Ngeteh @lilawadi kuantan - corEtan akAsHah

Friday, August 10, 2018

Ngeteh @lilawadi kuantan

Pernah tak bila satu masa, kita terlalu sibuk dengan hal duniawi.. (ayat senang dia, keje..keje..keje).. Satu2 masa kita nak keluar dari semua tu.. (ayat mudah dia, persetankan semua ini). Lepas tu, cara mudahnya makan, jalan, makan.. Psychology needs je ni untuk seorang manusia bernama akashah.. Benda yang boleh hilangkan stress tapi bakal menambah kolestrol dan perut happy. Sape eh yang wujudkan perkataan perut happy ni?bila masa perut ada emosi?alasan je semua tu..
Ok done mukadimah entri kali ini
Jom patah balik ke tajuk asal
Boleh browse pasal restoren ni kat sini
Sebenarnya ini kali kedua makan kula cakes ni.tapi pertama kali pergi cawangan yang kecil sikit dengan kedai yang cuma jual limited menu..
Yang ini pula cawangan utama dia ..lebih tenang , tak payah beratur beria macam kat teluk sisek. Kasha pernah post pasal pergi kedai yang kecil ditengah bandar tu. Boleh gi kat entri di sini
Kelebihan dia,
senang sikit parking sebab ada ruang parking..
Tak payah beratur panjang..duduk kat meja dan tunggu dia datang amik order..
Ada tempat penginapan sekali (bedtel) kalau sape yang nak menginap.
Macam restoren biasa, ada menu western dan goreng2.. So sesuai lah bawa geng ramai2 .
Kasha pergi dengan hanim. Masa tu baru balik keje pk5 niat nak cari tempat makan baru.rupanya terjumpa kedai ini. Layan lah kek mangga die buat kali pertama.orang tanya sedap ke kasha? Definisi sedap kat lidah setiap orang berbeza.. Cuma yang pasti kek ini tak sesuai bawa pulang..kena makan kat situ. Hari tu rasa sikit je hanim punya. Cakap tak bz sangat area sini waktu lepas keje la.malam atau hujung minggu tak tau la macam mana.. Maklum la tak berapa keluar sangat malam.dah balik rumah memang tak keluar dah kalau takde benda memaksa.
Pergi  16 .7 tapi ini baru berkesempatan update.. Bz la katakan ..ye je.. Sekarang kurang sikit cari makan gini sebab da mula aktiviti riadah 3 minggu berturut ni . Tapi 3 hari je la seminggu.

Pernah makan ke kek viral ni?
Eleh, baca je ke?Cer komen sikit?
Silent reader Kasha tak kisah
Bawang reader?keh keh (jangan marah ha, hakikatnya semua orang membawang. Cuma xtau level bawang kita yang mana?bawang holland, bawang merah, bawang putih, atau bawang online(adoi)



2 comments:

Siti Yang Menaip said...

kita perlu masa untuk diri sendiri.. reward makan sedap2..

Akashah Kassim said...

Siti, kan sesekali..tak boleh selalu.. Nanti bahaya

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.