Zoo Negara Malaysia :Adopt An Animal - corEtan akAsHah

Sunday, April 05, 2020

Zoo Negara Malaysia :Adopt An Animal

Sejenis mudah terpengaruh lah Kashah ni. Semalam nampak posting kak Ezatul Marini tentang adoption animal anjuran Zoo Negara Malaysia. Rasanya dah 2 kali dalam minggu ni terpengaruh dengan posting dia dan berturut-turut entri ni lah hasil pengaruh beliau. huhu

Nampak menarik sebab ada sijil gigih juga kita mencuba. Sesekali bersedekah kepada haiwan pula. Sustainable tourism.ada je sedekah kepada manusia, tapi tak yah tunjuk sangat sebab dah biasa. Jadi kita share yang luar biasa ni pula.
 
Dah ready nak try ke? Jom kasha share cara-cara dia. Mudah je. Kasha sertakan paparan screenshot sekali sebagai contoh
1. Klik link ni
https://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
Lebih kurang gini lah paparan dia akan keluar. Pilih buy now ya. Button purple tu.

2. Ikut step macam dalam gambar bawah.
a) pilih haiwan yang berkenan dimata. 
Ada orang dia teringin nak bela bela harimau atau singa. Baru rare katanya. Bila belek-belek rupanya masing-masing ada nama timangan masing-masing. Aloloh comel nau nama-namanya. Choki, Panjang, Yiyi. eh eh geram tengokkan.
Hahah antara display haiwan yang boleh dijadikan pilihan. So, agak-agak dah berkenan mana satu?
Kasha pilih si comel OMI ni.tak patah tanya kenapa? 
Ko tengok mata dia hitam tu. Hahah. Lu fikir la sendiri (eh pinjam ayat Nabil)

b) pilih pakej ikut kemampuan. 
Kita nak cuba jaya mampu bayar serendah RM26.
Ha gitu, kalau yang mahal mahal-bawah tu  campur dengan entrance fee ke Zoo Negara. Zaman PKP tak sesuai lah nak amik yang tu kan? Jadi mari kita mulakan

Pilih yang pertama tu yang nilai 0 tu tukar kepada 1. Kemudian scroll down dan cari button 'buy ticket now'

c) isi detail 
tak banyak pon kena isi - nama,email, ic. Penting bahagian certificate tu sebab nanti paparan nama kita akan keluar situ.
d) buat bayaran secara online .
maaf yang ini tak tak dapat nak share sebab private and confidential.
Tapi kalau dah biasa shopping online, mesti dah pandai kan.

e) QR CODE dan nombor tiket  akan dihantar ke email yang kita daftar tadi macam paparan di bawah ni.
Ok scroll down email dan cari pdf fail die. Dapatkan nombor tiket, dia ada kat bawah qr code.salin siap-siap

f) download e- certificate guna nombor tiket tu.
https://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
Pilih e-certificate. Ha tadi ada salin kan no tiket
Dah taip? Klik kat get certificate tu.
Ok dah siap... Senang je kan?
Awak! Saya sudah, awak tu bila lagi.
Tak yah tengok orang sebelah. Yang dok terkebil-kebil baca ni. Hehe

Cubalah sehingga 31 Mac 2021.

Penuhkan le sumbangan luar tu ha. PKP ni kan? Mana ada aktiviti boleh buat. Taklah kosong nanti

Sambil tu, jom submit doa
Semoga wabak COVID19 cepat berlalu pergi dan dan jangan datang lagi

4 comments:

norhidana said...

Wahhh menarik, tq share caranya

Akashah Kassim said...

Kan? Menarik betul
Tu yg share keterujaan tu

Fermata_raaj said...

ni sekali je ke? Atau kena potong dari akaun setiap bulan/tahun?

Akashah Kassim said...

Sekali je tu.
Tapi ada rezeki lebih bolehlah kalau nak buat tiap2 bulan

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.