Acara Penuh Makanan Semeja @Ghalit Steak Hub - corEtan akAsHah

Friday, June 29, 2018

Acara Penuh Makanan Semeja @Ghalit Steak Hub

You know you are a writer
When
Instead of counting sheep get to sleep
You go over plot ideas

Sepatutnya kena tidur sebab esok masih hari bekerja. Ini lah masalahnya,  pintu da tutup,  lampu dah tutup. Berguling atas katil, tepi katil, bawah katil, tutup kipas, buka kipas..  Tapi tak boleh tidur.  Apa nak buat?  Pegang HP buka blog and start writing.. 
Sikit je mukadimah post kali ini

Jom ke topik asal entri ini
Penat nak sebut jamuan perpis... 
Sebabnya tiada kata tu bila semuanya boleh berhubung dihujung jari. 
Siapa sangka kita hadir jamuan yang sama,  
orang yang sama, 
cuma tempat sahaja berbeza  buat kali kedua? 
Dari PIS ke PMKu. . ✈ Poli Tawau. 
En Zul & Kak Ceilla

  • Meraikan dengan makanan yang penuh semeja.. Nampak ceria kan yang dirai? (tapi dalam hati kita tak tau lah kan?) Dan semoga sukses dan ceria bahagia ditempat baru.  .#belon 🎈🎈🎈wei nape kasha tak wefie ngan diorang?segan kononnya dengan yang lain tu.  Eh tak sebenarnya nak wefie ngan belon aje.

Doa mereka dah makbul untuk pindah. hmm Doa kita nak pindah balik JHB bila pula agak2 ye? Cer sambil baca sambil doakan ye.  semoga yang baik2 cepat2 didekatkan 
#harapan .tak boleh ke?  Alah zaman sekarang ni,  sedangkan kerajaan pon berubah-ubah. . Tak mustahil kan? 
Ghalit Steak Hub
Cafe hipster masakan western dalam dulang. Ha tu set combo dia lah. Ada je set biasa.  Tapi sebabkan makan berjemaah ni..  Makan berdulang lah.  Ada macam2 dalam 1 set.  Xboleh makan ayam,  kita makan kambing..  Ada spagety,  fries,  sosej,  mash potato, meatball..  Berasa lah makanan dia..
Hah spagetty tu ada ayam,  mendapat la gatal lepas abes makan. Haha..  Nasib badan.
Jalan Kubang Buaya, Taman Mayfair(Green) (1.17 km), 25250 Kuantan

Lokasi tempat ni buka je waze dan search ghalit steak hub kuantan..  Jangan acah2  tau,  takut nanti terlepas simpang kenalah tawaf dulu.  Pi usha menu-menu lain kat fb dia
elok terpampang gambar 1 group kat situ
Ok la maybe lepas post entri ni dah boleh tidur. 
Sebab mata ni dah mula kelat. 
Kalau tak dapat pndah JB seawalnya.mana tau bole mimpi pindah JB. . Boleh lah dari takde. . 😂😂. 
Ok.. Dah update gambar selfie dan wefie
Baru berkesempatan nak upload.. 
muka kita lagi over sbb colour tudung tu dah overtake yang lain2
Diorang tanya
So apa perasaan sekarang kasha? 
Alamak kena intebiu plak
"Takde perasaan" walaupon nampak terlebih senyum aje dalam gambar wefie tu kan? 
Hakikatnya kan...
Uihai.. Yang part dok sini pon belum cukup redha
Nak di"redhakan"  amik alih tugas buat kali kedua ni.  Gaya Nervous lain macam. Sebab kasha ni bukan jenis sedetail diorang.  
Cuma bila fikir balik,  benda cenggini tetap akan jadi jugak satu hari nanti.  Bezanya Cepat atau lambat.. Tapi kes kali ni lain macam cepatnya.. DaLam menangis ke ketawa mahupon nervous.  Hadap je lah. kali ini,  banyak lagi lah nak kena explore..(hakak tengah fikir positif ni)
nak letak 1 hashtag ni
😑😑😑😑
#harapan


2 comments:

Hans Hanis said...

wahhh seronok lah
meriah nampak

Akashah Kassim said...

Yeah meriah ngan makanan yang tinggi kalori

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.