Virtual reality merupakan sebuah teknologi yang membuat pengguna atau user dapat berinteraksi dengan lingkungan yang ada dalam dunia maya yang disimulasikan oleh komputer, sehingga pengguna merasa berada di dalam lingkungan tersebut
Day 1: Cubaan penggunaan kamera 360 Agak celaru dan serabut juga masa permulaan nak guna kamera 360 ni.
Nak connect, hilang Nak preview, tunggu lama Gila tak gelabah dah tangkap tapi gambar tak keluar. Tapi hakak okay ajeEnjoy belajar benda baru ni sebenarnya dari buat kerja-kerja mengurus. Bukannya boleh kurus. Eh, tibe 😊
Waktu slot lepas magrib.
Kursus sampai malam. Haha macam gi kelas tusyen rasanya. Bila dah malam kena buat aktiviti praktikal iaitu cara-cara menggunakan camera device 360. Satu demi satu cikgu ajar kat depan
Macam mana teknik jadi ninjaCara nak connect kamera dengan hpMacam mana nak setting frame yang betul
Cikgu tanya maksud HDR. Confident bagitau high resolution. Rupanya salah wei.
Haha yakin kita selama hidup ni tu lah jawapan dia.
HDR ialah High Dinamic Range
Kombinasi beberapa frame gambar (dari imej terang dan gelap untuk mewujudkan imej yang terbaik)
Haa gitu lebih kurang penerangannya.
ok nak share sikit ilmu baru ni.
Nak guna kamera 360, kena install satu apps di telefon pintar sendiri.
Apps ni berfungsi mengawal camera. Nak set untuk video atau foto berbentuk 360 dari kamera yang kita ada
Bila dah berjaya download,
Nanti kena on wifi, bluetooth dan GPS
Haa time tu barulah boleh connect dengan kamera 360 tu.
Waktu cikgu terangkan cara nak shoot video ikut area, barulah nervous bertambah. Cita-cita tinggi shoot satu Cherating, bila diterangkan teknik, masing-masing terkedu.
Redah ajelah! Yang penting jalan.
Seronok sebenarnya belajar ilmu baru ni.
Cuma ...
Telan air liur bila dengar harga kamera 360 ni
Nak jaga dia pun kena teliti. Tak guna kena sarung balik kameranya.
Nervous pula nak guna esok.
Semoga dipermudah urusan. Jadi semangat kawan-kawan.
Day 2: bermula shooting 360
Memang cari pasallah bila orang lain shoot 1 kawasan, tapi kumpulan kami buat sepanjang Cherating. Mujurlah start shoot awal pagi. Menapaklah kami dekat 6000 langkah dari hotel ke pantai demi berkeping-keping imej 360.
habis 6000 langkah, shoot green screen pula,
Day 3: editing time
eh malas plak nak tulis tapi waktu editing ialah di poli je. 4 jam editing mengajar kita erti "serah je lah kerja2 360 video ni ke orang pakar" banyak lagi keje lain boleh buat haha.
VR BOX- Hadiah peserta terbaik katanya. Alhamdulillah. Nampak beria benar agaknya.
Terima kasih, cikgu. Entah bila akan pakai tu. hehe
Cerita panjang-panjang dari tadi, nak tengok hasil video dan kejadiannya? Silakan.
Post yang dah lama tergendala.
****************************************
Sekejap je dah bulan November kan?
Dah nak habis dah tahun 2020.
Semoga penghabis bulan tahun ni melenyapkan virus covid19 dari dunia.
Jaga diri semua.
No comments:
Post a Comment