Sesi berkursus Galileo - corEtan akAsHah

Tuesday, June 05, 2018

Sesi berkursus Galileo

Kalau zaman belajar dulu, subjek ini paling blur sekali.. Nervous tengok huruf dan nombor bercampur-campur. dengan backgroud gelap. macam takut2 aje nak enter.(ayat lain fobia) dan plus cikgu garang.hahah.
Kursus GDS yang ketiga kasha attend selepas pertama ABACUS/SABRE dan kedua AMADEUS. Dedua sistem ini kasha da ada lah professional certificate. Biasanya 4 hari berkursus, hari last akan ada exam. Lulus dan berjaya dapat sijil. Alhamdulillah. 
Biasanya ada 2 part bila gunakan sistem GDS (global Distribution System) ni, 
Part 1: Reservation - biasanya part ni boleh tahan lagi. boleh nampak senyum tu lagi :) (bukti bergambar.
Part 2: Fares - Bila dah tiba part ini, agak susah sikit. serius, sepi nak buat. :P muka start berkerut-kerut nak kejekan dia. Nampak x fokus terlebih.(rujuk bukti bergambar kat bawah ni) Ada pulak yang snap. Haha faham ke tak tu? Layan aje
Ha tu baru mukadimah

Nama trainer : Najwa M.Yusof
Dari galileo Kuala Lumpur
Ni sebenarnya cuma kursus TOT je,  (cuma 2 hari aje)  sotakde la dapat professional certificate..  takde EXAM.  Sotakyah nak stress sangat kasha oi

RESERVATION

sama je semua sistem pon, basic reservation PNR dia ada 5 element:
Guna singkatan PRINT: Phone, Received From, Itinerary, Name dan Ticket Time Limit
Dan macam biasa adalah SSR,  OSI,  Remark dan lain-lain. 

PNR Booking file yang dah siap

FARE

fare quote display
(1) FQ, (2) R. PAX, (3) ER
atau
(1) FQ, (2) R.PAX+ER

Brand Ancillaries dalam fare quote Display
adanya brand ancillaries ni, dia akan bantu agent tunjuk fizikal seat bila customer tanya camana seat dia. gitu. Selain ada detail baggage semua
 Boleh buat perbandingan melalui grafik.
katanya ini satu2nya sistem  GDS yang boleh buat cenggini

Kesimpulannya,  
kasha lagi suka guna sistem amadeus sebab dia web based. . Maksudnya kita bole login kat mana2 aje selagi ada ID dan password yang valid..  Xpayah nak install. Command die lagi mudah..  (pada kasha lah)  sebab kenapa? Sebabnya amadeus dia ada web khas untuk training..  So kita takkan block seat airlines secara live..takde la risiko kalau booking tak cancel
Ni dari geng kursus diving bawa ke kursus galileo plak ( shira,  daus) 

Selfie time 
Muka lega sebab setel bahagian fares..  Adui mana2 sistem pon kalau bahagian fares memang memeningkan kepala.  Tambah lagi die ada shopping fare..  Lagi pening.  Kalau suruh shopping tak pening. Lagi2 nak raya.. Tapi rupanya ada sambungan online. Ok bye

Updated online learning
jenuh buka pakai browser google chrome, rupanya kena pakai internet explorer
sebab bila pakai chrome dia x support.. blink2 jadinya..so sekarang gigih buat lah. 12 sesi..setiap sesi ada 3 item.layanzz
baru 49% dari 12 sesi tu
Dalam online learning ni
Setiap sesi Ada tutorial,  exercise dan test
So jumlah terkumpul item nak kena setel dalam 36..beserta tambahan theory quiz 10 soalan.  gasak duduk diam2 depan komputer dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi baru siap.
dan alhamdulillah..
akhirnya jam 11.30 pagi berjaya setelkan 100% untuk 12 sesi tersebut
dan boleh le print out sijil 
specialist katanya..
Cantik gak sijil dia. .siap ada gambar lagi. .Apa kata letak gambar sendiri lagi rare kan? Ha camni
berpinar gak mata mengerjakan benda alah ni.
ini kalau soh menghadap balik, tak tahu lah apa jadi? 
abes ajaran sesat aku bagi gaknya
dah jangan soh kasha hadap lagi benda ni.
muntah hijau kang.haha


4 comments:

Unknown said...

assalamualaikum, saya baru bekerja di travel agensi yang baru. macam mana nak join kursus galileo semua ni eh?
terima kasih

Akashah Kassim said...

Waalaikumsalam
Boleh terus berhubung dengan galileo centre

https://www.travelport.com/

inakournisova said...

Boleh saya tahu no yg patut saya hubungi? Sebab dah berkali2 col pun asyik tak dapat je. Tq

Akashah Kassim said...

Galileo Malaysia Limited
Suite 30-2 & 3, 30th Floor
Menara Keck Seng
203, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Ph: 6-03-2119 6000
Fax: 6-03-2119 6177

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.