Bil TNB melambung? - corEtan akAsHah

Monday, June 01, 2020

Bil TNB melambung?


Dah semak bil TNB tak?
Ya sepanjang PKP bil elektrik boleh disemak melalui online. (Itu ramai dah tahu rasanya)
melalui link ini
https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay/
Cuma nak kongsi pada semua...

Perkara yang Kasha baru tahu semalam bahawa  kita boleh tengok  nilai yang dipaparkan itu di caj samada atas anggaran (estimated) atau sebenar (actual).

Macam mana nak tengok?
Cuma tekan di bar mengikut bulan dan paparan jumlah estimate atau actual akan keluar.

Cuma nak tanya 
"Korang dah terkejut belum tengok jumlah bulan Mei tu?" Kalau belum, jom terkejut berjemaah. 

Tapi kenapa nak terkejut?
Haha nilai caj fully stay at home.  Memang bergandalah dari nilai yang dua bulan sebelum ini. 

Rasa tak puas hati?
Lama kita fikir dan discuss dengan hakak kaunter tnb tak rasmi tetap dan berpencen tu baru rasa masuk akal. Terima kasih Salina Sipellizan sudi layan kita yang agak blur dengan kaedah pengiraan tu. 

Sebenarnya dia suruh tonton penerangan masa 7.45pm ,28 Mei tapi bila kita ada kaunter interaktif dan mesra, malas pulak nak mengadap video.

Nak tengok video tu?
Tonton di sini untuk ringkasan
https://www.facebook.com/167047123315520/posts/3237259709627564/
Atau sini full video
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=271482017559154&id=167047123315520

Dari video tu, katanya boleh bayar ansuran sampai Disember khasnya yang bilnya sudah mencecah 4 angka.
*****
Hasil perbincangan, kesimpulannya
(Tolong baca slow-slow sebab melibatkan ayat yang macam berbelit-belit. Bismillahirrahmanirrahim)

Dari bil tersebut,
Bulan 3 dan 4 adalah jumlah anggaran berdasarkan bulan 2. Jadi,  kalau kita cuba klik pada graf tu die paparkan label estimate. Akan jadi lebih rendah dari biasa. (masa ni senyum dan senyap aje)

Yang buat kita terkejut berjemaah sekarang ni bila jumlah paparan bulan Mei melambung. 68 tu untuk penggunaan berdua, yang duduk berkeluarga tak dapat bayang macam mana. 

Bertabahlah ...

Keadaan ini berlaku apabila pada bulan 5, dia dah mula caj bil actual. Maknanya pegawai TNB dah mula datang rumah tengok meter. 

Jadi bil bulan 5 yang banyak tu adalah bersamaan dengan nilai bil bulan 5 termasuk bil bulan 3 dan 4 yang lebih dari anggaran dia. Alah masa kita senyum dan senyap tu.

Tempoh tersebut merupakan jangkamasa kita duduk sepenuhnya diam-diam di rumah. Logik tarif naik.

Ok la sekian analisis yang telah dibuat. Hadap je lah. Itu tiada penghawa dingin tau. Kalau ada, berterbanganlah segala duit kertas tu. 

Sambil tunggu bil bulan depan dia nak tolak diskaun pakej ransangan ekonomi 2% tu.


#coretanakashah

23 comments:

Izyan Balqis said...

IQ pun mencanak naik bilnya. Lagi best bil mac, april, mei yang sekata tinggi dia. Lepas tu, bila tak bayar, cakap ada tunggakan dan nak potong elektrik. Melompat la kita jadinya. Selalu bil tak pernah cecah rm150, start bulan mac bil dah jadi 200++ setiap bulan. Memang sedih dan nak tak nak kena bayar. Isu perkiraannya tak logik sebab ada komen di fb yang mengatakan tak der akta yang boleh dorang guna untuk kira macam yang diceritakan tu.

Amelia Ramli said...

amy mmg guna aplikasi ni dr awal PKP hr tu & so far bil2 masih maintain mcm bulan2 sebelumnya & takde mslh..hehehe

Yaya Azura said...

Kita duduk rumah diam-diam hasilnya bil meningkat..hihi..kipas, laptop, tv semua on..

Nina Mirza said...

Tak tau nak kata, memang ada peningkatan. Mungkin dari penggunaan seisi keluarga dalam rumah ni jugak. Dan konsep berjimat selalu dipraktikkan.

Aisya Ismail said...

Tak check lagi bil. seram lak takut melambung naik. huhuhuh btw ai baru follow blog ni.

Akashah Kassim said...

Izyan Balqis- penangan stay at home lain macam kan

Amelia Ramli - belum lagi kot?

Yaya Azura - ha baru terasa kan

Permatabiru said...

alaa mls betul nak tgk mst terkejut punya huhh..i hate TNB huhuhu

Fiza Aizzawa said...

Tak tgk lagi bil bulan nie, tp mmg confirm melambung. air cond lagi, stay home lagi.. adui

Akashah Kassim said...

FiZa - aircond confirm penyumbang terbesar

Permatabiru - menyumbang aliran tunai tnb.heehe

Aisya - seram ya? Hehe tq aisya will follow you back

Nina- alhamdulillah ada cara penjimatan tu baguss. Boleh share

Ana Suhana said...

Tengah berdebar tggu bil bulan 5 ni. Sebab based on sejarah, asal bulan pose je bil kitorang confirm melambong. Belum lg masuk beza bulan 2 & 3 tu. Hehe

Ardini Humaira said...

Kt rumah ni punbil.naik juga

Kak Sher said...

Memang naik la since pkp ni sebab semua duduk rumah je kan?

Akashah Kassim said...

Ana suhana good luck

Ardini bertabahlah

Kak sher nak buat macam mana, jalan terus kan

Mas FVOME said...

mujur la rumah sewa dh skli bil air..kalau tak mau terkejut jgk kot..haha

Akashah Kassim said...

Mas FVOME, jadi tenang-tenang aje ya

marsha said...

Marsha punya bil tak melambung sangat sbab husband bayar bulan2...ada tgk sampai kena bayar 1k...huhu

Huda Halid said...

Mujur rumah huda bil TNB okay jer maintain.xde kenaikan mendadak

Akashah Kassim said...

Huda Halid, tunggu bulan depan

Marsha, tengok bulan depan. Sebab kasha pon bayar bulan-bulan juga

Nadia Johari said...

Setakat ni nad ok lagi.. Takde pulak bergnda tapi tgk nanti mcmmne.. Hehehe

Akashah Kassim said...

Nad, kalau ok alhamdulillah
Takde la terkejut-kejut

dorsett pink said...

memang masa PKP bil tinggi, sebab semua duduk rumah kan. Pastu pulak masa tu musim panas, pasang airkond / kipas full, tak cukup 1 kipas, pasang 2-3 kipas. pastu mandi 5 kali sehari sebab panas. So, logiklah kalau bil melambung. Kesimpulannya, lepas ni kena berjimat-jimat lah guna elektrik dan air =))

Marina Bashah said...

Alhamdulillah. Bil tak melambung sangat walaupon naik sekali ganda. Terkejut sikit je. Haha

Akashah Kassim said...

dorsett pink - ya berpada-pada lah menggunakannya

marina bashah - hehe terkejut sekejap dan hadap je lah. dah pakai kan?

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.