Riadah petang dengan Badminton - corEtan akAsHah

Wednesday, August 08, 2018

Riadah petang dengan Badminton

Korang kalau balik keje buat apa?
Bila dok sini, tak tau nak buat apa wei.. Sibuk cari makan je lepas balik keje..sampai rumah tidur. Ko rasa? bila semua tempat da explore.apa jadi lepas tu? Dia datang dulu penyakit alergik sebab keterlaluan makan seafood yang banyak. Bila dah jadi gitu, jadi malas nak makan lepas balik keje. dan tup tup Kak Zack ajak main badminton. On je la sebab dah lama tak jalankan aktiviti sihat ni. dulu rajin gak gi kompleks sukan. Free aje.. Sekarang sume kena bayar.. amik kau.. haha. mukadimah..



Berpetang dengan Badminton
Jadi dah jadi rutin lah, takde apa2 aral terus setiap selasa hingga khamis layan badminton kat court jalan ke Semambu. Tapi Gambar ni susun tak ikut turutan sangat pon.  
Hanim tanya " Kasha ko amik gambar simpan mana?" 
Kasha jawab " aku simpan dalam folder hp je, sempat nanti kumpul banyak2 aku post lah..lagipon sikit2 ada masuk insta n fbook"
Jadi itulah jadi entri ini walaupon dalam sibuk. Ni aje jadi penghibur wei. Dia akan rasa lega ..lega apa?
lega dapat lepaskan peluh..
lega dapat tulis dalam blog 
dan lega dapat buang koleksi gambar dalam hp dan simpan kat sini
Bila bosan amik gambar selfie 
(bosan la sangat, padahal gambo wajib tu)

Antara alatan permainan badminton 
mula-mula tak bawa raket sendiri, (tinggal kat Pasir Gudang), so pakai harta Kerajaan dalam seminggu. lepas tu kebetulan ada balik pasir gudang minggu kedua .. dapat la amik raket sendiri.
Court tu bila cepat dapatlah yang murah RM8 sejam (court biasa warna coklat), bila dah lewat datang lps 6.30 court tu jadi RM13. Kalau datang awal tapi penuh.. dapat rubber court (warna hijau) RM10. pehtu kongsi la 3 atau 4 orang.. Masa ini, baru rasa bersyukur dulu court free xsibuk pon nak main beria. haha..dulu sibuk buat latihan kardio je. 
Main ngan siapa aje?
Ok lah, kalau tengok gambar atas bawah ini, adalah geng biasa 
Hanim , Kak Zack, Lee dan NG. Kadang2 Shira join refer gambar atas sekali.
Kamera Trick
Dulu rajin buat kamera trick ni. masa pergi trip Pulau Sibu. Sekarang da tak gi dah..buat trick kat darat aje lah..ini trick biasa, agak ketinggalan zaman dah.. kashah nak kena explore baru lah teknik terkini.. (sedang belajar.. tak menjadi lagi, nanti dah berjaya kasha post baru atau update je kat entri ini.)
Aurat dalam gambar
Bila amik gambar kan? kadang lambat post tu bukan apa. kadang2 gambar tersingsing lengan lah apa lah..nak cover jugak.. edit2 sikit.. tampal tutup kat tempat berkaitan. tu pon kalau terlepas  
puas berpeluh
eh lupa amik gambar dalam court tadi.. jom snap kejap..
NG kata " oh nak tunjuk tudung basah dengan peluh ke?
haha ye lah tu.. dia kata " muka u dah ada V shape kasha 
heheh sama je semua orang akan rasa fit tu kalau bukan perubahan pada fizikal
Jemaah badminton bertambah dan ada yang cedera?
semalam.lepas percubaan main bowling nak tukar selera rasa macam x puas berpeluh. kita patah balik buat badminton.. so perkenalkan team baru, kak Ijan, dan Kak Del n geng cilik putih melampau.
eh siapa yang ada rupa tercedera disitu? NG katanya kaki dia macam terseliuh dan ada buyi krak.. tak tau nak cite macm mana.. soh die g jumpa doctor dan scan..bahaya tu kalau terus urut.
Bila main2 macam ini, kemalangan macam ini tak best.. so doakan yang baik2 aje untuk jalani hidup yang sihat. atau nanti balik rumah mengenang nasib.. murung pulak jadinya


No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.