Tengah scroll instagram, nampak posting pasal ni. Tiba-tiba rasa nak share sesuatu semoga bermanfaat juga pada orang lain. Ye la asyik post benda lagha je kat blog ni. Apa nak jadi?
Takkan nak rasa jelous sampai mati?Waktu sekolah rendah dulu la, biasanya tiba bulan Ramadan mesti ada tadarus. Jenis baca kemudian sambung dari sorang ke sorang yang lain.
Masa tu setakat nak surah lazim bolehlah lancar masa umur-umur gitu. Tapi bila kena baca surah dalam Quran yang kita tak biasa baca jadi slow juga bacaannya. Merangkak-rangkak sepatah-sepatah buat yang dengar pon tak sabar. Sudahnya dapat baca 3-4 baris je. Lepastu dah kena potong. Dan orang lain sambung at least 1 helai @ 2 muka surat. Ye la satu kumpulan dengan qariah wakil sekolah.
Ko nak rasa apa? Tak boleh nak salahkan diorang juga sebab nak khatam dalam tempih 3 minggu dan waktu bacaanya cuma masa rehat dalam 30minit. Jadi sedar diri dan bagi laluan.
Sedih, malu memang ada masa tu. Rasa macam semua pandang rendah pada kita. Kata kau dah khatam Quran, tapi baca pon merangkak. Khatam dibuat cuma sebagai melunaskan hajat. Macam tulah.Dalam masa sama rasa seronok dengar orang lain baca laju. Bila agaknya boleh pandai macam tu?
Awak!Kita bila lagi?
So takkan selamanya nak rasa jelous dan akhirnya mati dalam tak lancar membaca Al-Quran?
Waktu doa mustajab
Tak ingat macam mana, dengar atau baca dari mana tah masa tu. Masa tu mana ada ada facebook, twitter, instagram bagai. Dapat info macam mana nak pandai baca Quran. Dia kongsi, Kashah amal
- Rajinkan berdoa - selalu submit doa sungguh-sungguh waktu azan, dan waktu hujan.
- Kemudian baca selalu - merangkak pon tak apa janji baca. Keinginan kita yang kuat tu InsyaAllah akan dipermudahkan.
- Pegang Quran tu hari-hari. Kalau tak pandai baca sekalipun, renunglah ayat-ayat di dalamnya. Berazam supaya dapat lancar baca juga satu hari nanti.
Serius ini memang amalan yang Kasha buat dari sekolah rendah bermula dari kisah tadarus di sekolah yang cerita kat atas tadi.
Alhamdulillah sekarang boleh baca lancar. Kunci dia kena rajin dan yakin
Awak!
Bila kita selalu amalkan membaca Al-Quran, jiwa kita rasa tenang. Bunyinya macam ayat klise kan? Cubalah. Kita akan mula rasa rindu sangat nak baca bila terlepas buat dalam sehari. Lagi-lagi waktu cuti wajib kan, dengar orang baca kita akan jadi cemburu.
Berapa helai nak baca?
Kalau boleh sehari 100 ayat. Amalkan setiap habis solat. Biasanya 3 solat yang tenang masanya macam subuh, magrib dan isyak. Kita dah tak kejar apa-apa masa tu.
Nampak macam banyaknya 100 tu. Bahagilah biasanya kita ada 5 waktu dalam sehari. Selepas solat bacalah 20 ayat. Cukup sehari dapatlah 100 ayat.
Lazimkan juga bacaan surah-surah berikut:
Lepas Subuh - Al-waqiah / assajadah
Lepas maghrib - yasin/al-kahfi
Lepas isyak - al -mulk
cuma bahagian tajwid kena selalu ulangkaji lebih lagi bab hukum segala mad yang ada. Bahagian ini kena menuntut dengan guru. kalau tak syok sendiri.
Bukan tak pernah tinggalkan konon sibukYa lah tak cakap baik sangat pon. Kadang tewas juga dengan godaan teknologi yang ada ada dihujung jari.
Itulah, bila dah mula jauh sangat dari Quran jiwa dah hati rasa tak tenteram. Akan mula timbul rasa Sedih, nak marah, dan jadi pendendam, nak cari gaduh dan sewaktu dengannya.
Jadi cepat-cepat kena sedarkan diri sendiri. Apa yang tak kena sebenarnya.
Hakak bukan puji diri sendiri tau. Tapi kawan kita yang cakap. Asal boleh wei. Melayankan aje, jangan caya sangat part gemersik tu.
Rindulah, Iza Ahmad
Semoga sahabat kita ni dirahmati Allah dan dan berjaya dalam pengajian PHD nya. graduate on time.
Ok
Itu sahaja perkongsian ilmu ini buat kali sempena menyambut kedatangan Ramadan Jumaat ini. semoga ada umur untuk khatam Quran sebulan nanti. InsyaAllah.
Mohon maaf jika ada keterlanjuran kata sepanjang kita bersua secara langsung atau di platform ini.
Ekslusive lagi zikir untuk pengunjung blog seorang akashah
6 comments:
Alhamdulillah..syukran diatas perkongsian..
betul, kena istiqomah baca & belajar tajwid..sekarang ni dah ada Al-quran bertajwid lg mudah nk baca..
Alhamdulillah
Terima kasih atas perkongsian. sekarang dah makin mudah nak belajar. Al quran pun dah banyak terjemahan dan ada hukum tajwidnya.
Sama-sama.
Betul-betul, macam2 versi dah Quran sekarang.
salam kenal..
nice sharing. semoga ALLAH terus pelihara kita.
semua atas usaha kita. nak atau tidak.
salam kenal k Azian
insyaAllah
Post a Comment