Beza baru dan baharu - corEtan akAsHah

Tuesday, July 14, 2020

Beza baru dan baharu

Apakah perbezaan istilah 'baru' dan 'baharu'?
Itulah biasanya guna baru je mudah. Cuma kadang-kadang tu kita perasan ada penggunaan baharu digunakan ketika penulisan. Jadi terfikir juga kan apa beza dua istilah ni.  perkongsian
 
Alhamdulillah hari ini, ada perkongsian daripada cikgu tatabahasa kita, Ustazah Rohamiah.

Jawapannya:
Baru - digunakan jika ia berkaitan dengan masa.
Contoh -
Saya baru sampai.
Dia baru sahaja lalu


Baharu - untuk selain dari masa.
Contoh -
Generasi baharu,
Buku baharu,
pengantin baharu

7 comments:

Yaya Azura said...

Mudah je sifirnya kan. Ada masanya keliru juga.
Macam selamat tahun baru 2020. Baru ke Baharu?

Unknown said...

memang kadang2 keliru juga time bila nak guna baru dan baharu.

Nadia Johari said...

Tu la, biasa guna baru je.. Hehehe

Marina Bashah said...

Orait faham dah penggunaannya

Aisya Ismail said...

Kalau 'bharu' pula macam mana?

Akashah Kassim said...

Yaya

Kalau tahun baharu.

Biasa baharu dipenghujung kata.


Manakala baru biasa guna pada awal kata.

Saya baru sampai sini.
Selamat pengantin baharu


Nampak tak beza dia.

Akashah Kassim said...

Nadia - ha a selalu guna baru je kan?
Marina -orait
Aisya - bharu takde pula dalam dewan bahasa. Maybe tu ejaan lama, nama tempat kot.

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.