berhari lebaran di klinik dan hospital - corEtan akAsHah

Monday, June 25, 2018

berhari lebaran di klinik dan hospital

ibu nak balik belum sempat jumpa doc, sebab teringat ada orang nak datang beraya kat rumah.alahai..
DEMAM RAYA
Dia akan jadi satu rutin. namanya DEMAM RAYA. cuma kali ini dia datang awal. demam dah mula seawal malam raya..jenuh gak kehulu-hilir cari barang raya dengan keadaan demam tu. semuanya kena setelkan sebaik sampai di bumi johor.cuma dah ringan sikit sebab ngah dah setelkan part daging, dan ayam. balik2 dah penuh lah peti ais. kali ini alim ada teman walaupon dia baru baik dari bertongkat. membantu jugalah. kasha tak payah drive.Lagipon kali ini kita tak bawa pon veve balik jb.
Kesian die kena tinggal menumpang  kat rumah orang dalam seminggu lebih.. Entah apa khabar.. Harap x merajuk macam selalu bila kena tinggal. Kenapa tinggalkan/ kita tak nak menjadi penyumbang kesesakan jalan waktu raya. 
Tapi tapi tapi
Bukan kasha nak cite pasal kasha demam
Macam biasalah, itu cuma mukadimah enri kali ini. ok jom kita patah balik part topik post kali ini.

berhari lebaran di klinik dan hospital
 asalnya cuma nak buat routine medical checkup setiap 3bulan sambil ambil ubat yang dah abes. tapi sebabkan ibu tak boleh tidur, sakit jantung.. doctor terus buat checkup untuk jantung secara manual sebab kat klinik kesihatan tu ada mesin tu je lah kan? so result dia , doc soh refer HSI untuk checkup kat sana pula. terus buat surat, naik ambulance ke sana. terus berjurai air mata dah ibu time tu depan2 doc. takut kena tahan wad waktu raya. rasanya dah 2x ibu kena tahan wad time raya tahun2 sebelum ni.
(1)dalam ambulance baru dan laju, amik gambo sebab smua dok call tanya, padahal bateri hp tinggal 30% (2) kat HSI lepas doc kata bole balik (tak kena tahan wad, cuma kat emergency je.
Masa nak naik ambulance tu, sempat lagi tanya kenapa tak boleh pegi naik kete sendiri? dia kata sakit jantung ni, bahaya.apa2 jadi nanti susah. ibu lagi kuat plak nangis dalam ambulance. Ini kalau dibiarkan mau naik semua bacaan ni kang. kena la slow talk tenangkan supaya benda tu tak jadi. baru lah ibu slow2 diam. tapi boleh paham dalam hati tetap risau. dan betullah masa kat HSI katanya salur jantung ada sikit tersumbat dan bacaan darah tinggi tu naik. 
Tapi bagus juga naik ambulance, dia terus bawa masuk ke emergency.. kalau sendiri kita nak kena tungu giliran.leceh le sikit.
doc HSI ada bagi surat result checkup untuk follow up kat klinik masai. so baru pk2 sempat lagi kita patah balik gi klinik. Sampai klinik, rupanya surat tu tak abes cetak.. termenung sekejap.. patah balik pergi HSI.. minta dia cetak baru.. tapi disebabkan dah petang, sambung followup esoknya je lah.
Balik dari HSI pergi singgah giant bagi ibu makan.  Kasha ngan alim tengok je lah sebab puasa.haha sibuk2 ni tak terasa lapo.  Lepas makan bawa gi urut pulak.  So gitu gini.  Sampai rumah dah petang. Bergelimpangan kepenatan depan ruang tamu. Tau2 dah azan.. Tak sempat masak.. So minum aje ngan kuih raya.  Pastu lepas magrib layan d lazat house. Huhu. 
buat follow-up seawal pagi. dengan harapan cepat siap lah.  setel jumpa doc, amik ubat dan kena setup next appointment untuk ujian darah dan routine checkup. dia setting hari rabu dedua. kita request hari ahad. sebab hari rabu keje kan? kenapa tak transfer aje rekod ke Kuantan, KL ke pontian? hmm panjang citenya.. jangan tanya kenapa.. nnnti macam2 statement keluar. orang takkan faham situasinya. 
Bagus plak puasa juga masa ni..  Memang tak rasa langsung lapo. 
TAK NAK BALIK KL @ PONTIAN
lepas dapat balik tu. ibu kata nak duduk pasir gudang je. pastu nangis2 tak nak gi umah ngah ke kakyung. lama gak tu nangis kang sakit datang balik plak..  diam aje lah sekejap. lama lepas tu dia request nak raya jumpa adik beradik ibu ngan cucu baru lahir.lepas tu nak g kL ke pontian pon dah  boleh..
tinggal 3 beradik je yang masih ada. dari 12 orang adik beradik
sakit2 pon nak raya. Yelah 4 hari beraya duduk tunggu orang datang je. 2hari dah raya kat klinik dan hospital. ceria sekejap sehari suntuk. PASIR GUDANG-BATU PAHAT-SEGAMAT-PONTIAN-PASIR GUDANG. muka ada senyum lebih sebab suka jumpa adik beradik kan. last2 dah penat tidur kat rumah ngah kat pontian.
yang baru lahir sebelah kiri. Maya tu dah 4bulan.
Lepas tu rehat lah sehari lagi ka pasir gudang. tapi masa tu dah demam panas. Esoknya kita plan nak lalu highway terus je ke kl tp sibuk la nak jugak tengok rumah kat kuantan. sampai kuantan terus gi klinik lagi. pastu singgah rumah tak masuk pon.adeh..dah penat sangat tapi nk ke kl terus..sekali penat katanya.
Hari beraya ni pon puasa.. Last day puasa 6. So siang beraya tengok orang makan.  Malam baru raya makan2 tapi dah kenyang berbuka.. Makannya tetap sikit gak
Nilah jawapannya kenapa amik cuti lama
 .lepas demam 2 hari, terus puasa..raya tu takde la beria sangat..banyak tau tanggungjawab nak kena setel walaupon BUJANG.. 
p/s mood cuti x hilang lagi.. haha kasi up sikit mood dengan menulis entri ni. mana tahu boleh hiburkan hati.
ANYWAY, sekarang kasha dapat ALERGIK baru. namanya 
ALERGIK dengan ucapan TAHNIAH!!!
sebab sebenarnya TAKZIAH..bukan tahniah..  
orang lain yang patut terima ucapan tahniah tu, bukan kasha.
tolong salurkan ucapan itu kepada yang lebih layak menerimanya
TERIMA KASIH

Saje nak share ni. Haha selamat hari raya

2 comments:

norhidana said...

berhari raya bila tak sihat n bila ada ahli keluarga yg tak sihat mmg penat...
baca pn dh rasa penat kasha oi... yelah mana ada emak yg nk beraya kt hospital kan.... itu yg dia sedih tuh....

Akashah Kassim said...

hidana, penat lain cite.. sedih bertambah2 rasa

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.