Seminar online terbesar -SPMBNO - corEtan akAsHah

Saturday, July 11, 2020

Seminar online terbesar -SPMBNO

11 JULAI - Pembelajaran dalam talian bukan lagi perkara mustahil buat masa kini. Pelbagai platform dan media tersedia secara percuma mahupun berbayar membuka peluang buat pemburu ilmu di luar sana.
Sabtu lepas menyaksikan seminar online terbesar dimana ia menghimpunkan peserta Group Coaching Online daripada 8 Koloni Akademi Bonda Nor dari seluruh negara. Jumlah tersebut menghampiri 400 peserta menyertai seminar tersebut.
Sesi percuma yang dihadiahkan oleh Bonda Nor kepada semua peserta yang pernah menyertai group coaching penulisan online sebelum ini mengikut koloni masing-masing.
Menghadiri seminar dibawah Bonda Nor tidak pernah pernah lepas dari kejutan. Peserta dikejutkan dengan penampilan khas tetamu jumputan iaitu Ustazah Asma' dengan perkongsian ilmu bermanfaat buat peserta. 

Manakala slot kedua, melalui zoom conference menyatukan barisan peserta dan mentor Akademi Bonda Nor. Wajah-wajah peserta dapat dilihat menerusi skrin dengan tema mengikut koloni masing-masing.
Add caption


Pengumuman penganugerahan oleh Bonda Nor turut memberi kejutan kepada peserta. Antaranya ialah
1. Peserta Terbaik mengikut koloni
2. Review Buku Terbaik
3. Perlantikan 7 perantis baharu Akademi Bonda Nor


7  PERANTIS BAHARU AKADEMI BONDA NOR,  ABN

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terpilih.

Sedikit info tentang ABN

1. Akademi Bonda Nor bukan entiti yang bussines oriented. Ia merupakan satu perkumpulan penulis yang diketuai oleh Bonda Nor dalam melahirkan lebih ramai penulis dengan genre dakwah santai. Ia juga bertujuan untuk meninggikan pandangan masyarakat terhadap elemen dakwah itu sendiri.

2.Cadangan penubuhan Akademi Bonda Nor diusulkan oleh CEO Galeri Ilmu, Tuan Haji Mohd Yusri Yusof berdasarkan prestasi Bonda Nor dari segi penulisan dan pemasaran sebelum ini.

3. Sehingga kini seramai 49 penulis dilantik sebagai mentor dan perantis ABN dan perlantikan ahli baru ini menjadikan bilangan penulis adalah 56 orang.

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.