabung muzik, audio, teks, background lebih sebab layer dia banyak.
-Siap boleh buang background. Cuma tu kasha belum cuba sebab takde greenscreen

2. Viva video pro
- ini dah pakai lama dah. Kasha beli sebab ada pro kat belakang tu. Bayar sekali je dalam belas2 ringgit je.
- berbaloi lah banyak berjasa promosi buku seadanya kuterima.
- tukar hp takde masalah sebab pakai playstore kan. Dia akan ikut account gmail kita.
- best function animasi dan teks dia.

3. Microsoft Power point 2013
Ini kalau terlebih rajin buka komputer wei.
Pakai lah power point. Pon senang edit video.

4. Biteable.com
Ini dah siap template dalam web macam powtoon tapi lebih ringkas.  kita tukar teks aje. Paling mudah jika nak hasilkan video animasi comel macam video peluang kedua dan apa yang kita sayang minta Allah jaga
http://tiny.cc/peluangkedua
http://tiny.cc/MintaAllahJaga

Minggu ni ada lah 4,5 buah video siap tapi 1 je ekslusif dari Kasha iaitu video peluang kedua.
Ini video buat semalam.
DUKA TANPA DERITA
Sambil buat, sambil berjuraian air mata 
Aduhai dah lama tak buat peel eh hati ni. Bukan biasa-biasa sebak dia. 
Macam tulah tak nak cakap banyak, cuba  je lah play video di atas.
Serius, entah berapa kali ulang tayang, sebanyak itu jugalah tewas.
Jangan tanya lagi
Kenapa mata bengkak
Untung PKP dok rumah, tak perlu nak reka jawapan.

4 comments:

nohas said...

Oo..boleh guna power point..nak try lah jg..tq..

Akashah Kassim said...

Microsoft power point 2013
Mmg boleh jdkn video

Etuza said...

Mahir dalam bidang ICT

Akashah Kassim said...

sikit-sikit bolehlah

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.