Cantikkan? Ada langit biru, awan berkepok macam ABC ...(eh? Hahah), ada air laut, lengkap pantai dengan pokok menghijau. Macam tu lah gambaran lukisan masa kecil dulu. Tinggal matahari, rumah petak dengan satu pintu, dan burung 3 calit je takde.
Ikut psikologi, warna biru ni menenangkan, ke arah kesempurnaan, melambangkan keseimbangan mental serta mengurangkan tekanan. Mungkin sebab tulah ramai orang suka tengok suasana pantai. Ada langit biru, laut biru. Lukisan semulajadi yang bukan dibuat-buat.
Alhamdulillah, masih diberi rezeki menatap keindahan alam sewaktu dunia masih berselubung dengan bayang-bayang virus Covid19.
Nak tahu tak, apa yang tak pernah mengecewakan? Sewaktu mata sebenar yang melihat ciptaan Allah dalam realiti dapat dipancarkan dalam visual untuk dikongsi.Daun yang jatuh tak pernah membenci angin.Dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan, Mengikhlaskan semuanya. -TereLiye-
Subhanallah. Semestinya kita perlu belajar dari pokok tentang perkara yang satu ini. Nak diterangkan secara ringkasnya, hidup kita ni tak perlu menuding jari pada mana-mana pun atas perkara yang tidak beres menghadapi ujian. Jalan terus, supaya ia lebih membahagiakan.
InsyaAllah, jom ubah. Tulis memang mudah, nak melaksanakan payah tapi cuba pelan-pelan.
Eh banyak dah menulis, sehingga terlupa nak bagitahu gambar-gambar cantik ni di mana kan?
Lokasi: Jetty Starcruise Awana Kijal, Kemaman.
Sebenarnya jetty lama. Masa datang suasana nak masuk dari simpang luar pun sunyi je. Tak ramai orang. Masa datang ty, ada lah 2 orang baru mula nak memancing. Nampaknya ada hasil.
Angin kat sini kuat, waktu datang tu tengahari buta pukul 12. Panas pulak. Bawalah payung tapi sudahnya bergaduh dengan payung.Payung ni kuat juga melawan angin. Kecil-kecil cili api berbanding payung besar tadi. Hancus dah. Haha kena shopping payung cantik arr pasni. Kaler merah ke lutsinar ke kan? Ke ada warna lain yang menarik.
4 comments:
wah bestnya dapat jlan2 ..doakan kami pun dapat keluar daripada situasi sekarang di Kl INI. Amin
InsyaAllah, semoga cepat juga reda di Selangor. Rindu family di sana
Tiba-tiba teringat novel Tere Liye, Daun Yang Gugur Tidak Pernah membenci Angin.
Tak sabar nak hbos pkp.. Rindubpantai. Rindu poko2
Post a Comment