Kenangan Belajar Tangkap Gambar - corEtan akAsHah

Sunday, March 22, 2020

Kenangan Belajar Tangkap Gambar

INI KISAH THROWBACK
KURSUS PHOTOGRAPHY THROUGH SMARTPHONE
Anjuran Fotopeekture studio

14Mac,Sabtu: Alhamdulillah ... Selesai pusing satu bandar hilir seawal 8.00 pagi bawa ke 8.00 malam. Semuanya cuma berjalan kaki. Bukannya apa, sejenis malas nak fikir mana nak letak kereta, bayar parking macam mana. Bagi dia rehat lepas bertugas bawa tuan dia jauh-jauh selepas kerja. Kuantan - Melaka.
Mencuba.
Dan sejenis kegigihan juga nak tunggu orang lalu dan klik-klik. Kami berjemaah duduk bersandar di dinding bangunan bertentangan yang mana tengah-tengah adalah jalan besar. Haha yang memandu tengokkan je perangai sorang-sorang berbaris melepak bersila menanti shot terbaik.
Kenangan manis ...
 Tak tahu dapat ulang ke tidak lagi memandangkan sekarang dunia dihantui oleh virus COVID19.
Seronoklah dapat belajar tangkap shot cantik macam ni. Gitu gaya dia. Cikgu Zana kata 
Walaupun berpuluh kali kita ke tempat yang sama, shot kita mesti tak tak serupa dan akan ada kelainannya
Berani menjadi stalker
Awak! Rupanya jadi fotographer bukan setakat perlu tebalkan muka duduk bersila tepi jalan, tapi perlu komitmen lebih dari itu. Bakat sebagai seorang stalker.
Wah! Angle dia tak samalah! Bila ada yang komen gambar bawah ni.
Yes! Nampak kan? cikgu Ain ada pesan
Mungkin kita berada ditempat sama, subjek yang sama tapi tak semua orang akan dapat momen yang serupa. Extra tips :Jadi rajin-rajin follow rapat dengan cikgu. 

Uncle Chew ni merupakan seorang pengukir kayu, untuk sesi ini kita stalk dia buat kerja. Hahah.
Sabar menunggu ... Menanti momen terbaik, sesekali  berbual dengan subjek yang rajin melayan engkau mendapat shot terbaik.

Paling extreme waktu nak kejar sunset. Kena  menyelusuri sidewalk Sungai  Melaka yang sampai ke Kg Morten. Selama ni duduk dalam bot je, mana rasa. 
Bayangkan kena lari atas pelantar kayu ni tapi dalam masa yang sama perlu berhati-hati. Ada papan yang dah terjungkit dan silap langkah boleh terjerlus ke bawah. Kita fobia sikit jatuh-jatuh ni. Rupanya laluan ini jadi pilihan tempat orang berjogging. No wonder guys kenapa kayu terjungkit?
Gile penat weh! Dia punya penat memang tak boleh bawa bincang.Apapun tetap best sebab buat benda yang kita suka. Yang sebelum ni pandai-pandai je padahal tak pernah belajar pon. Pastu confident claim diri cikgu grafik. Hahah malunya.
Gambar bersama cikgu fotopeekture studio dan peserta kursus. Kasha beruntung attend hari pertama tak ramai. Jadi banyak dapat follow tips tambahan.  Masa mula-mula nervous juga sebab semuanya pakai pakai HP hebat-hebat (i-phone, huawei) kita sorang je OPPOCot. Nampak macam masing-masing lebih advance. Tapi semuanya sporting aje, so kita layanzz.

Dengar cerita esoknya 9orang. Fuhh.. Kasha tak sempat join esoknya sebab dah bergolek kepenatan sebab khabarnya dia start 6.45 untuk tunggu sunrise. Lebih lagi nanti nak drive balik Kuantan tapi sempat lah ke Pahlawan Mall shopping sale jersey cuma RM10. 
Habis semua slot dalam pukul 8 lepas selesai sesi mengejar sunset. Dan perlu melalui jalan pelantar papan yang panjang tadi untuk patah balik ke hotel. Nak hilangkan penat, tangan tu laju juga klik apa yang menarik.
  baru la food hunting, roti nan viral disini. Biasa je. 
Alhamdulillah banyak dapat ilmu baru hari ini. Berbaloi drive lepas kerja semalam dari tempat kerja ke bumi Hang Tuah ni. 
Hakak? Layanzzz.
Lain rasa jalan sendiri dengan jalan bawa student. Feel tak sama. Dan pk11 baru check-in balik. Fuh puluh ribu step hari ini

Imam Syafie pernah berkata, "Semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kebodohanku"
Belajar tak pernah berpenghujung dan terhad pada satu bidang sahaja. Gali berapa banyak ilmu di dunia selagi engkau bernyawa.
Jika itu yang mampu memujuk jiwa dengan keserabutan dunia. Cuma engkau perlu korbankan masa dan sesuatu yang bukan percuma.
Boleh tengok fb dia
https://www.facebook.com/fotoohsem/
(Baru tau kejap tadi) sebab join ni ikut Cik Pae. Haha terima kasih untuk beliau sebab recommend kursus ni. Dapat belajar 3 apps baru dalam 1 hari.

Gambar throwback sebelum perintah kawalan pergerakan

6 comments:

ray said...

uwahhhh bestnye. cantik gila all the gambar.

I've never really learn how to take photos like that.

Akashah Kassim said...

Tqvm. Memang best!
Ini pon baru first time belajar. Selalu ikut suka hati je.

ray said...

That's great. ilmu ni boleh guna smpi bila2.

Akashah Kassim said...

Betul betul betul

mrhanafi said...

wow..cantik-cantik semua gambar yang dihasilkan..

amat mengkagumkan saya

Akashah Kassim said...

Terima Kasih Mrhanafi

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.