Mencipta satu inovasi dalam PdP
PASIR GUDANG, 3 April: Siapa sangka pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sangat berbakat dalam persembahan 'Teater Muzikal Kg. Baru'. Seramai 77 orang pelajar semester 6 dan kumpulan Tari Ujong Tanah PIS terlibat dalam persembahan julung kali diadakan di Politeknik Premier ini.
Persembahan ini sebenarnya merupakan satu pembaharuan bagi subjek HT619 - Visitor Interpretation Services sebagai satu projek dalam penilaian subjek tersebut. Seramai 7 orang pensyarah terlibat dalam menjayakan persembahan ini dan dengan penasihat bersama 3 orang alumni Sekolah Seni Johor Bahru.
Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Tn. Syed Sheikh Bin Syed A.Kadir, berpendapat ini merupakan usaha yang baik dalam pembelajaran dimana ia dapat melihat keyakinan pelajar dalam menjayakan sesuatu event.
Pensyarah dari INSTEDT yang turut bersama menyaksikan persembahan teater ini, Cik Faridah Ahmad menyatakan bahawa ia merupakan persembahan yang baik, pelajarnya sangat berbakat dan satu cerita yang baik.
Kejayaan projek ini sangat membanggakan dimana dewan dipenuhi dengan kemeriahan hampir 300 orang pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester6 sebagai perintis dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran di politeknik.
barisan pelajar yang menjayakan teater muzikal Kg. Baru |
dari kiri: Surayahanim, Farida Ahmad, Farra
No comments:
Post a Comment