Handbook lagi - corEtan akAsHah

Friday, October 09, 2020

Handbook lagi

Handbook comel tu disebelah kanan.
Design biru lagi. Gasaklah ya, once kepalanya bernama Akashah Kassim. Mana-mana design buku dominannya berwarna biru. 

Habis semua design layout buku temanya biru. Terbawa-bawa bermula dari digest 2018 dan Pelan Strategik 2018 hari tu. Ketiga-tiganya berwarna biru.

Sebenarnya siap-siap dah buat template untuk handbook ni yang mana designnya dah setup siap-siap dalam power point. Jadi yang diberi tugas hanya perlu copy paste bahagian masing-masing di page terlibat. 

Langkah awal supaya editor akhir nak susun tak perlu fikir sangat nak pecah kepala design macam mana. Cover page semua dah ready. Cuma kemaskini, susun dan tambah header and footer. Dan mungkin beberapa sentuhan magik 2 orang editor percetakan tu untuk menyempurnakan segalanya. 

Ini langkah awal untuk buat benda nak siap cepat. Rasanya contentnya lebih kurang yang lama cuba ada beberapa part yang perlu diperbaharui. 

Jadi, adakah Kashah suka warna biru?

Eh, tak juga. Cuma rasa tenang sikit kot. Mujur lah kita tak buat merah biru. JDT sangat. 

Selesai. Alhamdulillah ... 

Tahniah semua yang bersama menjayakannya. ISBN E-book (Student Handbook) khasnya yang menyumbang dalam proses penyediaan informasi secara langsung dan tidak langsung. 

👆Syabas!

Kalau ikutkan sejarah, ini handbook ke-4 Kashah terlibat dalam penghasilannya. 3 bersama Jawatankuasa khas ditubuhkan bawah politeknik. 

Apapun ... Semoga bermanfaat untuk pelajar. 

STUDENT HANDBOOK

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.