corEtan akAsHah

Sunday, April 21, 2013

Jom Study 2: slot Dr James
April 21, 20130 Comments

Loceng .. loceng.. heheh mana bole lupa setiap aktiviti mesti Dr James akan guna loceng untuk control kelas kan? rasa cam jual ais krim pon ada.. anyway kelas ni banyak mendedahkan pasal teknik pembelajaran baru dalam kelas. Bukan chalk and talk aje. Yelah, masa kita study dulu pon bosan dgr Marker pen & talk tu heheh..


ada 3 perk. penting dlm slot ni:
  • konsep pemb. berkesan
  • teori utama
  • modul pengajarn pdp

1. Apa yang diperkenalkan  oleh COOPER dlm pengajaran berkesan?
    Menurut Cooper, guru berkesan ialah guru yg mampu menghasilkan pembelajaran yg dihasratkan.
(maknanya hasl pembelajaran lah jd kayu pengukur s/ada guru tu ajr berkesan ke x)

2. Ciri guru yang baik?
   - tidak jahat    -suke menolong    -pengasih
   - beri faedah   - menepati masa   - teliti

3. Ciri guru berkesan?
  - mampu hslkan kptusan dikhendaki
  - cekap, berhasil, menguasai ilmu, dinamik
  - produktif, kompeten, pakar

4. Teori utama:

Behaviorisme (pengubahan tingkah laku)
    • teacher-centered , berpusatkan guru
    • Guru:Aktif, Pelajar Pasif
    • Kuliah, latih tubi, Maasteri
    • Simulasi

  • Kognitif (pemprosesan maklumat)-
    • peralihan pendekata mlbtkn pmikiran aktif plajar
    • menyusuri maklumat awal
    • Hafalan
    • Synnectics
    • Latihan enkuiri
    • Pemerolehan konsep

  • Konstruktivis (interaksi social)
    •  pglibtn aktif  mlalui grk kerja kumpulan
    • Kepelbagaian kecerdasan
    • Inkuiri Jurispru
    • Main peranan
    • Pembelajaran koperatif

  • Humanistik (sumber kendiri)
    • student centered , berpusatkan pelajar
    • Guru: Fasilitator, Pelajar : Aktif
    • pmblajaran mggalakkn pemikiran, aktiviti mampu hslkn penemuan intelektual, tgasan yg direka pelajar, dll
    • Pembelajaran tanpa arah
    • Akses kendiri
5. teori lain:
  •  teori Maslow - cara nak gunakan keperluan pelajar dengan cara pengajaran
  •  Nell Fleming - gunakan VAK, Visual- Auditori- Kinestetik
  •  Model Dunn dan Dunn - Persekitaran, Emosi, Sosiologi, FIsiologi dan Psikologi
  •  Taksonomi Bloom - Pengetahuan- kefahaman - aplikasi- analisis - sintesis - penilaian

6. lima bidang kompetensi Guru berkesan
    (kalo perasan dlm notes dia bg, cuma 4, cer check notes dr james bg dlm kelas, dia ada bg 5)
  • Pemahaman teori t/laku manusia dan aplikasi dalam pembelajaran
    • sgt penting lebih2 lagi bila ada pelajar yang krg kasih syg dan selalu mengganggu pembelajaran, nak marah ke tegur ke?
    • kena ada pengalaman nak tangani dan maklumbalas dr guru lain

  • pemaparan sikap positif trhadap pelajar dan pengajaran
    • Sikap guru trhadap diri sendiri
      • kenalah faham diri sendiri dulu k
    • Sikap guru terhadap pelajar
      • suka atau benci kat pelajar? jgn label pelajar
      • jauhi sikap berat sebelah trhdp etnik atau agama,
      • jauhi ekpektasi rendah terhadap pelajar miskin
    • Sikap guru terhadap rakan sekerja & ibu bapa
      • x hadkan urusan hanya dalam bilik kuliah
      • interaksi dgn guru lain, pentadbir dan ibu bapa plajar
    • Sikap guru terhadap matapelajaran diajar
      • kalau guru pon da x suka matapelajaran apalagi pelajar
      • perlu bagi motivasi dan ubah persepsi negative terhdap apa yg diajar
      • cth: persepsi akaun tu susah..ubah persepsi tu (wpun memg akaun tu susah pon pd kasha.. sape bole tukar persepsi tu? haish byk kali belajar pon susah)

  • Penguasaan ilmu dlm mata pelajaran yg diajar
    • bahan ilmu dalam mata pelajaran berkenaan
    • pemilihan bahan sesuai utk pelajar
    • komitmen guru

  • penguasaan teknik pengajaran yang memudahcarakan pembelajaran
    • pemudah cara dan elak timbul kebosanan

  • Pengetahuan praktikal kendiri
    • tidak static tetapi dinamik
    • utamakan pengalaman dan personality guru dlm penyelesaian masalah
7. Modul Pengajaran
- kasha tingkaskan ikut dalam map di bawah ni.. sbnarnye byk lagi, sume ada dalam buku kat ats tu



Reading Time:

Saturday, April 20, 2013

Jom study KIPA
April 20, 2013 3 Comments
Tipsnya: Jumlah Jam pengajaran dalam KIPA mempengaruhi jumlah soalan dalam objektif yang mengandungi 50 soalan tu.. contohnya kalau 2 jam ada 2 soalan. 4jam ada 4 soalan.

sosiologi pendidikan

 1. Socius (kawan) + Logos (Pengetahuan) = Sosiologi

2. Siapa bapa sosiologi?
    auguste comte

3. Apakah maksud mobility social?
    Pergerakan individu atau kumpulan dari satu kedudukan social kepada satu kedudukan social yang lain

4. Jenis mobiliti:
  • menegak: atas ke bwh sesuatu hierarki dalam organisasi
  • mendatar: pergerakan indivu/kump dr satu kawasan ke kawasan yg lain 
  • Intergenerational: Perubahan individu berfungsi dari anak kepada bapa atau dari fungsi putera kpd raja
  • Intragenerational: perubahan kedudukan seperti putera raja ditabalkan menjaadi sultan,
  • Social climbing: perubahan dari gagal->lemah->lulus->cemerlang atau miskin tegar- miskin- sederhana-berada
  • Social sinking: bertentangan dgn climbing (menurun)

5. Faktor mempengaruhi perubahan  social
  • kuasa
  • pentadbiran
  • ekonomi
  • kepercayaan/pendidikan
  • pengaruh persekitaran
  • politik
  • teknologi
6. Stratifikasi social? -huhu ingat lagi mksud perkataan ni? jom tgk
    kedudukan yang dikategorikan (ranking) dalam sebuah hierarki masyarakat (kelas atas, menengah atau rendah)

p/s : pd pendapat kasha, belajar sosologi pendidikan ini byk kelebihannya, kita dapat faham latarbelakang pelajar kita, lepas tu kita boleh apply pedagogy style dalam kelas.


ICT dalam PdP

1.  konsep: mengunakan ICT scara terancang  dan bersesuaian untuk meningktkan kecekapan PdP

2. Manfaat ICT dlm pdP? -yg ini xyah ckp kot, bole goring sampai hangus.. hmm :)

3. ICT dlm tutorial- ICT digunakan sbg alat utk menyampaikan kdgn plajaran mengukut turutan

4. Bila biase guna ICT?
  •  bila memang ada kdgn pdp yang kena guna computer
  •  pensyarah kena g kursus, meeting n bla bla bla
  •  bila pljr lg minat guna ICT dr kat kelas je.. genrasi Y katanya
4. ICT untuk penerokaan
  •   akses maklumat dr CD-ROM, internet, portal
  •   mengkaji dr simulasi
  • melihat dr demostrasi
5. ICT sbg Aplikasi
  • perisian spt UBS (akaun),
  • SPSS (Data analisis),
  • ABACUS (tempahan tiket perbgan)


- kelas ni diajar oleh Pn Nor Kamsiah Bt Jaapar, ingat lagi, pensyarah yg bagi coklat banyak2 tu.. hehe..sdap coklat tu
Reading Time:

Friday, April 05, 2013

Teater Muzikal Kg Baru @PIS
April 05, 20130 Comments

Mencipta satu inovasi dalam PdP

PASIR GUDANG, 3 April: Siapa sangka pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sangat berbakat dalam persembahan 'Teater Muzikal Kg. Baru'. Seramai 77 orang pelajar semester 6    dan kumpulan Tari Ujong Tanah PIS terlibat dalam persembahan julung kali diadakan di Politeknik Premier ini. 

Persembahan ini sebenarnya merupakan satu pembaharuan bagi subjek HT619 - Visitor Interpretation Services sebagai satu projek dalam penilaian subjek tersebut. Seramai 7 orang pensyarah terlibat dalam menjayakan persembahan ini dan dengan penasihat bersama 3 orang alumni Sekolah Seni Johor Bahru. 

Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Tn. Syed Sheikh Bin Syed A.Kadir, berpendapat ini merupakan usaha yang baik dalam pembelajaran dimana ia dapat melihat keyakinan pelajar dalam menjayakan sesuatu event. 

Pensyarah dari INSTEDT yang turut bersama menyaksikan persembahan teater ini, Cik Faridah Ahmad menyatakan bahawa ia merupakan persembahan yang baik, pelajarnya sangat berbakat dan satu cerita yang baik
  
Kejayaan projek ini sangat membanggakan dimana dewan dipenuhi dengan kemeriahan hampir 300 orang pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester6 sebagai perintis dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran di politeknik.
barisan pelajar yang menjayakan teater muzikal Kg. Baru

dari kiri: Surayahanim, Farida Ahmad, Farra


antara gambar di belakang tabir












Reading Time:

Friday, March 29, 2013

aktiviti berbasikal
March 29, 20130 Comments
Milik siapakah cermin mata ini

sekali lagi berbasikal setelah sekian lama tinggalkan. tengok basikal kita.. siap ada bakul lagi.. cik iza kiTA cam bese la beskal kecik sesuai dgn ktinggian die.. 
Reading Time:

Sunday, March 03, 2013

List item untuk tahun ni..
March 03, 20130 Comments
Biasanya orang wat list item ala2 azam tahun baru ni awal tahun, tapi ni saje je nak wat skrg ni.. kenape? sebab mungkin mood tu baru nak dtg time ni nak citer.. nak wat camana.. haish

1. Kamera (konon2 nak water proof la) tp xnak yg besar gabak macam DSLR tu.. susah bwk..
2. Tafsir Quran ( teruk sgt la kasha ni, nak memilh tafsir quran pon susah .. haish)
3. Handphone baru ( gile skrg ni, handphone mahal2.. xtau la mcm mana org boleh kejar teknologi ni)
4. Bag pack ( bag pack skrg ni da x elok zip tu, so kena la ganti baru.. da la asik kena camping tiap2 sem)
5. Wet shoes ( hr tu da beli tp da terkubur kat hutan bandar jb tu.. jenuh ar setiap kali kuar nak beli kasut)

tu je la kot buat masa ni..
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.