corEtan akAsHah

Wednesday, September 03, 2014

Serambi Makkah PUNYA CERITERA
September 03, 2014 2 Comments
Menjejaki satu destinasi yang dulunya terkenal dengan jolokan serambi Makkah, tumpuan pedagang dan satu permulaan kesultanan Melayu..
Melaka.. Bandaraya Bersejarah diiktiraf organisasi dunia UNESCO.. bandarnya amat tersusun.. Papan tanda yang cantik susunan bahasanya.. Jadi tumpuan manusia seluruh dunia
Dondang sayang berlagu dengan Pantun melayu.. Pernah berjiran dengan warga emas yang berasal dari Melaka.. Masa berpindah sehelai kertas dibawa.. Berdondang sayang di ruang tamu kita.. Pantun dikarang mencetus rasa.. Terpana teruja seketika.. Masih ada warga yang meneruskan budaya.. Macam berada dalam drama P.Ramlee pula.
Bertandang ke Melaka..
Cencalok makanan penyedap rasa.. Asam pedas Melaka pon boleh tahan juga..rugi kalau tak merasa.. Coconut shake Klebang juga biasa jadi bualan rakyat jelata.. Sanggup berbaris untuk seteguk air penghilang dahaga..
Bandar Hilir..Dataran Pahlawan sudah terbentang didepan mata..
Muzium Samudera  melukis ceritera pedagang Melaka.. A-famosa,stadhuys kesan tapak penjajah negara..Muzium kesultanan.. Galeri Seni.. Mencetus suasana..Menara Taming Sari tarikan juga mrnjadi pelantar pemandangan seluruh Melaka.. River Cruise menyusur kg. Morten.. Diwaktu malam bermandi cahaya.. Sambil diiring lagu peneman gelita ..


Ok dah cukup kot tu cerita pasal Melaka..hehe.. Jam waktu taip kt hp ni menunjukkan pk 1.06am.. Huu xbole tidur sebab diserang flu @ selsema.. Jadi nak buat research mood x datang lagi kan.. So kita ber blog la kan..

Nak mengadu:
-pertama: tengah excited design student handbook utk degree, kena flu plak. Uwaa da lama xkena tau.. Kalau kna da la susah nak baik..cuba untuk berfikir positif - #penyakit_penghapus_dosa

-kedua: hari tu la kan.. G tesco.. Masa nak balik.. Beria lah nak hiduplan engine kete..sekali dia bunyi sikit tapi xnak start tau. Gedik manja tol kete ksygn ni.. Bau gaji la tu..masa tu bru 2 hari gaji.. Hmm fikir apa nak buat.. Pastu ternampak brother kat booth kat luar tesco n mtk tolong.. Kena beli jumper dlm tesco sbb dia pon xde jumper.. Pastu dpt lah hidup kete ksygn tu.
Sebelum idea nak jumper tu..ada mtk tolong dia pgglkn mekanik kt kdai yg jarak tak sampai 1km.. Kalau kt kg.. Org cakap sepelaung.. Kira panggil bole melaung je.hehe..cuma kat bdr ni ada jalan besar..melaung kang org kata gile plak.
Org tu cakap ..Dia nak caj keje luar rm25.. Tambah harga Btri 3++.. Amboi sepelaung pon kira kje luar ek.. Hmm bateri lak kasha pernah survey xde la harga smpi gitu sekali.
Bila kete da hidup.. Kasha g kedai bateri yg dekat ngan kolej komuniti psr gudang tu..mintak dia periksa bateri..rupanya bateri ok lagi.. Walaupun da 2tahun pakai.. Dia komen..sistem error sbb preve ni byk guna sistem.huh
Balik pontian.. Servis n mtk proton check..(kbtuln waktu servis da smpi) Hah memang betol sistem error.. Hmm xnak wat servis kt proton kmpleks pasir gudang .. Da la mahal caj..pastu jadikn error lak.. Aptb..


- ketiga: g Melaka kali ni..melawat planetrium.. Letak harapan tinggi walaupon dalam blog pernah baca macam xbest.. Sekali masuk kan..biasa la ada ruang pameran.. Tapi pergi masuk area theater dia.. Hah untuk adik yang jadi guide tu kena belajar customer service lagi.. Huhu.
Sambil tggu tayangan sekali ada lagi 2 kump. Kanak2 tadika.. Hahah.. Penuh la dewan tu dengan suara dorang.. Hmm bila start tayang.. Visual dan music background pon keluar.. Wah.. Macam tengah tengok cite ultraman kanak2 tadika bersorak dan tepuk.. Keluar suara narator yg speaking in english .. Terdiam sekejap.. Hmm video ni pon english omputih yg slang  die lain macam sikit.. Tetiba kita yg dengar ni pon macam jadi tak paham..hehe
Apa yang kasha wat time ni bukan tengok sgt video ala2 belaja sains tahun 5 dulu cuma dlm btuk 2d.. Bkn 3d.. Cuma skrin melengkung.. Nmpak kan dia macam 3d.. Masa tu kasha explore gelagat kanak2 tu..haha seronok tengok diorang lagi srbenatnya.. Yg teruja tepuk tangan berjemaah bila ada visual bulan dan matahari ala2 citer dragon ball. Ada yang sibuk tunjuk ke atas..dan reaksi yg paling best keluar masa visual ala2 kartoon angkasa.. Rupanya iklan tayangan akan datang..so terbantut separuh jalan keterujaan mereka..

- keempat: cd Zikir Terapi Diri3 da hilang..huwaa.. mana entah cmpak ni..hmm..ok done


Reading Time:

Saturday, August 30, 2014

segmen BGB Temasek biar gambar bicara
August 30, 2014 2 Comments



 oleh sebab terdelete comment dari awak, +Ieta Mat Saad yang tanya macam mana nak buat gambar jadi macam ni..ni ha meh saya jawab

kasha install photoscape, pastu guna part anigif tu


kat sini lah nanti kita boleh insert gambar yang kita nak untuk jadikan animation picture camtu.

Reading Time:

Monday, August 18, 2014

Review Novel Sumbat
August 18, 2014 3 Comments
Bila jadi part time student ni merasa lah guna voucher buku.. Selalu edar je kat student sendiri.. Skrg merasa lah menggunakan kemudahan seorang student.

alhamdulillah dgn voucher buku dpt beli dlm 8/9 buah buku..selalu beli novel je.kali ni beli buku ilmiah sikit..tapi ada plak terselit satu novel berjudul sumbat..



nampak x novel tu.. cuba baca novel yg diluar lingkungan minda jap.. sebab sebelum ni banyak baca novel klise yang mana jalan ceritanya macam frama tv tu.. bole agak pengakhirannya kan..

ok jom baca sikit review pasal buku ni..
perasan gaya bahasa dia mudah dan bersahaja

banyak pulak ayat2 perancis keluar pada setiap bab cerita...perumpamaan atau alegori pada setiap bab menggunakan pastri..huhu terbelit lidah nak menyebutnya

banyak citer pasal makanan! haha wat lapar je.. tapi disebabkan term yg dia guna tu kulinari sgt..so xde la terliur sgt.. western sgt..apa tah..almaklum le kita mkn lempeng ngan jemput2 je.. opps jemput2 tu maksudnya cekodok..
(org jhr pggl cekodok jenput2..xsuka guna cekodok sbb terbayang kodok=katak..yuks).hmm xde la.. anyway..kasha suka spageti bolognise style org melayu.pedas..tak masam dan tanpa cheese

ok bab keseluruhan penceritaan dia pulak agak berlainan dari novel biasa.. sebenarnya kasha pernah baca blog penulis ni.. memang beza lah gaya penulisan dia sampai terbawa-bawa emosi dalam cerita tu masa baca.. yg pastinya bukan tersengeh-sengeh atau berjuraian air mata macam novel biasa.

tak senang duduk nak tau kesudahan cerita
bekerut-kerut gak muka baca satu persatu jalan cerita
takde rasa macam nak terus baca page terakhir atau bab belakang dulu.. hahah sbb klu novel biasa kasha suka baca bab akhir dulu baru ke depan.haha pelik kan.. sebabkan ni dia lain macam sikit ..takut xpaham

satu kata menggambarkan novel ni ialah
Psiko.. betol ke eja ni..hehe

mana lah tak psiko
cerita penuh dengan dendam yang dipendam membawa kepada pembunuhan. cuba menghalalkan perbuatan dengan matlamat yang ingin dicapai.. tiba2 semua pon macam apa entah..haish susah nak cerita..

cerita chef yg terkenal dgn kesedapan hidangan makanannya dengan resipi rahsia.. daging..daging manusia ok..

erk apakah.. bila manusia menggunakan alasan ketidakadilan dan hak untuk mencapai matlamat dan Cinta..

terus lepas ni kalo makan western food terbayang.. erk jauhkan lah

tak nak ulang baca buku ni sebab saket kepala.. sebab terpaksa hayati cerita sampai rasa kita pon psiko sekali.. ngeri bila ketidakmaafan jadi punca kepada pembunuhan..yg xbole blah watak eva.. asalnya lelaki. demi dendam sggup tkr jnttina.

akhir sekali.. tahniah pd penulis sebab bijak bermain emosir.. .

senyum2 selalu

p/s- xtau knape sejak akhir2 ni jumpa orang sekeliling yg suka senyum..bagus org kata awet muda dan saya suka senyuman anda..
C
A
I
R

senyum sumbing senyum kambing senyum simpul senyum buat buat senyum ikhlas senyum palsu
alah janji senyum kan

#takpandaisenyum



Reading Time:

Monday, August 11, 2014

Coretan buat saudaraku di GaZa
August 11, 2014 2 Comments

Tika ini aku sudah hilang kata
Melihat..mendengar dan membaca
Setiap wacana, suasana, dan cerita
Tentang saudaraku di sana
Bertahan demi maruah, bangsa dan agama

Tika ini aku sudah kering air mata
Bila gambar memapar pahitnya derita
Yang tak kira usia
Wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa
Hilang saudara, tiada tempat mengadu derita
Tika ini deria ini seakan pekak mendengar
Satu demi satu lontaran peluru dan senjata
Tanpa bermata menujah daerah mereka
Jeritan suara, teriakan dan air mata seakan bersatu dalam senada
Genjatan senjata?
Mungkin janji palsu belaka
Menanti saatnya tiba menanti serangan seterusnya

Buat saudaraku di sana
Mungkin aku tiada apa
Cuma titipan doa sentiasa ada
Supaya penderitaan ini dihenti segera
Menanti satu janji dari Pencipta
Di suatu masa insyaAllah kemenangan bakal tercipta
Menutup ghairahnya mereka bongkak berdiri bertepuk suka
Membalas sengketa ibarat tiada nokhtahnya
Seperti yang tertulis dalam kalamnya

Sebenar-benarnya dan sesungguhnya
Bukan hanya pada bicara
Bukan hanya pada coretan tinta
doa berputus tiada
Buatmu saudaraku disana

#doakami sentiasa bersamamu_prayforgaza

coretan akashah
11 Ogos 2014, 9.20pm
Reading Time:

Sunday, August 10, 2014

Hasil beraya di jalan raya
August 10, 2014 2 Comments
10583991_10204535703500510_4740430235971667435_n

ini lah hasilnya bila beraya di jalan raya.. 
Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..
cantik, indah, dan tak tahu lagi nak kata ayat apa dah..
view ni dapat cuaca panas dalam pk 5petang.. tapi nak hujan
nampak tu awan tengah sarat nak jatuhkan air hujan tu.
bosan jem.. amik gambar guna hp..
tak boleh amal selalu.. 
dan jangan tiru aksi bahaya ni

10577087_10204535915545811_4452439690358591460_n

ni pon cantik jugak.. tetiba kete sape entah masuk tu..hehe
yg ni xjem
tapi xde orang.. boleh la capture gambar sikit
sebenarnya da mengantok bawa kete
sebab 1 day trip dr pontian gi kl.. dok kl semata-mata 3jam je
sebab nak menatap wajah anak buah yang baru lahir
nama dia Mujahid Putra.. hehe.. tetiba teringat gaza.. macam nama pejuang Islam kan?
pastu blk tgh mlm dr kl ke pontian balik semula..
habis semua perhentian dr ayer keroh smpi smpg renggam berhenti tidur sbb xtahan ngantok
alhamdulillah pk6 pg smpai pontian.

1937437_10204535842423983_6051129232152202437_n

actually gambar ni amik lepas dapat request dr ibu balik dr kl gi batu pahat lak
ye la penat semalam tak abes lagi
nasib baik ada benda yang menarik perhatian boleh ilang ngantok



gambar ni cantik sebab kaler pokok hijau dia
patutlah ada lagu nasyid tu lirik dia macam ni

Lirik: Akrab Persahabatan (INTEAM)


Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan

Tiada siapa yang bisa memisahkan kita

Antara kita semua


Seerat simpulan yang tidak terbuka

Seteguh langit tinggi menongkah dunia

Kita mengharung badai atas nama

Kasih insan bersaudara


Buang yang keruh ambil yang jernih

Dendam hasad dengki mestilah dijauhi

Marilah contohilah Rasullulah

Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian



Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan

Tiada siapa yang bisa memisahkan kita

Antara kita semua



Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.