"Tidak guna baca al-Quran kalau tidak memahami dan menghayatinya"
"Tidak guna bertudung kalau perangai tak semenggah"
"Tidak guna solat kalau hati tak tenang"
Pernah tak dengar statement klise macam ni apabila kita mula melakukan perkara yang baik-baik.
Kawan-kawan ... Jom ubah.
Membaca al-Quran mendapat pahala yang besar.
Jangan meletakkan syarat atas apa sahaja perlakuan kita sekarang.
* Abu Umamah r.a menyatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)
* Ibnu Mas’ud r.a. Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
Banyak lagi hadis lain yang menjelaskan fadhilat membaca al-Quran
Pahala membaca tetap besar, meskipun tidak difahami-
Namun sewajarnya sebagai orang Islam yang wajib beramal dengan setiap apa yang diarahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran mestilah berusaha memahaminya
Setiap langkah kehidupan juga berpandu al-Quran
Kesimpulannya, Membaca al-Quran walaupun tidak memahaminnya tetap dapat pahala. Setiap ayat datipada al-Quran itu zikrullahAl-Quran itu panduan umat Islam: perlu difahami dan diamalkan
Sumber: FB Prof Siti Rugaiyah
2 comments:
betul tu, wpun kita tak faham tak reti , buat sahaja..umpama kisah seorang pemuda bawa baldi kotor ... diumpamakan hati..kerap kali bawa air dari perigi lama2 baldi bersih wpun bocor. :)
Ha menarik perumpamaan tu kak
InsyaAllah sama2 buat
Post a Comment