Belajar Tajwid - corEtan akAsHah

Friday, June 08, 2018

Belajar Tajwid

Dah lama rasanya tak belajar tajwid. Tetiba ada kursus belajar tajwid kat opis. 
Seingat kasha, Last belajar tajwid masa zaman sekolah lah. Lama dah.. Banyak lah juga yang lupa.Ye la. banyak sangat makan semut

Kenapa dia jugak yang disalahkan. tak pasal. heheh 
Menghadiri Majlis Ilmu
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : 
"Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat- malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari.Muslim)
Meriah slide pertama dia.
Nama cikgu yang mengajar ni ialah fazly. tak ingat pulak nama penuh.
tapi sedap dia ngaji.

Sejarah Al Quran Rasm Uthmani

Tau tak? 
bentuk mula2 Al-Quran diturunkan? dia bukan terus jadi macam sekarang mudah baca dengan lengkap.
1) Al Quran mula ditulis dengan tanpa sebarang tanda macam gambar kat atas ni.
Kalau huruf ba, ta, nun, ya tu semua takde titik lagi lah. Kalau zaman sekarang nak baca gini, termenung juga lah kan?
contohnya gini. ni ayat lazim baca boleh la teka. kalau yang jarang baca? 
2)Lepas tu, mula ada tanda titik pada huruf (Abu Aswad alduali) 
Penempatan titik-titik tersebut, adalah:
Ø Tanda fathah dengan satu titik diatas huruf (a).
Ø Tanda kashrah dengan satu titik dibawah huruf (i)
Ø Tanda Dhamah dengan satu titik disebelah kiri huruf (u)
Ø Tanda tanwin dengan dua titik (an-in-un).
3)Kemudian, diletak titik harakat (yahya bin ya'mar) 
4)letak tanda baris harakat (alkhalil bin ahmad) 
5)tanda wakaf dan lain-lain.

So belajar apa je?

PERTAMA: Mahraj a. k. a vokal
ha kalau kita selalu penyanyi dok belajar vokal nak baca Quran pon kena guna mahraj yang betul
kat mana tempat nak keluar huruf
Antara huruf zal dan Zai, sin dan sa, kaf dan qof
Beza la sebutnya, sila rujuk gambar bawah ni. Silap sebut lain maksud.bahaya jugak. 
Yang KEDUA: tanda bacaan
Ha sini lah hukum tajwid.dia bagi simple formula dari kita nak kenal hukum mad ke, idgham ke,cuma tengok bentuk tanda bacaan tu .simple formula la ni., senang nak baca. ha tu tulisan jawi kasha. memang tak cantik dari dulu. haha. janji boleh tulis, baca 

Yang ini pulak, macam mana kita nak baca bila ada yang tak ada baris atas ke bawah.so bacaan ditentukan berdasarkan baris bagi huruf ketiga. dan macam biasa (tulisan jawi kita disitu)hehe


yang KETIGA: harkat panjang pendek 
ini kena belajar tanda2 mad dalam alQuran .mana nak dipanjangkan, dipendekkan. berapa harkat, macam mana nak kira harkat tu. Jadi cubaan dibuat keatas bacan surah fatihah, ayat kursi dan 12 ayat pertama surah yasin
wei, nak 1 nafas panjang2 ayat tu boleh semput makcik. So baca ikut senggat2 lah. Ustaz sebut mushaf banyak kali masa taklimat. tapi kita tak faham.gigih la gi google. nak direct tanya tu macam segan.ini la masalahnya bila segan tak kena tempat. so encik google kan ada menyelamatkan keadaan. takde lah blur sangat.
Sebenarnya kursus ini sempena juga World Quran Hour.
Dimana program ini sempena mengimarahkan Hari Nuzul Quran
Ok kita patah balik cerita pasal world Quran hour tadi. WORLD #QuranHour boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara.(ayat berita, gini la gayanya copy paste)
Wefie time,  sempat lagi tu. 
Jadi sempat lagi mengedit haha. orang soh belajo kita main phone
ye la kadang2 dalam majlis ilmu ni ngantok gak. ni je la cara nak hilangkan ngantok
wei terkebil2 bila da 2 jam. nasib kasha duduk area yang lampu buka. Kalau bahagian tengah mahu tertidur gak. sebab blampu tutup untuk bagi LCD projector terang.
ha nampak tu serius benor dok belakang tu. berbaloi lah walau sekejap. bertongkat gak mata.
belajar terus belajar (eh eh, macam kenal je tagline ni)
Berada dipenghujung Ramadhan, Jom sama-sama berdoa semoga kita semua berpeluang menemui malam Lailatulqadar

sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: 
“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, 
tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, 
pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” 
(HR. Ath Thoyalisi dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, lihat Jaami’ul Ahadits 18/361, shahih).

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.