Apa yang kita cakap dengan lidah atau tulis, keduanya dirakam dan bakal dihisab di sana. Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung dan dirasakan di dalam hati kita, apa yang terlintas di fikiran dan apa sebenarnya yang kita ingin sampaikan. Ingatlah pesanan Nabi SAW, bahawa lidah adalah penyebab utama manusia dicampakkan ke dalam neraka.
Kita sendiri tak boleh bezakan amal kita ikhlas atau tidak. Namun kita terus sahaja buat, buat, buat.. moga daripada amal yang sedikit ada yang betul² ikhlas kerana Allah swt, itulah yang akan menyelamatkan kita daripada Api Neraka Jahannam
Menghasilkan poster promosi untuk tujuan pembudayaan pembelajaran digital dalam menghadapi pasca COVID-19. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dokumenkan apa yang dibuat sepanjang pembelajaran dalam talian ni. Paling tidak pun cuma tulis dalam blog atau media sosial je. Bila tetibe nak submit poster, tangan laju aje buat.
Haa.. menarik gak kan? kalau dokumenkan pembelajaran dalam talian ni. Buat simpanan peribadi best, atau mungkin akan dibukukan untuk rujukan yang lain.
Design biru lagi. Gasaklah ya, once kepalanya bernama Akashah Kassim. Mana-mana design buku dominannya berwarna biru.
Habis semua design layout buku temanya biru. Terbawa-bawa bermula dari digest 2018 dan Pelan Strategik 2018 hari tu. Ketiga-tiganya berwarna biru.
Sebenarnya siap-siap dah buat template untuk handbook ni yang mana designnya dah setup siap-siap dalam power point. Jadi yang diberi tugas hanya perlu copy paste bahagian masing-masing di page terlibat.
Langkah awal supaya editor akhir nak susun tak perlu fikir sangat nak pecah kepala design macam mana. Cover page semua dah ready. Cuma kemaskini, susun dan tambah header and footer. Dan mungkin beberapa sentuhan magik 2 orang editor percetakan tu untuk menyempurnakan segalanya.
Ini langkah awal untuk buat benda nak siap cepat. Rasanya contentnya lebih kurang yang lama cuba ada beberapa part yang perlu diperbaharui.
Jadi, adakah Kashah suka warna biru?
Eh, tak juga. Cuma rasa tenang sikit kot. Mujur lah kita tak buat merah biru. JDT sangat.
Selesai. Alhamdulillah ...
Tahniah semua yang bersama menjayakannya. ISBN E-book (Student Handbook) khasnya yang menyumbang dalam proses penyediaan informasi secara langsung dan tidak langsung.
👆Syabas!
Kalau ikutkan sejarah, ini handbook ke-4 Kashah terlibat dalam penghasilannya. 3 bersama Jawatankuasa khas ditubuhkan bawah politeknik.
Tau tak sebenarnya ... dah dua kali buat percubaan live tapi dua-dua jadi restricted. Konon katanya pakar, tapi sudahnya engkau krik-krik dalam tu. Sorang-sorang tengok video live sendiri.
Tak tahu nak ketawa ke menangis dan akhirnya setkan video live di Pulau Ular tu kepada only me. Haa gasaklah engkau Kashah tengok live sorang-sorang. Whatever!
Alhamdulillah, dah jumpa punca jadi gitu kenapa beberapa jam sebelum live 20 September kelmarin.Rupanya set apps streamyard di facebook restricted. Memanglah sampai ke sudah tak keluar.
Jadi Ahad lepas, Kasha buka Studio balik. Masa tulah external web cam tak nak bagi kerjasama. Sudahnya guna handphone je live guna streamyard + facebook. Fuh mencabar juga.
Sejenis nak mengelat jugak, nak duduk behind the screen aje sebenarnya. Haha. Risau pula tengah live, dok berzikir lagi perkataan MQA. OK bye!
Disebabkan studio tu hakak yang punya, tindakan sesekali mengelat keluar dari screen pun menjadi. Heheh bijak tak kita?
Cerita tentang buku Bahagia tanpa Syarat. Dengar je lah
Redah dah redah. Payah.
Dan inilah hasil livenya. Alhamdulillah yang ini public. Adalah tontonan 384. Hahah itu sebab ada penulis hebat yang lain tu.
Bunga baru dapat dari Kakak Diet, Kak Ruqayah dah selit atas kepala. Bawa ke live terus. Gasaklah feeling gitu.
"Memang live dekat studio TV ke Kasha?"
"Taklah, dalam dewan seminar tu juga. Sejenis malas nak cari tempat lain."
"Habis yang sibuk sangat kat belakang tu macam pejabat berita buletin tu. Kenapa?"
"Hahah. Itulah realitinya. Waktu tu, masing-masing tengah berdebar menunggu giliran live yang diatur sendiri. Hanya dua jam arahan penyediaan tugasan diberi untuk promosi live dan perlu terus bersiaran."
Set topik dan masa live satu hal. Nak cerita apa wei? Sudahnya cerita je lah semula belajar apa dalam sesi sebelum ni bersama En. saiful Nang.
Berjaya snap gambar kenangan dengan Encik Saiful Nang.
Penulisan dan digital marketing. Siapkan poster, upload dan hadap aje lah. Giler tak nervous wei. Entah apa orang cakap kita dok pung pang dalam live. Gila glamor ke apa? Tapi tak apalah, yang penting ilmu yag disampaikan untuk dimanfaatkan. Nak belajar dengan figura Saiful Nang bukan modal yang kecil-kecil punya cerita.
Cikgu yang bertanggungjawab buat Kashah terpaksa live pada hari tersebut. TQ Bonda Nor, untuk ilmu bermanfaat di Perkampungan Ilmu Akademi Bonda Nor.
"Nak tanya, macam mana live tu nampak macam berita."
Haa gitu. Bila respons lain yang keluar, maknanya kegugupan engkau masa live dapat diatasi dengan paparan visual yang menarik. Allahuakbar.
Mujur juga pernah menghadiri kelas dalam talian Rahsia Ceramah Memukau bersama Cikgu Faizul Ikhwan. Adalah asas sedikit tentang live.
Ok, menjawab soalan tadi. Kashah sambungkan live facebook menggunakan streamyard. Kelebihan menggunakan streamyard,
- ada fungsi untuk memaparkan nama kita dan tajuk yang bergerak-gerak (scroll text) di bahagian bawah video. (Kah! Feeling sangat)
- Tambahan features untuk paparan slide juga sesuai untuk presentation.
- Boleh invite maksimum 5 orang dalam studio streamyard.
Nak kongsi tutorial pun macam complicated. Jadi, sila rujuk tutorial video youtube sini
Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyokong dan respons dalam live. Tak sangka ada rupanya yang nak dengar. Semoga bermanfaat.
Bukannya tak ada spoil. Punya lama live, kisahnya set restricted. Kah! Kah! Sudahnya limited lah viewernya. Patutnya buat public. Dah selesai baru perasan. Buatlah watch party tapi dah tak excited macam kali pertama. Itulah cerita orang yang tak pernah live public.
Jadi,patut tak repeat live topik lain pula?
Gambar yang diselit-selit adalah alternative bila ko rasa macam tak dapat nanti nak eksklusif berdua. Hahah boleh lah. Tudung senget Kashah, entahlah kalau batuk aje memang tak kan betul lah tudung sampai bebila.
Jadi, mohon doa rakan-rakan yang membaca supaya Kasha cepat sembuh sepenuhnya. Hari tu macam dah nak baik, pastu datang balik.
blog ini wujud hasil inspirasi pemilik blog ini sejak tahun 2009. mula berjinak-jinak dengan penulisan dibuku tulis sekolah rendah, beliau mengambil inisiatif memaparkan dalam alam maya. bukan mereka cerita, apalagi berniat menempa nama. sekadar mencoret apa yang terbuku di minda dan jiwa. boleh dihubungi melalui email akashahkassim@gmail.com.
Santai Ahad Lama sangat tempoh kawalan pergerakan disebabkan wabak covid19 ni kan? Sekejap tadi nampak posting ini lalu di wall Faceboo...
Aksi Foto 3D
Aksi 'Underwater'
Aksi Suka-suki Jurufoto
Aksi Serikandi
Kurang ajarnya masih bersantun, Lembutnya cukup jantan (eh?), Dajalnya cukup selamba, Nakalnya bersulam jenaka, Menikam dengan pantun, Menyanggah dalam senyum, Marahnya dalam tertawa, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak
Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.